Sunday, February 17, 2008

Perkara Yang Takkan Aku lakukan

1. melabur dalam skim cepat kaya cam swisscash....mat salleh pun tak kenal, tapi orang melayu kenal...memang hebat betul kena tipu

2. melabur dalam skim yang ditawarkan oleh internet – terutama dari sumber2 yang meragukan....tak ragu camner...contact number, nama sebenar, lokasi sebenar pejabat pun tak bagitahu..memang sah penipu besar.

3. Layan panggilan yang mengatakan anda memenangi cabutan bla..bla...bla... Tak payah layan kecualilah memang yang kita terima tu dari syarikat yang establish...tapi kena check gak lokasi pejabat dia....silap2 haribulan pejabat dia kat rumah kedai tingkat dua tapi cakap dari pasaraya Giant...memang sah menipu

4. Dapat surat yang mengatakan jadi pemenang barangan elektrik – senang jea...koyak, dan campak dalam tong sampah

5. bila ada orang cakap ada peluang pelaburan bagus, gerenti untung gila2, jangan risau dengan risiko, gerenti tiada risiko.. memang sah nie jugak aku takkan melabur. Ucap terima kasih ajelah kat brader tu hatta dia tu best fren korang.

6. melabur dalam pasaran saham tanpa ada pengetahuan – pasaran saham menjanjikan pulangan pelaburan yang tertinggi tetapi hanya untuk orang yang berilmu. Jangan memasuki pasaran saham jika ilmu berperang di BSKL atau mana2 bursa masih belum kukuh.

7. Melabur dalam pasaran matawang, dagangan hadapan dan option....sori not my taste.

8. buat pinjaman untuk melabur dalam ASB...nie pendapat peribadi aku...baik korang simpan sendiri bulan2 sebelum buat pinjaman untuk melabur dalam ASB. Siapa yang untung...atau lebih untung...anda atau bank yang bagi pinjaman?

9. Guna kad kredit untuk shopping barangan keperluan dan makan atau gie jalan2.... nie namanya cari maut...guna kad kredit hanya untuk perkara yang baik2 sahaja – tempahan tiket flight, n kes- kes kecemasan. Jika boleh pastikan penggunaan pada tahap minimum.

10. Bayar kad kredit ikut jumlah minimum...pls...brader...bayar lebih daripada jumlah minimum. At least 15 percent from ur balance..

11. buat personal loan untuk suka2 – ni lagi satu kerja gila...tak pasal2 cari penyakit.

12. beli investment link insurance punya produk....sori not my taste....(bukan tak nak bagitau, tapi ..takut nanti syarikat insurans saman aku...nanya)

13. tak melabur dalam ASB..... pastikan kita menyimpan dalam ASB, the best of all.

14. ubahsuai kereta, tambah itu ini…, kalau duit tu terlebih takpe tapi tiap bulan dok tunggu mesin ATM…jea…so say no to car aksesori.

15. buat bebenda haram dalam Islam – say no to adultery, alcohol and smoking – even thought smoking is not illegal.but to me illegal…

16. buat pagar rumah cantik-cantik…nie satu lagi penyakit zaman sekarang…belanja buat pagar boleh wat satu lagi rumah kos rendah…bangang betul… Buat simple2 cukuplah.., duit yang lebih boleh sedekah kat orang susah.

17. follow trend handset – satu lagi kerja gila rakyat Malaysia

18. Beli kereta di luar kemampuan dan saiz penggunaan. Beli kereta yang biasa2 dan saiz bergantung kepada saiz keluarga.

19. tak membaca....pastikan kita membaca n selalu membaca kerana membaca itu jambatan ilmu....

sekian jer tulah, yang aku leh kongsi setakat nie

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger