Tuesday, December 1, 2009

...ruang demokrasi...

Biarpun kita telah merdeka lebih dari 52 tahun, suatu hakikat yang kita perlu terima adalah kita sebenarnya masih lagi dalam proses untuk memahami erti demokrasi dan masih pada tahap belajar untuk bertolak ansur dalam menangani perbezaan..

Masih terlalu banyak ruang yang perlu diberi dalam menghormati perbezaann pandangan dan kepentinhgan politik. Pasca tsunami politik yang berlaku di negara kita membuktikan betapa sempitnya ruang dalam menghormati ruang demokrasi dan pilihan yang telah dibuat..

Pun begitu, kita juga perlu belajar untuk bagaimana menangani ruang demokrasi agar tidak disalahguna secara berleluasa sehingga menimbulkan suatu ketidakstabilan di dalam negara... Demokrasi yang terdidik dan ilmiah bagi menggantikan erti demokrasi yang melulu dan mengikut perasaan...

Apa yang perlu ditekankan dalam negara kita ialah mempromosikan forum perbincangan yang lebih terbuka terutama dalam meningkatkan perpaduan dan penyatuan dalam negara. Setiap parti politik mestilah bersedia untuk saling menerima dan meraikan perbezaan antara mereka dan bukannya mengamalkan politik balas dendam terhadap antara satu sama lain

Semakin hari lebih ramai golongan muda yang menjadi pemilih dan pengundi. Mereka ini umumnya adalah golongan yang lebih berpendidikan dan terdedah kepada pelbagai jenis maklumat dan tidak terlalu terikat kepada sentimentasi politik. Pun begitu secara umumnya mereka tahu "yang mana intan dan yang mana permata"... Moga2 wajah2 amalan politik di malaysia akan menjadi lebih matang dalam meraikan perbezaan pegangan

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger