Tuesday, February 26, 2008

Mengapa Mudahnya Tertipu?

Kekadang timbul pertanyaan pada diri, kenapa ramai yang amat2 ghairah untuk menjadi kaya dengan menyertai skim yang ntah apa...., skim itulah, skim inilah - apa lagi kalau bukan skim kaya cam instant mee maggi.

Mudahkah nak menjadi kaya? Yang pasti setakat yang aku tahu...takde lagi yang jadi kaya secara mee maggi kecuali orang itu adalah penganjur kepada skim terbabit. Yang tak kaya dan memang tak kan kaya sampai bila2 adalah orang yang tertipu dan sentiasa merelakan dirinya ditipu untuk menyertai skim seumpama itu.

Adalah beberapa kenalan yang terpenaruh terutama yang heboh dulu tu - swisscash...sampai meminjam beribu2...dan pastu karang nie dok tengah menanggung hutang. cuma mamat nie mmg tak serik...masuk lagi skim forex..., yes betul boleh kaya dengan forex..

tapi analoginya cam peninju pro dan peninju yang taraf amatur pun tak sampai..., sapa agaknya yang akan jadi mangsa ICU bila masuk gelanggang nanti? Tak perlu..jawab.., cuma walau setinggi gunung everest pun peninju tu nak melawan, dia tetap akan ke ICU, itupun dah kira nasib baik tak terus ke lubang kubur.

Segala2nya memerlukan persediaan terutama persediaan dari segi ilmu n then kemahiran. Selagi kita tahu ke mana kita akan sampai, kita tak perlu risau panjangnya tempoh masa untuk sampai ke sana. Mungkin cepat, mungkin lambat tetapi yang pasti kita tetap akan sampai ke tempat yang kita mahu... itu lebih baik daripada bergerak cepat tetapi cepat "bungkus".

Keghairahan mengejar kemewahan tak seharusnya menjadikan mata kita buta pada realiti. Bertindak dengan wajar dan bijak...moga2 segala impian akan tercapai. Insya Allah

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger