Sekarang ini semua orang sibuk bercakap tentang peluang itu dan ini, bisnes itu dan ini. Cuma amat jarang orang bercakap supaya kita meyimpan wang, jangan belanja wang tak tentu pasal, apakah produk simpanan yang baik. di mana seharusnya wang itu disimpan agar wang titik peluh hasil penat lelah bekerja itu nanti tidak menjadi sia-sia.
Sayangnya, kita lebih gemar dan ghairah untuk menabur wang di tempat yang tidak pasti. Seperti permainan bola, permainan menyerang yang menarik adalah dengan mempunyai pertahanan yang baik. Seringkali kita terlalu ingin menyerang sehingga melupakan penjaga gol tertinggal keseorangan. Dan akhirnya lawan membuat serangan pantas dan kita akhirnya tertewas.
Sebelum kita membelanjakan wang tidak tentu hala, pastikan dulu bahawa kita mengikut regim simpanan peribadi yang konsisten – simpanan yang hanya akan diguna untuk tujuan masa depan dan bukannya diguna setiap kali wang sudah kering dalam poket. Kenapa begitu sukar menyimpan? Ada rakan yang mengatakan sama gak simpan duit, lepas nie gie kat mesin ATM gak..! Dan saya percaya orang yang seperti rakan saya tu memang ramai di luar sana.
Golongan muda yang mula berpendapatan sendiri mudah terjeremus dalam gaya hidup yang gemar berbelanja besar – pendek kata untuk mencerminkan gaya hidup masa kini. Pakaian yang berjenama, kereta yang penuh aksesori dan handset yang sentiasa up to date. Cuma yang tak selalu up to date adalah jumlah simpanan yang ada. Sepantas gaji masuk ke dalam akauan, sepantas itulah juga ia mengalir keluar. Ditambah pula dengan penggunaan kad krediit. Bukan satu sahaja yang telah habis limit kredit tapi sampai 5 kad kredit yang hampir2 mencecah limit. Orang yang semacam ini memang menempah “maut” – mencipta penjara atau tali gantung untuk diri sendiri.
Simpanlah wang dengan bijak – sekurang-kurangnya 10 peratus pendapatan. Atau lebih tinggi lebih bagus. Dan daripada peratusan itu juga, agihlah untuk tabungan kecemasan, tabungan peribadi dan apa jua tabungan yang anda fikirkan perlu. Contoh jika anda hanya mampu menyimpan RM 150 sebulan – agihlah peratusan tertentu dalam tabungan kecemasan dan bakinya dalam tabungan yang anda fikirkan.
Dan semakin tinggi pendapatan anda, seharusnya semakin tinggi tabungan yang harus dibuat. Usia kerjaya tidaklah lama, ada masanya nanti kita akan bersara – jika kita kerjanya makan gaji dengan orang. Kecualilah kita adalah pemilik perniagaan.
Milikilah pertahanan yang baik sebelum kita menjadi pasukan penyerang yang hebat
Sunday, February 17, 2008
Marilah Menyimpan Sebelum Apa-Apa Berlaku
Posted by Young United at 6:42 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment