Thursday, September 3, 2009

..ramadhan dan kemerdekaan...

Tahun ini kita meraikan kemerdekaan dalam sambutan ramadhan.. pada ketika kita sedia maklum tentang proses kemerdekaan negara, amatlah wajar untuk kita membawa makna serta perspektif kemerdekaan itu dalam bentuk kemerdekaan diri sebagai seorang hamba Allah..

Kemuliaan Islam terletak pada ketauhidan kepada Yang Maha Esa yang juga membawa makna bahawa sesungguhnya setiap orang itu adalah insan merdeka dan tidak menjadi hamba kepada mana2 orang yang lain kecuali hanya kepada Tuhan. Baik lelaki mahupun perempuan semuanya diraikan hak yang sewajarnya dan kebebasan sebagai seorang insan.

Pun begitu pada ketika Islam meraikan kebebasan dan hak, Islam juga mengajar ummahnya dengan tanggungjawab sebagai seorang islam - bahawa setiap orang harus bertanggungjawab dengan apa yang dia lakukan dan tidak melakukan kezaliman terhadap orang lain apabila menikmati haknya.. contohnya kita bebas mendengar muzik tetapi apabila bunyi muzik yang kita dengari itu terlalu melampau sehingga mengganggu tetangga yang lain maka adalah tanggungjawab kita memastikan bunyi muzik itu sekadar untuk pendengaran kita sahaja..Berbeza dengan mana2 agama lain di dunia ini, Islam juga menggariskan dengan jelas tentang keadilan dan hak terhadap penganut bukan Islam..

kita meraikan kemerdekaan sebagai insan yang merdeka - insan yang bebas daripada pelakuan mungkar, kefahaman sempit, hidup yang tidak terarah, dikuasai hawa nafsu kepada insan yang bertanggungjawab, yang mengerti bahawa kehidupan ini ada tujuannya dan kehidupan ini adalah untuk kita menanam amal dan budi pekerti yang baik..

Memetik kisah peperangan antara tentera Islam dan Rom semasa penaklukan Mesir oleh tentera Islam pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, wakil tentera Rom yang tinggal di kem tentera Islam semasa pengepungan Benteng Babylon di kota Memphis melaporkan "Kami telah melihat satu kaum yang cintakan mati. Sifat ramah mereka mengatasi keangkuhan mereka. Mereka duduk bersila di atas tanah dan pihak atasan tidak berbeza dengan golongan bawahan dalam pergaulan. Tidak ada perbezaan antara golongan mulia dan hina, begitu juga tuan dan hamba sahaya di kalangan mereka. Apabila tiba masa untuk menyembah Tuhan, tidak ada seorang pun yang mengabaikannya"

Moga2 kita semua menjadi insan yang merdeka daripada kelakuan dan sifat yang baik menjadi orang yang berakhlak dan berperilaku mulia

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger