Monday, December 28, 2009

ketepikan Lotus..suatu keputusan tepat...

Alhamdulillah... Petronas membuat keputusan betul dan tepat berasaskan business strategic dengan mengenepikan penajaan terhadap team Lotus F1 yg dikepalai orang kuat airasia...

Pada ketika bebarapa pasukan ternama telah membuat keputusan untuk menarik diri, team Lotus 1Malaysia pula bernafsu besar untuk mencari publisiti berisko tinggi untuk hanya semata2 menjual nama... tetapi kalau hanya sekadar menjual nama 1malaysia bagi menarik penajaan petronas apalah gunanya jika pasukan F1 itu bolehlah diibaratkan seumpama team minardi yg telahpun menjadi sejarah....

Thursday, December 24, 2009

...sicko, insurans kesihatan, ER dan kita...

dalam mencari apa yang terbaik dalam amalan sistem kesihatan yang berkualiti dan bertaraf dunia, kita seharusnya perlu melihat bagaiaman sektor perkhidmatan kesihatan awam dijalankan di England, Peranchis, Kanada dan juga Cuba...

dalam keghairahan ketumbuhan pelbagai hospital swasta, kita perlu belajar untuk tidak menjadi sepertimana yang berlaku di Amerika Syarikat apabila perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat di sana lebih banyak menimbulkan pelbagai jenis penyakit berbanding menyembuhkan penyakit.., kemenangan Barrack Obama dalam pemilihan Presiden Amerika telah membuka jalan untuk melakukan overhaul terhadap sistem kesihatan yang berorientasikan penswastaan yang begitu berdarah daging dalam sistem negara itu...

Apa yang berlaku di Amerika tidak digambar dalam siri popular suatu ketika dulu ER ataupun yang tengah popular ketika ini - House, untuk melepasi pintu masuk hospital seumpama cuba menembusi kubu tentera yang kukuh, silap2 haribulan, mati depan pintu hospital pun tiada orang yang peduli...

Masih banyak yang perlu kita lakukan dalam menyediakan perkhdimatan perubatan yang terbaik untuk rakyat kita, selain isu kekurangan doktor, kualiti perkhidmatan dan layanan juga haruslah dipertingkatkan.

Apa yang menjadi keluhan adalah masih banyak lagi yang perlu dipertingkatkan di hospital2 awam..., namanya jer doktor pakar tapi sehingga lima enam kali ujian, kekadang belum tentu akan dijumpa sebab sebenar punca masalah..., lantaran itu, bagi yang berkemampuan, mereka lebih senang untuk terus ke hospital swasta kerana dengan sekali ujian, mereka tahu apa punca permasalan dan bahagian mana yang perlu "repair" walaupun kos rawatan mencecah ribuan..., maka akhirnya nanti, kita akan menjadi sepertimana amalan di Amerika Syarikat ketika ini, you xde insurans kesihatan, you boleh blah...., cuma harapnya xjadi camtulah...Apapun, untuk semua rakyat malaysia yang lain, beli2 lah insurans kesihatan..mmg berbaloi baloi... tapi pastikan cari yang leh servis dengan baik terutama AIA dan Takaful Ikhlas..

Monday, December 21, 2009

..bekerja dari rumah.., suatu langkah kreatif..

Keterbukaan DS Najib dalam menerima dan memperkenalkan idea yang kreatif dalam menambah baik kualiti penyampian awam adalah suatu langkah yang patut dipuji dan dialu2kan..

Langkah PM kita dalam berekperimen dengan konsep kerja di rumah pastinya bukan hanya akan mengurangkan pelbagai bebanan, tekanan malahan juga dapat menjimatkan kos kerajaan terutama dari segi utiliti dan masa..

Moga2 langkah ini akan mendapat hasil yang positif dan meningkatkan kualiti serta produktiviti kakitangan awam..

Perhaps we should give Islamic governance a try — Li Fook Gao

Petikan Dari Malaysian Insider

DEC 22 — Remember the huge rally that was held in Kelantan on Dec 4, to show support for Tok Guru Nik Aziz's leadership? Did you notice the crowd? It was a truly Malaysian-type rally where huge crowds from every race in Kelantan came out despite the rain to show their support for TGNA. Have you ever wonder why Kelantanese love him so much?

Is there something that we missed to learn from the Islamic way that TGNA adopted to govern Kelantan for the last 20 years? Did you know that for 19 straight years, Kelantan government has recorded zero graft cases among its Excos and MBs? How is that possible in Kelantan, but not in other states that were being ruled by Barisan Nasional? Was this a specialty of Islamic governance where it can ensure God-fearing politicians to be incorruptible?

In 2004, TGNA held on as Mentri Besar Kelantan with only a one-seat majority. Yet, despite being such a fragile government, not a single ADUN was successfully bribed to jump ship to topple the PAS's government in Kelantan. Civil servants remained loyal to TGNA despite the razor-thin majority he had for that four years. How could that possibly happen with such a powerful Barisan Nasional government we had in 2004; while it could happen to Perak with such a comparatively weaker Barisan Nasional government in 2009? Or is this one of the good effect coming from Islamic governance?

Why are the Chinese and the Indian in Kelantan still happily give their backing to TGNA despite the absence of the 4D gambling shops, lack of entertainment outlets and some restriction on liquor sale in certain areas of Kelantan? What is it in there for them to be happy? Is there something we don't understand about the quality of life they are getting under TGNA's Islamic way of governing? Or is it because they feel that life and opportunities are fairer there compared to other states in Malaysia?

And do you realise that Tun Dr Mahathir Mohamad defeated almost every political enemy of his time during his 22 years as Prime Minister but one? Yes, he lost to TGNA! In fact he lost to TGNA for three subsequent terms! TGNA's Islamic way of governing Kelantan had defeated Dr Mahathir despite being the poorest state in Peninsular Malaysia and being continuously victimised by the BN federal government.

In a recently concluded interview with Malaysiakini, TGNA said PAS will continue to fight for hudud and Islamic laws to be implemented on Earth. The surprising thing about the interview was; there was no big public woo-haa over the matter like in the past. Nowadays whenever TGNA speaks of Islam, everyone listens attentively because he talks sense and he can relate Islamic teachings to our daily life.

Fewer people are feeling less comfortable with it because now he had something to prove about the Islamic governance in Kelantan. As a person, his integrity is unmatched. He had gained the respect of the people after more and more good things about Kelantan were being exposed to the public.

TGNA has shown us through Kelantan that Islamic governance is the more suitable way of governing a plural society like us. Despite years of Internet-less period being brainwashed by BN through media attacks on TGNA's Kelantan, non-Muslims are beginning to believe that Islamic governance is not as fearful as what they had thought over these years. In fact, now they are starting to appreciate and see from their own eyes that Islamic governance in Kelantan is way better and fairer than the racism way practised by the Barisan Nasional government.

Pakatan's states especially Selangor, Kedah and Penang is always rocked by endless news of corruptions, abuse of power, racist stunts, Excos' disunity, jumping frogs and open bickering. Moving forward, they should seriously start learning and adopting something from TGNA's Islamic way of governing Kelantan to achieve zero corruptions among its Excos and MBs, maintain loyalty of civil servants and continuously enhance the stability and unity between the rakyat and the state-government.

As TGNA said in his interview with Malaysiakini, "we have been exposed (probably being exposed too much) to democracy, socialism, nationalism and communism but not to Islam... Non-Muslim Malaysians should stop being afraid of Islam or being influenced too much by the western stereotype of Islam — that it is about terrorism and that it does not bring development and is backward." Hmmm, maybe he is right... Perhaps we should give his Islamic way of governing a try....
What say you? — harakahdaily

Sunday, December 20, 2009

..pendidikan beridentiti...

Pendidikan merupakan tunjang utama dalam pembentukan masyarakat dan wajah negara, ketempangan dalam acuan pendidikan akan melahirkan masyarakat yang bermasalah dan "berpenyakit" - mungkin yang fizikal kelihatan cukup tampan, segak dan menarik tetapi pengisian dalaman "yang berulat, yang bernanah"..

Penyakit gejala sosial dan permasalahan jenayah yang melibatkan golongan remaja dan muda mencerminkan "something wrong of the end products" dalam pendidikan kita... sistem, pelaksana dan perencana rasanya telah terlepas pandang elemen pembentukan sahsiah yang berakhlak, yang bermoral dan berhemat tinggi...

Pada ketika ibu-bapa lebih sibuk untuk sentiasa menyaman guru2, guru2 terpaksa untuk bersikap bersahaja terhadap permasalahan disiplin pelajar apatah lagi terdapat pelbagai medium massa yang dapat dimanipulasi oleh pelajar untuk menjustifikasikan tindakan disiplin ke atas mereka adalah "kejam dan tidak bertamadun"

Pengambilan dan pembentukan guru juga perlulah lebih ketat dan bukan sekadar untuk memenuhi kuota tertentu, biarlah guru yang lahir institusi perguruan berupaya melahirkan guru yang berdedikasi, mantap sahsiah diri dan konsep diri yang positif dan bukannya "sekumpulan remaja tua yang bersifat kebudak2an"

Bersama ke arah kemantapan pendidikan yang lebih baik

Saturday, December 19, 2009

Antara Doa Dan Politik

petikan dari http://drmaza.com/home/?p=868


Disiarkan pada Dec 06, 2009 dalam kategori Ibadat, Politik
Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Baru-baru heboh isu seorang tokoh politik telah mendoakan agar keburukan menimpa pemimpin negara. Doa ini adalah tindakan balas bagi isu royalti minyak Kelantan.

Berbagai pandangan dikeluarkan. Biasanya, penyokong parti politik masing-masing akan memberikan pandangan yang berpihak. Kesemua pihak cuba membela tokoh partinya. Itulah salah satu keburukan politik kepartian apabila fanatik menyelimuti diri.

Golongan agama yang berkepentingan pun akan mengambil kesempatan mengampu pihak yang boleh memberi manfaat keduniaan kepada mereka. Maka pandangan dan hukum agama akan diberikan berasaskan kepada keperluan politik, bukan tuntutan nas dan penilaian realiti yang berlaku.
Sedangkan nas syarak itu asas, sedangkan realiti itu dinilai dalam melihat adakah wujud keserasian untuk dipadankan nas tertentu dengan konteksnya yang sesuai.
Maka perkara pertama seorang pengkaji Islam hendaklah memahami apakah dalil-dalil syarak dalam sesuatu perkara.

Kedua, adakah dalil-dalil itu bertepatan dengan realiti atau konteks yang wujud. Umpamanya perkara yang pernah saya sebutkan dahulu tentang hukum menjawab salam bukan muslim. Nabi s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka ertinya menjawab salam bukan muslim dengan ucapan ‘wa ‘alaika’ itu hanya dalam konteks di mana mereka memberi salam dengan cara dan niat yang jahat, bukan dalam keadaan yang apabila salam diberikan dengan sopan dan hormat.

Ertinya melihat nas dalam realitinya adalah penting bagi seorang sarjana dalam memahami sesuatu hukum. Perbezaan keadaan boleh membawa kepada perbezaan hukum. Namun, dalam menilai hukum ia mestilah bertitik tolak dari dalil-dalil syarak, kemudian memahami dalil-dalil tersebut dalam realitinya yang sebenar.

Saya bukan ingin berbicara tentang doa politik tersebut, tetapi ingin berbalik kepada isu doa keburukan kepada sesama muslim, boleh atau tidak?. Ada yang menjawab sama sekali tidak boleh. Ada pula yang menjawab sama sekali boleh. Mungkin ada yang fanatik parti akan menjawab, doa untuk parti musuh boleh, parti sendiri tak boleh. Itu pun belum lagi kita tanya dia ‘bagaimanakah mengklasifikasi perkataan ‘musuh’ menurut Islam?!

Sebelum kita melihat ke dalam konteks bersaingan politik dan salahguna agama dalam suasana politik yang ada, mungkin seseorang boleh menjadikan soalan itu lebih mudah dihayati dan difahami dengan bertanya; “jika seseorang muslim menzalimi saya, bolehkah saya doakan agar Allah mengambil tindakan atau menghukumnya di dunia?”.

Maka di sinilah memerlukan dalil-dalil syarak dalam menetap asas ini. Kemudian, barulah kita akan lihat konteksnya, iaitu adakah orang yang dikatakan zalim itu memang benar-benar zalim?! Kemudian, adakah setimpal kadar kezaliman itu dengan isi doa yang dilafazkan?!

Dalam hidup kita ini kita mungkin akan menemui manusia yang mengaku muslim tetapi sangat jahat, menginayai dan menzalimi kita. Menipu, menfitnah dan menyiksa kita; boleh atau tidak kita berdoa agar Allah mengambil tindakan kepadanya?

Lebih jelas jika kita kenang wanita yang dirogol, atau diragut sehingga cacat, atau keluarga dibunuh, adakah mereka diizinkan Islam agar berdoakan kepada Allah untuk menurunkan musibah atau balasan dunia kepada orang menzaimi mereka?!
Ungkapan sesetengah tokoh agama bahawa sama sekali tidak boleh doa bala atau keburukan kepada muslim sekalipun zalim adalah kurang teliti dan menafikan nas-nas yang mengizinkan hal ini.

Sementara kenyataan yang menyebut boleh secara mutlak berdoa agar diturunkan bala kepada muslim atau bukan muslim tanpa meneliti kadar yang dikatakan zalim itu, atau musibah yang diminta itu akan menyebabkan doa menjadi permainan lidah dan berlaku kemelampauan dalam berdoa. Namun kita percaya Allah Yang Maha Bijaksana tidak akan menerima doa yang tidak betul atau disalahgunakan.

Dalam hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan bahawa berdoa agar Allah kenakan tindakan kepada yang patut menerima doa sedemikian rupa adalah diizinkan.
Dalam hadis riwayat al-Imam Muslim menyebut:
Umm Sulaim iaitu Umm Anas memiliki seorang anak yatim perempuan. Suatu hati Nabi s.a.w melihat kepada anak yatim tersebut. Baginda bersabda: “Oh awak, dah besar pun awak. Umur awak takkan membesar lagi”. Anak yatim tersebut kembali kepada Umm Sulaim dan menangis. Umm Sulaim bertanya: “Kenapa wahai anakku?”. Kata gadis itu: “Nabi Allah s.a.w telah mendoakan keburukan ke atasku agar umurku tidak membesar. Maka mulai sekarang umurku tidak akan membesar lagi selama-lamanya. Maka Umm Sulaim pun keluar, tergesa-gesa mengenakan tudungnya sehingga berjumpa Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Kenapa wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Wahai Nabi Allah, adakah engkau telah mendoakan keburukan ke atas anak yatimku?”. Baginda bertanya: “Apadia wahai Umm Sulaim?”. Kata Umm Sulaim: “Anak yatimku mendakwa engkau mendoakan agar umurnya tidak membesar”. Rasulullah s.a.w pun ketawa kemudian bersabda: “Wahai Umm Sulaim! Tidakkah engkau tahu syaratku untuk tuhanku? Aku telah memberikan syarat untuk tuhanku, aku berkata: “Sesungguhnya aku manusia; aku redha seperti mana manusia redha, aku marah seperti mana manusia marah. Justeru, sesiapa sahaja di kalangan umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan sesuatu doa, sedangkan dia tidak layak maka Allah akan jadikan untuknya kesembuhan, penyucian dan perkara yang mendekatkannya dengan Allah pada Hari Kiamat nanti”.

Dalam hadis ini, ungkapan Nabi s.a.w yang seakan doa itu telah membimbangkan anak yatim tersebut. Namun, Nabi s.a.w. akur sebagai insan yang bukan malaikat, hal-hal keinsanan itu mungkin berlaku kepada baginda.

Maka baginda meminta agar doa keburukan baginda kepada mereka yang tidak layak bertukar menjadi kebaikan. Dalam ertikata lain, jika layak dengan mereka maka ia akan mengenai orang tersebut. Sikap mulia Nabi s.a.w juga menunjukkan baginda mengakui kesilapan insani itu dan memohon agar ditukar doa baginda kepada kebaikan.
Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat al-Imam Muslim seorang sahabat besar Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid telah berdoa agar Allah mengambil tindakan kepada Arwa binti Aus yang memfitnah beliau mengambil tanahnya dan mengangkat kes itu kepada Gabenor Marwan bin al-Hakam. Sa’id bin Zaid berdoa dengan menyebut: “Ya Allah! Jika dia seorang pendusta maka butakanlah matanya dan bunuhlah dia dalam tanahnya”. Maka Arwa pada akhir hayatnya buta mata dan ketika sedang berjalan terjatuh dalam sebuah lubang dalam tanahnya dan meninggal.

Dalam riwayat al-Bukhari pula menceritakan bahawa ada penduduk Kufah yang mempertikai kepimpinan gabenor mereka Sa’d bin Abi Waqqas sedangkan beliau sahabat Nabi s.a.w yang besar dan pemimpin yang soleh. Khalifah ‘Umar mengambil tindakan menggantikan Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Ammar bin Yasir. Ketika siasatan sedang dijalankan didapati rakyat memuji kepimpinan Sa’d, kecuali di Masjid Bani ‘Abs seorang yang bernama Usamah bin Qatadah bangun membuat dakwaan seperti berikut: “Sesungguhnya Sa’d tidak menyertai peperangan, tidak membahagi secara saksama dan tidak adil dalam hukuman”. Sa’d menjawab: “Demi Allah aku akan berdoa dengan tiga perkara: “Ya Allah! Jika hambaMu ini (penuduh) seorang pendusta, tampil untuk menunjuk-nunjuk maka panjangkan umurnya, panjangnya kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah”. Maka lelaki tersebut hidup sehingga umur terlalu lanjut tapi masih mengganggu gadis-gadis di jalanan dan cuba meraba mereka.

Doa-doa di atas jika kita lihat tidaklah terus meminta bala kepada muslim yang dianggap zalim itu, sebaliknya diikat dengan ungkapan “Ya Allah, jika dia ini berdusta maka…” atau mungkin kita sebut “jika dia telah menzalimiku maka..”. Ini kerana kita mungkin tersalah anggap, atau silap tafsiran maka wajarlah berlapik kata dalam hal ini dan serahkan kepada Allah Yang Maha Mengetahui. Penilaian zalim itu sendiri kadang kala dipengaruhi emosi, atau kita juga lupa ada kesalahan kita juga dalam kes yang kita rasa kita dizalimi.

Maka dengan cara menyebutnya berlapik kata, ia lebih santun dan Allah Maha Mengetahui. Manusia boleh membuat berbagai andaian terhadap doa, tetapi Allah Maha Mengetahui doa siapakah yang layak diterima dan siapakah pula yang mencapai ‘darjat zalim’ yang melayakkan doa orang dizalimi itu mustajab lantas menimpanya.

Berhati-hatilah yang berdoa. Juga lebih berhati-hatilah mereka yang ‘kena doa’ yang telah menzalimi orang lain. Di samping kita berdoa, kita pasrah kepada Allah, kita juga memuhasabah diri sendiri

Friday, December 11, 2009

..di mana tempat ilmuwan Islam..?

Agenda dakwah dan tarbiah DR Asri ternyata memberikan suatu kegemparan intelektual di kalangan tertentu ilmuwan agama Islam yang selama ini hanya bijak bersembunyi di sebalik pintu bilik pejabat...Dakwah dan tarbiah Islam tidak mengenal sempadan dan keegoan tetapi menitikberatkan tersebarnya kefahaman dan kesedaran yang hakiki terhadap konsep Islam..

Tentu sekali tindakan Dr Asri itu nanti akan memberikan sedikit keinsafan di kalangan "orang2 jabatan Islam" agar mempergiatkan usaha dakwah kerana semenjak kita merdeka hinggalah sekarang institusi dan jabatan agama Islam ternyata amat gagal dalam memberikan suatu kesedaran yang kukuh dan jitu di kalangan masyarakat...

Andaikata segala usaha yang signifikan telah diambil dalam memartabatkan usaha penyebaran dakwah Islam, sudah pasti gejala keruntuhan moral dan akhlak di kalangan umat Islam tidak akan begitu berleluasa...

untuk orang2 agama yang tengah bersembunyi di sebalik pintu pejabat..sedarlah.., jom sertai usaha dakwah Dr Asri

Thursday, December 3, 2009

..ancaman saman terhadap guru..

Semenjak rotan diharamkan..gejala salah laku pelajar dan disiplin murid amat teruk berbanding dulu.., bukan itu sahaja mak bapa, penjaga lebih ramai yang berminat untuk membela salahlaku anak2 mereka dan lebih gembira kalau ramai cikgu2 dapat disaman di mahkamah...

Akibatnya sebagai langkah paling selamat, guru2 termasuk saya sendiri akan mengambil sikap "pejam mata" terhadap apa jua masalah disiplin dan kesalahan pelajar kecuali yang melibatkan hal2 jenayah yang boleh direport terus kepada pihak polis...

Sekiranya dua tiga kali dah nasihat dengan baik dan pelajar terbabit enggan berubah, masih degil. malas dan enggan membuat kerja rumah atau apa2 sahaja yang sebenarnya adalah untuk kebaikan dirinya sendiri.., maka biarkanlah.., daripada menghukum untuk menginsafkan mereka, lebih baik guru mengajar mana2 pelajar yang berminat nak belajar.., yang terasa mak ayahnya boleh menyaranya hingga ke anak cucu..biarkanlah mereka dengan labu2nya....

Realitinya guru sebenarnya begitu mudah terdedah dengan ancaman yang entah apa2.., bukan meminta untuk diberi kuasa sewenang2nya tapi biarlah guru diberi ruang dalam menjalankan tugasnya terutama jika berdepan dengan murid2 manja yang bermasalah...

..perhimpunan menyokong Tuan Guru

Esok KB akan sesak kerana dijangka beribu akan berhimpun bagi menyatakan sokongan kepada Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat...

Nampaknya perang propaganda sudah bermula memandangkan lagi dua tahun negara akan berdepan dengan ujian getir politik iaitu PRU13..., mampukah BN mengembalikan semula kegemilangannya atau adakah tsunami PRU12 bakal terkubur....

Orang macam saya nie..hanya memerhati dari jauh..., rasanya pengundi muda kita lebih mengetahui apa yang terbaik buat mereka...

...something wrong...

Hari nie seharian di atas jalanraya, bandar tanah merah kesesakan dengan kereta memandangkan masing2 tak mahu terperangkap ngan hujan lebat yang seharian turun.., kalau tak tentu saja menunggang motor kapcai jika ada urusan banking di bandar...

Balik dari sana, terus ke Pasir Mas.., emm yang paling menyampah adalah sikap driver kereta peronda polis yang sengaja menjadikan jalan bertambah "sesak" kerana begitu bersahaja meronda dengan kadar 40 km/j.. dah lah jalan double line..agaknya saja nak "makan percuma" kot.... sedangkan had laju yang jelas terpampang pada sign adalah 90 km/j

Alhamdulillah kerana sampai juga ke destinasi.., cuma sepanjang perjalanan tadi asyik terfikir beberapa keajaiban di malaysia yang mungkin takkan dijumpai di negara lain... emm, yang pertama tentu sekali pasal RON95.., ikut fikiran saya yang mungkin bercampur emosi nie.. cara pempromosian RON95 yang diwar2kan sebagai "larger than life" berbanding harganya yang murah seumpama cuba menjadikan kancil sehebat mercedez.. saya teramat yakin yang RON95 amat tidak berkualti dan semenjak menggunakannya terasa sesuatu kelainan pada kereta saya.., dan rasanya ini dikongsi bersama ngan jutaan lagi pengguna kereta di malaysia.. kecualilah yang memandu tu adalah driver peribadi lainlah cerita....

Yang kedua.., rakyat malaysia membayar harga yang cukup tinggi terhadap kereta nasional sedangkan kereta nasional dipasarkan dengan cukup murah di luar negara...why..why.., ?

Yang ketiga, kebanjiran warga asing yang nampaknya telah berjaya menjadikan bandar2 utama di negara kita seumpama seperti kita berada di negara mereka... aku nie duk kat Dhaka, Jakarta, Yangoon ker? Dan yang latest....Afrika.. sesuatu harus dilakukan kerana kebanjiran mereka ini banyak mengundang pelbagai permasalahan sosial yang serius dan yang merisaukan ramai di kalangan mereka lebih berminat menjalankan aktiviti jenayah....

Yang keempat...nak fikir dulu :)

Wednesday, December 2, 2009

...tauliah,,,oh tauliah...

Teruskan perjuanganmu..Dr.Asri., mudah2an dirimu sentiasa dalam jagaan ALLAH

Tuesday, December 1, 2009

memperkasakan pendidikan..

KUALA LUMPUR 2 Dis: Parlimen hari ini diberitahu bahawa punca pembelajaran Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SRJK) adalah lebih baik kerana mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa ibunda.

Ini diakui sendiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika menjawab soalan tambahan daripada M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) berhubung pengajaran di sekolah Cina lebih baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan isu masalah beban buku teks yang terlalu banyak dibawa oleh pelajar sekolah.

Beliau sebelum itu menjawab soalan Datuk Ismail Mohamad Said (BN-Kuala Kurau) bahawa buku teks sekolah yang dikatakan tidak meransang kefahaman pelajar dan sejauh mana buku komersial lebih baik berbanding buku teks sekolah.

Sebelum itu, Ismail mendedahkan bahawa terdapat penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bahawa buku teks yang digunakan di sekolah-sekolah kurang baik berbanding buku rujukan komersial yang ada di pasaran....

...........................................................................

Komen:

Kekadang kita tertanya2.., jika enjin kereta yang rosak, mengapa pula yang dibaiki dan dihempas pula untuk diperbetulkan adalah tayar, radiator, body, cermin.., masalah penguasaan bahasa inggeris adalah dengan memantapkan pengajaran dalam bahasa inggeris, menyediakan lebih banyak prasarana yang cukup bagi membolehkan pelajar mempelajarinya dengan lebih berkesan.

...mengapa kelantan terus diganggu?

Petikan sukender
Sudah 20 tahun Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi menteri besar Kelantan. Satu tempoh yang dikira panjang tetapi bukanlah yang terpanjang bagi sejarah Malaysia yang merdeka.


Malah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, juga seorang lulusan Universiti al-Azhar Mesir, lebih lama daripadanya semasa menjadi menteri besar Terengganu dulu – daripada tahun 1974 hingga tahun 1999 – 25 tahun.

Negara pernah merasa puas, maksudnya temu, apabila Tun Dr Mahathir Mohamad terlalu lama menjadi perdana menteri iaitu 22 tahun. Dia kalah dengan Suharto yang menjadi presiden Indonesia selama 32 tahun. Tidak pernah ada yang membandingkannya dengan Lee Kuan Yew yang juga lama menjadi perdana menteri Singapura. Orang pun tidak ingat berapa lama.

Tetapi orang tidak sedar rupanya Tok Guru Nik Aziz sudah jadi menteri besar selama 20 tahun. Kalau usianya ada lagi dan masih boleh memberi fikiran, dua tahun lagi akan samalah tempoh pentadbirannya dengan Mahathir.

Cuma setakat ini, tiada siapa mahu memikirkan beliau boleh menyamai tempoh pentadbiran Wan Mokhtar.

Orang hanya memberinya tiga bulan saja untuk mentadbir Kelantan. Tiada pengalaman menteri tadbir, tidak pernah tok guru berserban dalam sejarah Melayu menjadi menteri besar dan Kelantan itu negeri miskin pula. Dengan ketiadaan duit itu, beliau dan partinya diberi tiga bulan saja.

Lepas tiga bulan diberi tiga bulan lagi. Lepas itu tiga tahun pula. Dan akhirnya melewati tiga kali pilihan raya. Dan sesudah 20 tahun, tiada yang berani bercakap untuk dapat menewaskannya, malah menggantikan partinya, PAS bagi mentadbir Kelantan pun tidak berani difikirkan.

Bukan kita hendak berlumba siapa lebih lama memerintah, tetapi yang jemu dan bersungut tentang tempoh pentadbiran Tok Guru yang sudah dikira lama itu. Dengan hidupnya amat sederhana, tiada membuat harta dan tiada mengambil kesempatan dengan kuasa dan kedudukannya, beliau menjadi ketua kerajaan yang amat disenangi.

Dengan sumber khazanah yang terhad, sebagai negeri termiskin, bantuan kerajaan pusat pula bagai dicatu dan tidak mengikut jadual pula, serta kepungan ekonomi pusat, tidak pula negeri itu terhalang dari menunaikan tanggungjawab yang sewajarnya. Cuma ia tidak dapat menambah makmurkan negeri dan rakyatnya disebabkan oleh kekangan kewangan, tetapi negeri itu lumpuh dan tidak muflis.

Ia tidak menambah hutang kerajaan negeri seperti 11 tahun di bawah pentadbiran Barisan Nasional sebelumnya, tetapi ia tidak pernah gagal ansuran bayaran hutang kepada kerajaan pusat.

Dengan 20 tahun pentadbirannya itu, ia memecahkan sangkaan ulama tidak boleh memerintah, ia mengubah persepsi pandangan masyarakat bukan Islam kepada Islam dan partinya yang sebelumnya disangka hanya untuk memenuhi kepentingan dan keperluan Islam dan Melayu saja. Tetapi ia boleh menjadi contoh memberi perlindungan kepada semua pihak.

Akhir-akhir ini ia tidak sekadar memberi kebajikan kepada yang hidup, yang mati, Muslim dan bukan Muslim ada skim bantuan kematian kepada waris dalam urusan kematian.

Mungkin boleh dikata, ada orang bersungut apabila seseorang itu terlalu lama berkuasa, menunggu mereka dia akan pergi. Tetapi dengan kesederhanaan yang ditunjukkan itu, tiada jemu dan tiada bosan orang akan keberadaannya, kalau boleh seseorang itu menongkat langit, biarlah beliau kekal lebih lama walau pun bukan selama-lamanya.

Bukan orang Muslim saja terasa senang dengannya, yang bukan Muslim baik dari Kelantan dan di luar Kelantan mengangkat tabik kepadanya dan memberi penghormatan tinggi kepadanya.

Tidak salah bagi semua menjadikannya contoh dan teladan kepada semua, sekarang dan akan datang. Amat sayang beliau sudah tua dan kesihatan pun selalu terganggu.

Di hujung pentadbirannya itu hak Kelantan mulai datang satu demi satu. Ia dinafikan mendapat hak atas minyak yang di keluarkan dari zon ekonomi perairannya. Tetapi ia mulai diiktiraf.

Kerajaan pusat tidak mengakui Kelantan ada hak atas minyak. Tiba-tiba perdana menteri setuju memberi wang ihsan. Apa sebab? Mengapa tidak diberi kepada Pahang, Johor, Melaka dan lain-lain? Kerana mereka tidak bersangkutan.

Mengapa Kelantan hendak diberi wang ihsan? Kerana ia berhak. Tok Guru dan kerajaannya tidak menolak rezeki wang ihsan itu. Tetapi ia ihsan kerajaan pusat. Sedekah, kata Datuk Husam Musa.

Yang Kelantan tahu, royalti Kelantan tidak boleh diusik dengan wang ihsan itu. Kelantan menuntutnya dari Petronas sama seperti Tunku menuntut kemerdekaan Malaysia daripada Inggeris.

Dan di hujung tempoh 20 tahun itu juga Tok Guru termasuk 50 orang teratas dalam 500 orang tokoh Muslim dunia bagi tahun 2009 ini.

Antara 50 orang itu adalah raja-raja, ketua negara bukan raja dan ketua kerajaan pusat. Tok guru bukan raja dan bukan pimpinan kerajaan peringkat pusat. Beliau sekadar menteri besar sebuah negeri miskin dan pemimpin sebuah parti politik pembangkang.

Tetapi itulah penghormatan dunia kepada pemimpin kerajaan Kelantan dan pemimpin umat Muslim Malaysia itu.

...aidiladha..2009..

Perjalanan pulang untuk beraya Qurban tahun ini berbeza kerana kami balik bersama putera sulung - umar mujaddid.., pun begitu apa yang terasa terkilannya adalah kesukaran untuk menemui surau n masjid selepas R&R Gua Musang.., dari sana hinggalah ke Kuala Krai, hanya ada satu surau yang terdapat di tepi jalan utama, selainnya mungkin tersorok di celah kejauhan kampung...

Mungkin warga di laluan Gua Musang-Kuala Krai lebih sibuk mengimarahkan kedai2 makan berbanding surau mahupun masjid.., mungkin sebab itulah kot masjid dan surau agak sukar untuk ditemui... tak seperti laluan lain di kelantan di mana masjid mahupun surau begitu mudah ditemi sepanjang jalan utama...

...ruang demokrasi...

Biarpun kita telah merdeka lebih dari 52 tahun, suatu hakikat yang kita perlu terima adalah kita sebenarnya masih lagi dalam proses untuk memahami erti demokrasi dan masih pada tahap belajar untuk bertolak ansur dalam menangani perbezaan..

Masih terlalu banyak ruang yang perlu diberi dalam menghormati perbezaann pandangan dan kepentinhgan politik. Pasca tsunami politik yang berlaku di negara kita membuktikan betapa sempitnya ruang dalam menghormati ruang demokrasi dan pilihan yang telah dibuat..

Pun begitu, kita juga perlu belajar untuk bagaimana menangani ruang demokrasi agar tidak disalahguna secara berleluasa sehingga menimbulkan suatu ketidakstabilan di dalam negara... Demokrasi yang terdidik dan ilmiah bagi menggantikan erti demokrasi yang melulu dan mengikut perasaan...

Apa yang perlu ditekankan dalam negara kita ialah mempromosikan forum perbincangan yang lebih terbuka terutama dalam meningkatkan perpaduan dan penyatuan dalam negara. Setiap parti politik mestilah bersedia untuk saling menerima dan meraikan perbezaan antara mereka dan bukannya mengamalkan politik balas dendam terhadap antara satu sama lain

Semakin hari lebih ramai golongan muda yang menjadi pemilih dan pengundi. Mereka ini umumnya adalah golongan yang lebih berpendidikan dan terdedah kepada pelbagai jenis maklumat dan tidak terlalu terikat kepada sentimentasi politik. Pun begitu secara umumnya mereka tahu "yang mana intan dan yang mana permata"... Moga2 wajah2 amalan politik di malaysia akan menjadi lebih matang dalam meraikan perbezaan pegangan

Saturday, November 28, 2009

...pakatan rakyat yang kurang berpakat....

Hampir dua tahun setelah tsunami politik dan rakyat malaysia - semua golongan masyarakat mempunyai pandangan tersendiri terhadap prestasi yang ditunjukkan oleh BN mahupun PR...

Perlantikan DS Najib semacam memberi suatu suntikan baru dalam kepimpinan BN yang lebih segar dan ke depan. Pun begitu segala jasa Tun AB dalam memimpin negara amatlah dihargai terutama dari segi kebebasan untuk menyuarakan pandangan dan berbeza pendapat. Gagasan 1Malaysia yang awalnya cuba dimomokkan sebagai gagasan yang tidak ke mana telah menampakkan impak yang positif terhadap BN ketika ini apatah lagi dengan pelbagai wacana media yang digunakan dalam mem"position" kan imej ini dalam minda rakyat malaysia.. yang hanya yang agak kacau saat ini adalah kemelut kepimpinan MCA...rasanya adalah lebih baik jika adanya pemilihan yang baru bagi meredakan semula perpecahan yang berlaku saat ini...

Bagi Pakatan Rakyat pula semacam seribu satu tidak kena..., semuanya berpunca kerana keinginan untuk "beraksi di depan kamera" dan apabila terjadi apa jua isu, mereka akan mudah menuding jari kepada media yang dikatakan proksi kepada BN sedangkan setelah berpuluh2 tahun para pimpinan pembangkang masih lagi belum insaf tentang bagaimana untuk memberi kenyataan atau respons yang lebih "cerdik dan bernas" setiap kali berdepan dengan media proksi BN...

Pakatan pembangkang akan gagal dalam misinya menuju Putrajaya selagimana rakyat tidak dapat melihat suatu kestabilan yang kukuh dalam hubungan PAS-PKR-DAP.., biarpun berkongsi rumah yang sama tetapi mereka tinggal dalam bilik yang berbeza, hanya berkongsi ruang tamu untuk melihat tv..., begitulah analogi hubungan antara parti dalam PR

...malaysia untuk warga asing...

malaysia seolah2 merelakan dirinya menjadi syurga untuk warga asing bermaharajela malahan menjadikan segala urusan mereka kelihatan mudah dan senang... bukan seperti Dubai yang dibanjiri golongan warga asing profesional yang menjanai pertumbuhan mapan di UAE, kebanjiran warga asing di Malaysia ibarat menyusu serigala n anjing dalam kandang kambing...

seperti biasa, polisi yang amat menjadi amalan dalam apa jua kerja dalam jabatan mahupun agensi ialah "buat dulu, fikir kemudian" begitu mendarah daging dalam amalan, kawalan dan penguatkuasaan yang longlai.., kebanjiran warga Awang Afrika, Vietnam, Myanmar, Indonesia, Mat Bangla dan ramai lagi lebih banyak menimbulkan pelbagai gejala negatif yang mencetuskan kebimbangan di kalangan warga tempatan..

Ini berikutan..majoriti tenaga import ini lebih ramai yang berminat untuk melakukan pelbagai jenis jenayah sehinggakan kita tertanya2 apa yang dilakukan oleh jabatan2 dan agensi2 yang berkaitan dalam menangani permasalahan yang ditimbukan oleh golongan ini..tidurkah mereka..atau makan gaji butakah mereka ini?

Permasalahan ini tidak akan timbul seandainya kerajaan benar2 mahu membela kebajikan warga tempatan terutama berkaitan kadar upah minimum.. perkara ini seharusnya diberi pertimbangan yang wajar bagi memastikan syarikat2 swasta yang beroperasi di negara ini tidak bertindak seumpama lintah darat yang hanya tahu memaksimumkan keuntungan pada kadar upah yang rendah.. selagi mana struktur gaji yang diamalkan di negara ini tidak direview atas alasan untuk menjaga kepentingan dua tiga kerat "mangkuk ayun" yang hanya tahu memerah keringat, selagi itulah kudrat tenaga asing alias kembar penjenayah akan terus ditagih....

...Kembalikan RON97..

..Sebelum ini terdapat pilihan untuk mengisi minyak samada untuk mengisi petrol RON95 ataupun RON97.., namum sejak kebelakangan ini majoriti stesen minyak hanya menyediakan RON95..

kecewa..memang teramat kecewa kerana daripada apa yang dirasa semasa memandu, prestasi kereta saya tak seperti dulu terutama selepas kesukaran untuk mengisi RON97.., memang diketahui sebab sebenar mengapa RON95 diwar2kan sebagai berkualiti sedangkan apa yang pasti ianya minyak bermutu rendah yang dijual pada harga yang dikatakan "jimat dan murah". Punca utama adalah untuk menutup sebarang cerita negatif tentang kenaikan harga minyak...

apa pun alasan yang berkuasa..., kembalikan RON97...

Sunday, November 22, 2009

..srwk last trip... Empangan Bakun

Seminggu sebelum berakhirnya perkhidmatan di bumi sarawak, sampai juga peluang untuk melewati susuran di empangan bakun - empangan kedua terbesar di dunia selepas di china, ramai juga yang pergi n nasib baik elis terpaksa mengikuti kursus di kapit, jadi dapatlah mengisi kekosongan yang ditinggalkannya...

Bertolak jam 830 pagi.., dua bot membawa rombongan menuju Bakun yang sekiranya jika menaiki ekpress boat hanya mengambil masa setengah jam sehaja..., begitupun bot yang membawa kami terpaksa singgah dulu di sagaham kerana kerosakan enjin.. n then ...lebih kurang jam 11, kami sampai di bakun...

Projek raksasa yang masih lagi diselubungi kontroversi ini berikutan isu pampasan kepada masyarakat penan akan mula beroperasi mulai tahun depan, jan 2010 - itupun sebagai langkah percubaan sebelum beroperasi sepenuhnya pada tahun 2011/2012... setakat ini bakun secara amnya berada dalam 80 peratus siap berdasarkan kepada apa yang dilihat secara kasarnya...

Last trip in sarawak.., sebab mungkin selepas ini sukar lagi untuk kembali ke sana kecuali atas urusan tugas...

Wednesday, November 18, 2009

..selamat tinggal srwk...

Hampir 3 tahun bertugas di pedalaman sarawak, akhirnya dapat juga berpindah.., walaupun bukan kembali ke kampung atau negeri kelahiran, tetapi perpindahan ke melaka yang berkuatkuasa mulai Disember 2009 akan membuka perjalanan baru dalam hidup...

Walaupun kelihatan agak singkat namun setiap detik dan waktu terasa begitu lama khususnya dalam kehidupan perkahwinan jarak jauh apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata yang menjadi permata hidup kami suami isteri..., alhamdulillah..., rezeki kehadiran umar mujaddid..

2 tahun 11 bulan, pelbagai cerita suka duka, saat pahit manis yang akan tetap kekal menjadi ingatan, teladan dan pengajaran.., yang pasti terlalu besar jurang yang ada di sarawak khususnya dalam mengarusperdanakan pemikiran dan anjakan perubahan... ianya merupakan suatu herculean task yang mungkin akan mengambil masa yang namun seandainya ada kesedaran politik yang mengenepikan sentimen kenegerian, rasanya sarawak akan lebih cepat maju daripada tahap yang ada sekarang...

sarawak harus berani membuka pintunya dengan lebih luas, mengesampingkan birokrasi yang ntah apa dan pelbagai sekatan zaman purba seandainya mahu melihat berlaku perubahan yang besar di sarawak... jika benar satu malaysia menjadi anutan, maka ketepikanlah kepentingan sempit politik dan sentimen curiga terhadap keikhlasan para sahabat dari semenanjung dalam memacu pembangunan di negeri ini..

Wednesday, November 4, 2009

apa perlunya JAIS berbuat demikian...?

Dalam ketiadaan badai yang bergelora, Jais mencetuskan perkara "pelik tapi benar"... penahanan bekas mufti kerajaan negeri Perlis - Dr. Asri atas tuduhan tidak mempunyai tauliah dalam menyampaikan agamanya membuatkan kita tertanya2 apa yang penting - ketulusan dan kemurnian ajaran dakwah yang dibawanya ataupun tauliah yang perlu diutamakan...

Apa yang berlaku di selangor mencerminkan kedangkalan birokrasi dan pemahaman yang telus terhadap realiti semasa..dan inilah juga yang menyebabkan kenapa ajaran Islam seringkali disalahtafsirkan oleh pihak bukan Islam...

Untuk Dr. Asri... semoga kian bersemangat untuk terus menyampaikan dakwah dan sudah masanya orang2 agama di jabatan agama Islam "diajar" di mahkamah...saman!!!!

Friday, September 18, 2009

..alhamdulillah...

syukur kerana isteri telah selamat melahirkan bayi yang comel yang kami namakan Umar Mujaddid..pada 4 september yang lepas.. alhamdulillah kerana dapat merayakan aidilfitri tahun ini bersama ahli keluarga yang baru...

moga2 kita semua dikurniakan kebahagiaan dalam hidup dan ketetapan hati untuk terus berada dalam jalan agamaNYA...

Salam aidilfiti..

Thursday, September 3, 2009

..ramadhan dan kemerdekaan...

Tahun ini kita meraikan kemerdekaan dalam sambutan ramadhan.. pada ketika kita sedia maklum tentang proses kemerdekaan negara, amatlah wajar untuk kita membawa makna serta perspektif kemerdekaan itu dalam bentuk kemerdekaan diri sebagai seorang hamba Allah..

Kemuliaan Islam terletak pada ketauhidan kepada Yang Maha Esa yang juga membawa makna bahawa sesungguhnya setiap orang itu adalah insan merdeka dan tidak menjadi hamba kepada mana2 orang yang lain kecuali hanya kepada Tuhan. Baik lelaki mahupun perempuan semuanya diraikan hak yang sewajarnya dan kebebasan sebagai seorang insan.

Pun begitu pada ketika Islam meraikan kebebasan dan hak, Islam juga mengajar ummahnya dengan tanggungjawab sebagai seorang islam - bahawa setiap orang harus bertanggungjawab dengan apa yang dia lakukan dan tidak melakukan kezaliman terhadap orang lain apabila menikmati haknya.. contohnya kita bebas mendengar muzik tetapi apabila bunyi muzik yang kita dengari itu terlalu melampau sehingga mengganggu tetangga yang lain maka adalah tanggungjawab kita memastikan bunyi muzik itu sekadar untuk pendengaran kita sahaja..Berbeza dengan mana2 agama lain di dunia ini, Islam juga menggariskan dengan jelas tentang keadilan dan hak terhadap penganut bukan Islam..

kita meraikan kemerdekaan sebagai insan yang merdeka - insan yang bebas daripada pelakuan mungkar, kefahaman sempit, hidup yang tidak terarah, dikuasai hawa nafsu kepada insan yang bertanggungjawab, yang mengerti bahawa kehidupan ini ada tujuannya dan kehidupan ini adalah untuk kita menanam amal dan budi pekerti yang baik..

Memetik kisah peperangan antara tentera Islam dan Rom semasa penaklukan Mesir oleh tentera Islam pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, wakil tentera Rom yang tinggal di kem tentera Islam semasa pengepungan Benteng Babylon di kota Memphis melaporkan "Kami telah melihat satu kaum yang cintakan mati. Sifat ramah mereka mengatasi keangkuhan mereka. Mereka duduk bersila di atas tanah dan pihak atasan tidak berbeza dengan golongan bawahan dalam pergaulan. Tidak ada perbezaan antara golongan mulia dan hina, begitu juga tuan dan hamba sahaya di kalangan mereka. Apabila tiba masa untuk menyembah Tuhan, tidak ada seorang pun yang mengabaikannya"

Moga2 kita semua menjadi insan yang merdeka daripada kelakuan dan sifat yang baik menjadi orang yang berakhlak dan berperilaku mulia

Tuesday, September 1, 2009

..bersederhana dalam perbezaan sentimen..

sebagai orang yang tergolong dalam generasi muda dan pengundi muda, saya melihat betapa bahlulnya sesetengah orang kerana masih lagi sanggup bergaduh, berdarah, caci memaki kerana warna parti yang mereka wakili..

ketika zaman telah berubah, cara berfikiran yang baru yang mulai meresap masuk khususnya di kalangan generasi muda yang berpendidikan, pemain2 politik dan ahli2 parti masih lagi dengan kejumudan kepartian - hal ini saya tujukan untuk semua parti yang ada - samada mereka ini biru, hijau, biru muda, kuning, merah atau seumpamanya..

generasi muda sebenarnya lebih melihat kepada fakta, isu dan bukannya emosi semata2.., kita juga kritikal apa yang telah dilakukan dalam time frame - samada telah berpuluh2 tahun tapi belum selesai atau sudah setahun dua tapi tetap dipinggirkan..

kepada pimpinan politik, mereka harus beranjak daripada pemikiran politik cara lama kepada pendekatan yang lebih terbuka - lebih banyak untuk saling menerima dan mendengar, bukannya untuk saling mendakwa "akulah yang betul, dasar inilah yang tepat" atau seumpamanya..

permainan politik yang hanya mengapi2kan kesempitan perkauman seharusnya ditolak.. kita sebenarnya tertanya2 adakah melayu benar2 terancam di negara ini atau kepimpinan politik melayu yang mula merasai bahang perubahan mentaliti yang tidak lagi suka "dipermainkan" bak lembu yang ditarik hidung.. Begitu juga sentimentasi politik berasaskan perkauman yang seringkali menuntut pelbagai jenis hak, jawatan dan keistimewaan sedangkan apa yang seharusnya diutamakan adalah mendahulukan mereka yang berkelayakan berbanding atas dasar kuota atau seumpamanya...

amatlah malang jika 52 tahun kita merdeka kita masih lagi meraung2 tentang perkara fundamental yang seharusnya telah dapat diatasi..adakah ini bermakna wujudnya fundamental error dalam implementasi yang telah kita lakukan selama 52 tahun sehingga kita masih lagi berdepan dengan isu2 yang sama yang belum lagi selesai?

Moga2 akan berlaku perubahan mentaliti besar dalam masyarakat kita dan moga2 dinding2 kejumudan serta ketaksuban terhadap parti akan berjaya dirobohkan..

Monday, August 31, 2009

..berhati2 dengan sentimen syiah..

kadangkala saya terasa amat pelik dengan cara pemberitaan betapa beraninya golongan syiah melawan Amerika dan Israel - Murtazda al-sadr di iraq, Hizbullah di Labenon dan kepimpinan negara Iran dalam melawan arus terhadap desakan antarabangsa..

bagaimanapun sejarah tidak akan lupa betapa dalam apa jua pertarungan membela ummah, golongan syiah lebih kepada golongan opportunist berbanding pembela, manakala sunni bermandi darah dan air mata dalam membela ummah..

ketika Iran kelihatan begitu kritikal terhadap Amerika, golongan syiah yang menguasai Iran melakukan pelbagai ketidakadilan terhadap masyarakat sunni Iran.., malahan orang islam sunni mendapat layanan yang jauh kebelakang berbanding layanan yang baik terhadap penganut kristian, yahudi mahupun majusi..

pada ketika Hizbullah kelihatan begitu berani melawan Israel, kita juga kehairan kenapa roket2 Hizbullah lebih banyak memakan korban orang arab yang berada di Israel berbanding masyarakat yahudi dan tentera yahudi sendiri.., malahan serangan balas tentera Israel pula lebih banyak memakan korban di kawasan golongan Islam sunni..

pada ketika tentera al-mehdi kelihatan amat berani melawan kebiadapan tentera Amerika di Iraq, kita juga tidak melupai betapa golongan syiah di Iraq ketika ini mendapat layanan istimewa dan "disara" oleh Amerika serta bagaimana sunni di Iraq ketika ini bukan sahaja berdepan kezaliman Amerika Syarikat tetapi juga kezaliman syiah..

Pada ketika kita menyokong langkah yang diambil oleh syiah dalam berdepan dengan apa yang dilihat sebagai "pertentangan" terhadap kerakusan Barat, kita juga mengkritik tindakan yang diambil oleh golongan syiah terhadap sunni..

Persoalan kuil Seksyen 19 dan tindakan Pewaris

dari laman the malaysian insider
OGOS 30 — (Artikel ini diterbitkan pertama kali pada Jan 10, 2009)
Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan “signature” BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan “lain-lain”. Di antara yang “lain-lain” itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.
Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.
Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian.
Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.
Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut.
Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina “gelanggang silat” di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!
Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia “mewakili rakyat” dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama “Pewaris” kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.
Saya menyatakan “wakil rakyat” di sini adalah saya, bukan dia (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang “berhoneymoon” selama 50 tahun adalah BN!
Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju.
Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”!
Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.
Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.Saya menambah lagi, “kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel”.
Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT.
Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.
Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.
Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia!
WalLahu ‘Alam. — khalidsamad.com
* Artikel ini diterbitkan pertama kali pada Jan 10, 2009

..kemerdekan 52 tahun..

alhamdulillah kerana tahun ini kita meraikan sambutan kemerdekaan dalam mood ramadhan.., sekurang2 keghairahan sambutan dengan secara berpesta hiburan hingga ke pagi tidak lagi berlaku secara keterlalun..

kadangkala saya terfikir..pada ketika kita menyeru golongan muda agar menghayati makna kemerdekaan, kita menyogok mereka dengan pelbagai dadah2 berbentuk hiburan dan pesta2 sambutan yang melekakan..,

52 tahun merdeka adalah suatu masa yang lama, sudah seharusnya kita menjadi matang tetapi malangnya selama 52 tahun ini juga pelbagai masalah yang melibatkan perpaduan, pemerkasaan undang2, pemisahan kuasa politik dan pentadbiran awam, kemiskinan dan dana2 bantuan masih lagi menjadi hambatan...

selepas kalah dalam perang dunia ke-2, jepun mengambil masa kurang 30 tahun untuk membina semula negaranya menjadi negara maju dan begitu juga dengan jerman yang hancur akibat kerakusan Hitler untuk berperang dengan semua orang - turut mengambil masa kurang 30 tahun untuk kembali menjadi kuasa ekonomi utama...

sama2 kita fikirkan untuk membina semula negara kita agar 52 tahun akan datang, kita tidak lagi berdepan dengan hambatan2 dan kesempitan pemikiran....

Sunday, August 30, 2009

...geng kepala lembu...

Entah mengapa.., polis yang selama ini begitu cekap mengawal pelbagai perarakan mega yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat tiba2 menjadi kaku apabila berdepan dengan 50 orang lembu yang mendakwa melakukan perarakan tersebut atas nama melayu dan Islam...

apa yang menyebabkan kejadian yang tidak seharusnya terjadi itu seolah2 semacam mempunyai lesen besar untuk melakukan perkara yang seumpama itu sedangkan apa yang mereka lakukan itu secara jelas menggambarkan betapa jahilnya mereka dalam memahami semangat toleransi Islam..

Thursday, August 27, 2009

Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.

emel asal oleh :
shyda
NOR SHAHIDA BINTI SAIDON
PPTM(M)SS9
Emel :
shahida.saidon@jpa.gov.my

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.

Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.

Marilah kita sama2 fikirkan.Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.

Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.Haaa, siapa minat menari poco-poco? Pernah menari poco? Saya dulu pernah gak sekali menari poco-poco, sebab kena paksa ngan boss untuk ikut sama menari dalam satu majlis yang dianjurkan oleh syarikat.

http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-tarian-poco-poco.html#more-1233

..negara kita milik pendatang asing..

di mana2 sahaja di ceruk muka bumi malaysia, akan ada pendatang asing yang menghuni.. kadangkala kehadiran mereka dalam jumlah yang sebegitu ramai menimbulkan suatu rasa gusar dengan gelagat, tingkahlaku dan kelakuan yang majoritinya amat tidak menghormati budaya masyarakat tempatan..

entah apa masalahnya hingga kita membiarkan negara kita begitu bergantung harap kepada keperluan tenaga kerja asing.., seharusnya kerajaan mengambil langkah yang tegas tanpa kompromi dalam mengenakan pelbagai sekatan dan kadar levi mahupun cukai kepada mana2 majikan yang sebenarnya yang menjadi dalang dalam mewujudkan gelodak gejala sosial yang ditimbulkan oleh kelakuan luar norma pekerja2 asing..

Masalah kita di malaysia adalah kerana harga barangan keperluan kita relatifnya terlalu mahal berbanding dengan kadar upah yang diterima. Lantaran itulah rakyat malaysia tidak sanggup melakukan kerja pemerahan keringat oleh para majikan di negara ini dengan kadar upah yang amat rendah.., kerja 12 jam untuk kadar upah bawah RM 300 sebulan. Pekerja asing sanggup menerima kerja2 sebegitu kerana secara amnya keperluan mereka dikongsi secara "berjemaah" - tinggal sebilik yang kecil secara beramai2, makan apa yang patut, kalau ada peluang, mereka akan rembat mana2 ayam itik orang mahupun kucing untuk dijadikan hidangan, rumah tumpangan di tapak2 pembinaan, tanah2 haram, penyambungan elektrik mahupun air secara haram...lantaran budaya "pencuri" itulah mereka dapat hidup walaupun dengan upah yang rendah..

Moga DS Najib dapat memperkenalkan langkah yang lebih kontruktif bagi memastikan majikan2 di negara kita supaya berfikir 100 kali sebelum mengambil tenaga buruh asing

Wednesday, August 26, 2009

Kaji kesan terapi wuduk untuk tangani H1N1

oleh: Mat Zain Mat Isa Wed Aug 26, 09 2:52:46 pm MYT
dari harakahdaily
Sebagai umat Islam, kita diajar bahawa solat itu tiang agama. Dalam penghuraian lebih panjang, para ulama dan tok-tok guru menyebutkan bahawa sebagai tiang, maka sesiapa mendirikan solat bererti dia mendirikan agama. Sebaliknya, jika ia meninggalkan solat seolah-olah dia meruntuhkan agamanya.


Huraian itu sebenarnya bersandarkan sebuah hadis Nabi Besar Muhammad s.a.w. Ia dipetik sebahagian besar ulama dan diletakkan sebagai hujah paling kuat memastikan solat dikerjakan umat Islam.

Kita juga sering dibacakan petikan ayat-ayat al-Quran yang memperihalkan kelebihan-kelebihan lain dari ibadat solat. Antaranya yang paling masyhur ialah janji Allah di dalam al-Quran bahawa solat itu mampu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar (baca Surah al-Ankabut 29:45).

Malangnya, tidak semua yang mengamalkan ibadat rukun Islam itu berupaya mendapat hasil seperti disebutkan. Sebegitu ramai yang bersolat, tetapi dalam kehidupan seharian mereka gagal mempamerkan tindakan sebagai seorang yang bebas dari melakukan kekejian dan kemungkaran.

Begitu juga dengan janji Allah menerusi firmanNya yang mengaitkan zikrullah sebagai terapi menenang dan mententeramkan hati (baca Surah ar-Ra�d 13:28). Sekali lagi, di antara ibadat yang disarati zikrullah adalah solat. Maka secara logiknya, seseorang yang menyempurnakan solatnya akan memperolehi suatu tahap ketenangan hati.

Malang lagi, kita tidak perlu bersusah-payah membuktikan hakikat betapa sebegitu ramai umat Islam yang bersolat tetapi tidak menzahirkan tindakan atau amalan hidup sebagai seorang yang tenang dan tenteram hatinya.

Kita berhak mempersoalkan di mana silapnya. Namun ia tidak sepatutnya melarat kepada mempersoalkan kebenaran janji-janji Allah tadi. Maha Suci Dia dari segala kelemahan dan Dia juga Maha Menepati janjiNya.

Cuma, dalam dunia sains dan teknologi kini, hampir segala dakwaan tentang kebaikan sesuatu menuntut pembuktian secara saintifik atau berfakta. Maka mungkin wajar ada pihak melakukan kajian terperinci dan menyeluruh tentang kesan positif solat terhadap tabiat dan perlakuan umat Islam.

Alhamdulillah, setakat ini sudah ada pengkaji menemui bukti kukuh secara saintifik bahawa amalan solat dapat menjadi terapi menyembuhkan penyakit yang dihidapi seseorang.
Akhbar harian pada 6 Ogos lalu memuatkan laporan mengenai penemuan saintifik bahawa masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.

Khabar yang membanggakan umat Islam itu dibuktikan melalui kajian saintifik seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya (UM), Professor Madya Dr Fatimah Ibrahim. Menurutnya, selepas sebulan menjalani terapi solat yang diperkenalkan olehnya, dua lelaki menghidap masalah mati pucuk berjaya menunjukkan perkembangan positif.

Katanya, melalui terapi itu seseorang lelaki yang memiliki masalah berkenaan perlu menunaikan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu. Mengambil kira gabungan amalan solat-solat fardhu dan sunat yang disyariatkan Islam, keperluan itu tidak sukar dipenuhi.

"Sebagai contoh seorang pesakit boleh menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas menunaikan solat Zohor untuk tujuan terapi itu,"jelasnya.
Difahamkan kajian itu adalah sebahagian daripada projek penyelidikan saintifik universiti berkenaan mengenai kesan biologikal solat kepada tubuh badan manusia. Antara kajian lain di bawah projek itu adalah kesan positif solat kepada ketenangan minda, kesihatan jantung dan masalah sakit pinggang.

Terapi solat, sembuh penyakit
Kajian tersebut telah mengesahkan bahawa setiap pergerakan dalam solat merangsang otot lantai pelvik.

Memang pakar perubatan mencadangkan lelaki mati pucuk melakukan senaman otot lantai pelvik, tetapi dengan bersolat otot berkenaan dapat diregangkan secara automatik, akui Dr Fatimah lagi.

Menurutnya, dua pesakit yang dimaksudkan telah berjaya mengurangkan tahap mati pucuk selepas menjalani terapi solat selama sebulan dengan menunjukkan sedikit reaksi ketegangan zakar.

Tidak syak lagi penemuan saintifik ini adalah sesuatu yang membanggakan umat Islam. Tepat sepertimana disebutkan Dr Fatimah, "ini menunjukkan solat bukan sahaja ibadah wajib tetapi merawat fizikal dan minda".

Kini terhidang di hadapan kita satu lagi kejadian yang sepatutnya mendorong para pengkaji menggali kesan-kesan positif satu lagi ibadat Islam, iaitu wuduk. Sebegitu banyak hadis dan ayat al-Quran menyuruh kita mengambil wuduk. Matlamat utama perbuatan itu ialah untuk menyucikan diri, sama ada dari kekotoran lahiriah mahu pun batiniah.

Sebegitu banyak juga hadis Rasulullah s.a.w. menerangkan fadhilat atau kelebihan wuduk. Antaranya disebutkan tentang cahaya dari muka orang yang berwuduk itu akan menerangi hidupnya di alam barzakh. Titisan air wuduk dari anggota yang dibasuh pula dikaitkan dengan penyucian dosa.

Wuduk juga dikaitkan dengan amalan yang mendorong kesihatan kepada pengamalnya. Apatah lagi ia merupakan salah satu di antara perbuatan bersuci dalam Islam. Seseorang yang sering berwuduk akan memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan bersih, paling tidak pada anggota wajib wuduk, iaitu tangan, muka dan kakinya.

Sebab itu apabila dinilai syor badan kesihatan dunia dalam menangani penularan wabak selsema babi (H1N1) kini, beberapa langkah disebutkan itu tidak lari dari perbuatan utama dalam berwuduk. Antaranya ialah membasuh tangan, membersihkan mulut dan hidung.
Selain tiga pancaindera ini merupakan sebahagian daripada muka yang wajib dibasuh ketika berwuduk, Islam juga mensyariatkan membasuh tangan hingga ke siku. Disunatkan juga orang berwuduk itu berkumur-kumur dan melakukan istinsyak, yakni menyedut air ke hidung dan menghembuskannya kembali (untuk menyucikan rongga hidung), selain memulakan wuduk dengan membasuh pergelangan tangan.

Selain ketika berwuduk, Rasulullah s.a.w. turut mengesyorkan umat Islam (amalan sunat) membasuh tangan dan menyucikan rongga hidung sebelum melakukan apa-apa yang lain sebaik bangkit dari tidur. Ada hadis menyebutkan "kita tidak tahu ke mana tangan kita pergi semasa tidur", dan "hidung sebagai tempat tidur syaitan tatkala kamu tidur".

Kesan positif ajaran dan amal ibadat dalam Islam terhadap manusia memang sudah dijangkakan. Sebagai umat Islam kita diyakinkan menerusi sebegitu banyak firman Allah dan sabda Junjungan Muhammad s.a.w. yang menegaskan kelebihan dan manfaat setiap ibadat yang kita laksanakan.

Sememangnya bagi seorang yang benar imannya terhadap Allah, dia tidak memerlukan bukti kajian saintifik atas sesuatu ibadat atau amalan Islam sebelum melakukannya. Cukuplah ia diterima sebagai perintah Allah dan sabda Rasulullah s.a.w. yang mesti dipatuhi untuk mereka yakini bahawa kesemua perintah itu mengandungi segala macam hikmah dan manfaat yang tidak semestinya tergapai oleh pengkajian akal manusia.

Bagaimana pun, tidak salah bagi pakar perubatan dan ilmuan Islam kita mengambil kesempatan atas penularan wabak selsema babi kini untuk kita buktikan secara saintifik betapa amalan berwuduk yang diwajibkan Islam pada ketika tertentu dan disunatkan pada setiap masa itu sebenarnya terapi atau langkah preventif terbaik yang menepati ciri-ciri langkah pencegahan H1N1 disyorkan badan kesihatan dunia kini._

..permatang pasir.., umno yg xpernah belajar...

ini adalah kekalahan ke-7 umno dalam siri perlawanan pilihanraya kecil selepas tsunami mac 2008.., adakah umno telah melakukan pencarian jiwanya atau jawapan pencarian jiwanya...?

kekadang saya tertanya2 kenapa umno begitu takut untuk berubah.., begitu takut untuk menjadi lebih baik dan masih tetap amat berani untuk terus mengulangi strategi zaman purba terutama dalam menghadapi PAS...

persoalan syurga neraka, dosa pahala, serangan pribadi kepada mursyidul am pas yang juga ikon yang amat dikagumi ramai, hukum Islam dan seumpamanya menjelaskan betapa bebalnya pasukan pemikir strategi umno dalam menghadapi politik alaf baru..

ditambah lagi dengan kegagalan umno dalam menampilkan calon yang bebas daripada perlu dipertahankan dari hari pertama penamaan calon.., prk permatang pasir kali ini umno lelah dalam mempertahankan calonnya sebelum hari pertarungan...

Realiti politik alaf baru memerlukan umno perlu belajar - belajar berlembut, belajar mengalah dan belajar untuk tidak terlalu mendominasi.., Insya Allah, jika ada keikhlasan yang tulus dari para pimpinan dan juga ahli, umno masih ada ruang.., jika masih lagi mengekalkan politik cara lama dalam alaf yang baru.., nasib umno mungkin akan parah.. moga umno berubah...

Sunday, August 23, 2009

Ancaman Akhbar Perkauman Kepada Perpaduan

Petikan dari mingguan malaysia 23 Ogos 2009
oleh Dr Mohd Ridhuan Tee

OGOS 23 — Politik perkauman di Malaysia, bukan sekadar dapat dilihat dengan kewujudan parti-parti politik berasaskan kaum, tetapi media massa turut sedemikian sifatnya, terutama media cetak seperti yang ditunjukkan oleh akhbar dan majalah Cina.

Mereka ini seolah-olah tidak boleh disentuh. Serangan dan kecaman akan dilakukan kepada mereka yang tidak sehaluan untuk mempertahankan tindakan mereka.

Inilah akibatnya apabila kita tidak menguatkuasakan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lebih malang lagi, kita tidak mengenakan sebarang syarat agar makalah perkauman tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.

Kesempatan ini dipergunakan dengan seluas-luasnya untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka. Akhirnya, mereka hidup dalam kepompong kiasu dan perkauman yang amat menebal. Menanamkan kebencian terhadap mereka yang difikirkan sebagai ancaman, seperti nasib yang menimpa saya.

Berita sebegini biasanya mendapat sambutan dan mudah dipercayai oleh pembaca mereka. Terbaru akhbar Nanyang Siang Pau memetik beberapa pendapat orang Cina antara lain mereka menyifatkan saudara Cina Islam cuba mendapat simpati orang Melayu dengan menonjolkan keislaman mereka.

Saya ingin menegaskan saudara Islam Cina tidak perlu berbuat demikian terhadap orang Melayu, kerana sifat agama Islam itu sendiri sudah mengajar orang Melayu untuk menerima sesiapa sahaja yang memeluk Islam, tanpa mengira apa latar belakang bangsanya.

Orang Melayu yang memahami Islam tidaklah seburuk yang disangka. Toleransi mereka amat tinggi. Jika mereka boleh menerima orang Cina yang berhijrah ke alam Melayu sebegitu ramai, sehingga menggugat kedudukan mereka sendiri selaku pribumi, adalah tidak mustahil untuk mereka menerima saudara baru Cina Muslim seperti kami. Cuma saya amat hairan, kenapa sehingga ke hari ini, amat sukar untuk orang Cina menerima Cina Muslim sebagai sebahagian daripada mereka?

Inilah sifat Melayu Islam yang amat saya puji. Mereka tidak seperti sesetengah pihak lain yang ultra kiasu. Saya tidak memerlukan simpati sesiapa untuk menulis sesuatu yang benar. Apatah lagi untuk dibayar oleh Umno seperti yang didakwa oleh akhbar Cina.

Kemuliaan seseorang ditentukan oleh iman dan takwanya, bukan bangsa dan warna kulit. Inilah kemuliaan agama Islam yang bersifat sejagat dan menentang sebarang tindakan perkauman. Dengan sebab itu, tidak sukar untuk orang Melayu menerima orang lain, berbanding dengan mereka yang hanya hidup dalam kepompong kiasu, terutama akhbar yang suka mengecam dan memburuk-burukkan orang lain.

Jika hujah atau fakta saya salah, mari kita perbetulkan bersama dengan hujah dan fakta yang ilmiah, bukannya mengecam dan menanamkan rasa kebencian. Tindakan sebegini adalah amat tidak profesional.

Sebelum saya pergi lebih jauh, izinkan saya menyelusuri sejarah akhbar perkauman ini serba sedikit. Sebenarnya bilangan akhbar harian Cina lebih banyak daripada akhbar harian berbahasa Melayu di bumi Melayu. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Bahasa sendiri selaku bahasa kebangsaan ketinggalan di bumi sendiri.

Bahasa orang lain menguasai bidang persuratkhabaran dan media massa, sehingga bahasa kebangsaan dikesampingkan. Lebih malang lagi, rata–rata orang Melayu tidak boleh memahami berita dan laporan akhbar perkauman tersebut. Manakala, akhbar Melayu boleh dikatakan langsung tidak dibaca oleh bukan Melayu.

Jika ditinjau daripada dahulu, laporan akhbar-akhbar ini tidak pernah berubah. Laporannya bersifat perkauman dan kiasu. Sentimen ini selalu dimainkan untuk meraihkan sokongan rakan sebangsa mereka. Dengan cara ini juga, akhbar ini dapat bertahan lama dan meraih keuntungan. Pemikiran mereka tidak pernah berubah, terutama dalam isu-isu ketidakpuasan terhadap dasar-dasar kerajaan yang lebih memihak kepada orang Melayu seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Inilah budaya popular yang selalu digunakan untuk menaikkan semangat dan sentimen orang Cina. Fakta ini pernah diakui oleh Penasihat Parti Gerakan, Lim Keng Yaik yang mengatakan akhbar di Malaysia hanya memperjuangkan satu-satu bangsa sahaja. Akhbar Cina dengan sentimen kecinaannya, manakala akhbar Melayu dengan sentimen kemelayuannya. Stail pemberitaan sebegini kata Keng Yaik amat sukar untuk mewujudkan bangsa Malaysia.

Persoalan saya, bolehkah diwujudkan bangsa Malaysia, jika akhbar bahasa lain yang lebih mendominasi akhbar bahasa kebangsaan? Akhbar bahasa Melayu boleh dikatakan langsung tidak dibeli dan dibaca oleh masyarakat bangsa Cina, kecuali oleh mereka yang berada di Sin Chew, Nanyang Siang Pau, China Press dan lain-lain akhbar Cina. Tujuannya tidak lain untuk mencari berita-berita sensasi untuk lebih disensasikan supaya menjadi lebih kiasu.

Walaupun kadang kala akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia menyampaikan dan menulis berita-berita berbau perkauman, sekurang-kurangnya mereka berterus-terang. Bahasa akhbar tersebut dapat difahami oleh semua warga Malaysia, termasuk mereka berada dalam sektor persuratkhabaran Cina. Persoalannya, bagaimana dengan akhbar bahasa lain? Apa yang diberitakan, tidak sampai langsung kepada orang Melayu.

PERKAUMAN
Saya yakin, jika orang Melayu faham bahasa Mandarin, mereka akan merasa terkejut dengan laporan akhbar perkauman ini. Maka sudah sewajarnya akhbar itu diwajibkan untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai sisipan untuk difahami oleh semua kaum supaya tidak timbul prasangka. Apatah lagi kedudukan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan perlu dihormati dan dipatuhi.

Menurut A.F. Yasin (1986), sejarah persuratkhabaran bukan Melayu di Tanah Melayu khususnya akhbar berbahasa Cina, Inggeris dan Tamil, dilihat tidak mencerminkan semangat nasional, tetapi lebih mementingkan kelompok sendiri.

Sejak dahulu lagi, akhbar-akhbar ini langsung tidak menghiraukan hal-hal berkaitan Tanah Melayu di negara tempat mereka berlindung, tetapi lebih kepada isu-isu kaumnya sahaja. Akhbar bukan Melayu lebih cenderung kepada pembacanya, dan prasangka atau “penyerangan” kepada bangsa Melayu, diberatkan lagi dengan adanya kecenderungan berkiblat kepada negara asalnya. Akhbar Inggeris berkiblat kepada penjajah dan Eropah, sementara akhbar Cina menjadi medan pertarungan ideologi yang berlaku di Tanah Besar China.

Ketika itu, banyak tenaga penggerak akhbar Cina ini diimport khas dari Hong Kong dan China. Kajian beliau juga menunjukkan, dari segi sejarahnya suara Cina sentiasa kontra dengan suara Melayu. Sejarah awal akhbar Cina bermula pada penghujung abad ke-19 dengan menonjolkan usaha imigran dan pedagang Cina berkaitan berita-berita ekonomi melibatkan perniagaan dan perdagangan. Bermula dengan akhbar The Chinese Monthly Magazine yang diterbitkan pada 6 Ogos 1815.

Pada tahun 1881, lahir akhbar harian Cina yang pertama Lat Pau (1881-1932), mengambil format dan bentuk akhbar Cina di China dan Hong Kong. Lat Pau mempunyai pengaruh yang kuat ke atas orang Cina kerana liputan beritanya membela kepentingan orang Cina dan berita-berita negeri China.

Hayat Lat Pau tidak lama kerana mendapat saingan yang kuat dari Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Jit Poh. Antara akhbar lain yang tidak dapat bertahan lama seperti Lat Pau ialah Thien Nan Shih Pao (1898-1905), Jit Shin Pao (1899-1901) dan Theo Lam Jit Poh (1904-1905). Akhbar Cina yang kekal sehingga ke hari ini ialah Sin Chew Jit Poh (15 Januari 1929) dan Nanyang Siang Pau (6 September 1923) dikuasai sepenuhnya oleh ahli perniagaan dan politik Cina.

Manakala akhbar China Press adalah akhbar perkauman Cina yang telah ilhamkan oleh H.S. Lee pada tahun 1 Februari 1946. Akhbar ini pernah diharamkan suatu ketika oleh mahkamah, terutama selepas insiden 13 Mei 1969. Akhbar ini amat berbau perkauman.

Untuk makluman, sebenarnya, akhbar inilah yang paling mendapat sambutan dari kalangan masyarakat Cina berbanding akhbar lain kerana keberanian melaporkan sesuatu isu termasuk menyentuh isu-isu sensitif orang Melayu dan Islam. Akhbar ini diterbitkan dua kali sehari. Saya amat hairan, kenapa China Press tidak menggunakan Cina Press.

Apakah niat mereka menggunakan nama China? Saya fikir China Press sahaja yang boleh menjawab akan kiblat mereka.

Sehingga kini, isu-isu perjuangan mereka masih sama, tidak banyak berbeza. Misalnya, hal-hal pendidikan, ekonomi, ketuanan Melayu (pribumi) antara isu-isu yang terus diperdebatkan sehingga kepada kemuncaknya pada tahun 1987. Kesimpulan kajian yang dibuat mereka yang mengkaji sejarah akhbar Cina menunjukkan bahawa akhbar-akhbar berasaskan etnik ini memang tidak lari daripada sentimen perkauman dan kiasu. Mereka kerap “menyerang” orang Melayu dan Islam.

Saya masih ingat ketika akhbar Cina melaporkan berita Perhimpunan Agung Umno ke-57 (13-17 November 2006). Memang tidak dinafikan, isu-isu perkauman terus dimainkan oleh Umno. Akhbar-akhbar yang dikuasai oleh orang Cina terus memanipulasikan isu-isu perkauman yang dibincangkan sehingga menimbulkan ketakutan kepada masyarakat Cina. Presiden Umno ketika itu terpaksa campur tangan dengan memberi amaran kepada beberapa akhbar Cina supaya tidak memainkan sentimen perkauman selepas beberapa perwakilan Umno membangkitkan isu-isu sensitif yang meresahkan sesetengah kaum bukan Melayu.

Menurutnya, Umno boleh bercakap tentang agenda Melayu, MCA juga boleh bercakap soal agenda Cina, begitu juga MIC dengan agenda India. Apa yang penting ialah agenda nasional. Persoalan saya, bagaimana agenda nasional boleh sampai ke akar umbi jika kita terus berada dalam kelompok perkauman dan kiasu?

Jelas di sini bahawa persepsi masyarakat Cina menjadi semakin serius apabila media perkauman suka memperbesar-besarkan (mensensasikan) isu-isu popular yang berhubung kait dengan status agama Islam dan hak istimewa bangsa Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan. Isu ini dipergunakan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan akibat dan kesan yang akan berlaku. Sesuatu yang tidak menyebelahi mereka akan diperjuang habis-habisan. Manakala, isu yang menyebelahi mereka disenyapkan begitu sahaja.

Natijahnya, timbullah pelbagai persepsi yang tidak sihat. Persepsi sebeginilah menjadi hubungan kaum semakin renggang. — Mingguan Malaysia


Wednesday, August 19, 2009

..siapa racist di malaysia...

andaikata soalan itu ditanya..., pertamanya jangan menjawab dulu.., hanya perhatikan apa yang dibaca di bawah ini...
1. Mana2 Adun atau ahli Parlimen Melayu hanya mewakili kawasan bermajoritikan melayu semata2
2. Adun dan ahli Parlimen bukan Melayu mewakili kawasan yang bermajoritikan penduduk etnik mereka dan juga kawasan yang bermajoritikan orang2 melayu.., it mean that, mereka boleh bertanding di mana2 kawasan
3. Mana2 parti yang ingin meletakkan calon Melayu di kawasan bukan melayu pasti akan ditentang habis2an oleh parti komponen yang lain....

..itu tentang politik.....

4. mana2 kedai melayu yang berniaga di kawasan yang bukan melayu akan cepat muflis.., contohnya kedai runcit.
5. Mana2 kedai bukan melayu boleh hidup dan maju di kawasan melayu...

so dah nampak.., masalah kita di negara ini adalah orang melayu menjadi mangsa perkauman etnik yang lain.., melayu banyak bertolak ansur.., sudikah bangsa lain juga untuk sama bertoleransi?

Saturday, August 15, 2009

..meraikan ramadhan..

hanya tinggal beberapa hari lagi untuk menyambut ramadhan, alhamdulillah kerana kita masih diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk bertemu lagi dengan ramadhan - bulan pertarbiyahan dan penyucian jiwa..

..moga2 ramadhan yang hadir ini memberikan kita peluang untuk merenung semula perjalanan hidup sebagai hamba Allah - samada kita insan yang bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan olehNYA atau hamba Allah yang lupa kepada tuntutan dan tanggungjawab seorang muslim..

..sesungguhnya lautan ibadah itu tersergam luas untuk diterokai. bak kata syeikhul Islam, Imam Ibnu Taimiyah rahimahullah apabila mengulas makna ibadah:“Setiap istilah yang menyeluruh, terkait setiap yang dicintai Allah dan diredhaiNya, baik bentuk ucapan, perbuatan, yang nyata atau yang tersembunyi...”

..Ambillah ruang yang masih ada dalam hidup kita ini untuk memperbaiki diri dengan amalan yang baik, konsep hidup yang lebih positif, memperkuatkan tekad, semangat dan usaha agar seluruh aktiviti yang kita lakukan dalam kehidupan kita ini - semasa bekerja, bersosial atau seumpamanya tergolong dalam amal ibadah yang diredhai Allah..

Moga pertemuan dengan ramadhan akan membuka jalan ke arah keampunan dan keredhaan Allah.., membuka pintu kefahaman yang lebih dalam tentang erti kehambaan kepada Allah Yang Maha Esa..

...marilah kita membina hati yang tenang dan hidup yang aman dengan iman dan taqwa..

..Belated Tahniah untuk PM...

..Lama tak berblogging menyebabkan saya ketinggalan untuk mengucapkan tahniah terhadap 100 hari DS Najib menjadi PM. Alhamdulillah, Malaysia nampaknya kelihatan lebih kukuh untuk berdepan dengan saat2 sukar kemelut ekonomi dunia dan pasukan ekonomi PM serta PM sendiri nampaknya menunjukkan tahap komitmen yang memberangsangkan dalam meletakkan semula Malaysia kembali ke landasan yang lebih baik dalam mendepani cabaran ekonomi semasa..

..walaupun apa jua kritikan yang dilemparkan terhadap beliau, DS Najib nampaknya berjaya membina karisma dan pesona yang tersendiri dalam mengumpulkan semula kekuatan2 yang diperlukan agar negara berada dalam keadaan yang lebih baik..

tahniah dan moga akan lebih banyak lagi kejayaan yang akan diraih oleh Malaysia pada masa depan

..ppsmi.. perlu dibongkar..

Alhamdulillah, TPM yang juga Menteri Pendidikan mengambil langkah yang wajar dan tepat dalam membalikkan semula arus pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia..

Pun begitu sebab musabab yang lebih jelas tentang mengapa tindakan sebegitu diambil haruslah dimaklumkan dengan lebih terperinci dan meluas agar golongan yang "syok sendiri" akan lebih memahami isu ini dengan lebih intelek dan rasional.. sejak dari exam pertama yang melibatkan ppsmi lagi sehinggalah kini gred pemarkahan telah diturunkan ke tahap luar biasa normal bagi menunjukkan betapa hebatnya para pelajar kita untuk lulus...

saya kira sehingga bilapun sebenarnya kita tidak bersedia untuk menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa peperiksaan untuk kedua2 subjek terbabit, malahan kejayaan yang diwar2kan sebelum ini dalam pencapaian ppsmi hanyalah bersifat kosmetik dan tampalan semata2 bagi memastikan perahu yang telah terlajak jauh tidak kelihatan karan di tengah lautan..

Isunya adalah mudah, mengapa mewujudkan masalah untuk pembelajaran sains dan matematik sedangkan yang menjadi masalah adalah bersangkutan dengan matapelajaran bahasa inggeris. analogi yang mudah adalah enjin yang rosak tetapi gear, brake ataupun tayar yang dibetulkan.. Inilah yang menjadi kehairanan para pakcik dan makcik di kampung2 terhadap pendidikan sains dan matematik dalam bahasa inggeris.. dasar yang ada ini seumpama mekanik yang pakar menjahanamkan kereta daripada membetulkan kereta..

bahasa inggeris memang penting untuk membolehkan kita mempunyai added value yang baik dalam pasaran pekerjaan. lantaran itulah apa yang seharusnya diperkasakan adalah pembelajaran dan pengajaran bahasa inggeris itu sendiri. seharusnya kita bertanya semula apa yang menjadi masalah sehingga ada pelajar yang mengikuti pendidikan formal dari sekolah rendah hinggalah menengah masih lagi gagal menguasai bahasa inggeris - tentu ada yang tak kena dengan praktis yang menjadi amalan pendidikan bahasa inggeris di negara kita..

apa yang menyebabkan pelajar susah untuk memahami struktur asas bahasa inggeris dari segi grammar - tenses, adjective, verb, adverb, articles, verb to be, verb to have, modals atau seumpamanya.. pengalaman saya sepanjang mengajar bahasa inggeris dulu sebelum full time menjadi guru matematik adalah pelajar tidak memahami apa yang menyebabkan verb berubah apabila tenses berubah. Inilah sebenarnya punca kekeliruan pelajar. Vocabulary atau kemahiran membina ayat yang gramatis akan terbina dengan sendiri apabila pelajar memahami asas penting pembinaan ayat.. So apa masalahnya wahai guru2 bahasa inggeris?

Apa yang sedang digerakkan oleh Kementerian Pelajaran sekarang adalah tindakan yang tepat dan betul dalam memperkasakan kemampuan dan kebolehan pelajar untuk menguasai bahasa inggeris.., moga2 pada masa depan apa jua dasar yang ingin dilaksanakan pada masa depan bukan lagi dasar mee maggi..huhu dah puas dah maggi rendam..huhu

..bebas daripada kepartian...

Masalah terbesar yang menyebabkan Negara kita kelihatan seumpama berada di dalam dilema adalah betapa berakarnya fahaman sempit kepartian di kalangan masyarakat.

Kita dipisahkan dengan nama label, warna parti dan nama tokoh sehingga ada yang sanggup menjadi pak badut, bermandi darah dan keringat hanya semata2 membuktikan kebenaran parti dan tokohnya..

Dengan perubahan masa, perkembangan teknologi dan penyebarluasan sumber maklumat, ramai orang kini semakin bijak menilai yang mana intan dan permata, tokoh mana walau dari kumpulan apapun mereka diberi kredit yang wajar sebagai politician yang mempunyai visi dan misi dalam membangun dan memacu negara ke arah masa depan yang lebih baik..

Perlu untuk kita tidak lagi melihat parti semata2 dalam menentukan kredibiliti mana2 ketokohan pemimpin. Yang penting adalah sejauhmana tokoh terbabit dilihat sebagai punya karisma untuk memikul beban amanah dan tanggungjawab.

Perlu untuk masyarakat awam keluar dari kesempitan kefahaman, label, nama parti atau siapa ketuanya.., yes untuk ahli politician yang berkarisma dan bangkulsampahkan mana2 politician yang hanya bijak berkokok tapi tiada wawasan untuk menjadikan negara ini sebagai satu tempat yang lebih baik untuk masa depan

Friday, August 14, 2009

..meraikan perbezaan..

...Alangkah indahnya jika mana2 pihak yang saling bertentangan dapat meraikan perbezaan pandangan mereka dengan cara yang sewajarnya.., mana2 pandangan yang difikirkan mampu membawa kebaikan untuk semua dibawa ke depan biarpun dari apa parti, label atau kumpulan yang mereka dokong...

..isu yang timbul berikutan "perang arak" di selangor mencerminkan masih banyak lagi ruang yang diperlukan oleh masyarakat negara ini untuk lebih berforum, berdiskusi, berbincang secara lebih terbuka.., pada ketika pimpinan Islam perlu tegas dalam soal akidah dan prinsip, pimpinan bukan Islam - Cina, India dan sebagainya perlulah mengambil pendekatan untuk lebih memahami Islam dengan lebih meluas dan bukannya dengan pandangan penuh sinis dan label negatif...

Pada ketika umat Islam diminta untuk memahami kehendak dan keperluan masyarakat bukan Islam, masyarakat bukan Islam juga perlulah untuk lebih terbuka dan cuba memahami serta tidak sewenang2nya mempergunakan apa jua isu atas dasar membela hak yang bukan Islam..

Mungkin kerana ingin memastikan sokongan kumpulan etnik mereka tetap kekal pada mereka, kumpulan politik tertentu cuba membuktikan bahawa mereka adalah the best guardian dalam membela hak masyarakat mereka, membuat pelbagai desakan dan tekanan yang melampau seolah2 mereka perlu dilayan dengan penuh istimewa tanpa memikirkan kesannya pada masyarakat lain..

Perjalanan Satu malaysia masih jauh tapi harapan masih ada....


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger