Tuesday, February 26, 2008

Mengapa Mudahnya Tertipu?

Kekadang timbul pertanyaan pada diri, kenapa ramai yang amat2 ghairah untuk menjadi kaya dengan menyertai skim yang ntah apa...., skim itulah, skim inilah - apa lagi kalau bukan skim kaya cam instant mee maggi.

Mudahkah nak menjadi kaya? Yang pasti setakat yang aku tahu...takde lagi yang jadi kaya secara mee maggi kecuali orang itu adalah penganjur kepada skim terbabit. Yang tak kaya dan memang tak kan kaya sampai bila2 adalah orang yang tertipu dan sentiasa merelakan dirinya ditipu untuk menyertai skim seumpama itu.

Adalah beberapa kenalan yang terpenaruh terutama yang heboh dulu tu - swisscash...sampai meminjam beribu2...dan pastu karang nie dok tengah menanggung hutang. cuma mamat nie mmg tak serik...masuk lagi skim forex..., yes betul boleh kaya dengan forex..

tapi analoginya cam peninju pro dan peninju yang taraf amatur pun tak sampai..., sapa agaknya yang akan jadi mangsa ICU bila masuk gelanggang nanti? Tak perlu..jawab.., cuma walau setinggi gunung everest pun peninju tu nak melawan, dia tetap akan ke ICU, itupun dah kira nasib baik tak terus ke lubang kubur.

Segala2nya memerlukan persediaan terutama persediaan dari segi ilmu n then kemahiran. Selagi kita tahu ke mana kita akan sampai, kita tak perlu risau panjangnya tempoh masa untuk sampai ke sana. Mungkin cepat, mungkin lambat tetapi yang pasti kita tetap akan sampai ke tempat yang kita mahu... itu lebih baik daripada bergerak cepat tetapi cepat "bungkus".

Keghairahan mengejar kemewahan tak seharusnya menjadikan mata kita buta pada realiti. Bertindak dengan wajar dan bijak...moga2 segala impian akan tercapai. Insya Allah

Monday, February 25, 2008

Refinance.....

Emmm, dua tiga menjak nie...refinance antara term yang glamer. semua benda nak refinance.., refinance rumah, kereta dan yang terkini refinance kredit kad.

Cuma yang aku tahu...refinance walaupun kita akan dapat "upah" kerana memindahkan hutang2 kita, ianya akan menjadikan kita terus terpenjara dalam hutang. Ada orang yang wat refinance balik rumah dia...taptiptup...dari tinggal sikit punya 4 tahun dah memanjang jadi 7 tahun dan prinsipnya sama dengan bebenda lain.

Aku tengok sekarang nie deman nak refinance kredit kad lak...yang pasti yang untung gila2 adalah orang yang menganjurkan skim nie... so to all out there watch out and beware. Jangan membina penjara hutang untuk diri dan keluarga. Save and invest money for better purpose.

Kalau dah tak reti nak berdisiplin dalam menguruskan hutang dan liabiliti, jangan guna kredit kad untuk wat pembayaran, bayar tunai...dan berbelanjalah ikut kemampuan. Anak tauke balak pun leh bangkrap kalau tiap2 saat hanya pandai spending....lagipun bukan semua anak tauke balak pandaipun..hehehe.

So nilai moral.....kurangkan hutang yang tak menjana keuntungan...nak berhutang boleh...tapi hutang yang jenis produktif...cam hutang loan untuk beli hartanah untuk sewaan atau nak enlarge perniagaan yang sedang berkembang....tapi jangan lak buat loan untuk selamatkan business yang de masalah..... So untuk itu try baca buku Ainon - Memulakan Business Sendiri - dalam tu de panduan dan cerita2 yang pelbagai untuk renungan.

Sunday, February 17, 2008

Perkara Yang Takkan Aku lakukan

1. melabur dalam skim cepat kaya cam swisscash....mat salleh pun tak kenal, tapi orang melayu kenal...memang hebat betul kena tipu

2. melabur dalam skim yang ditawarkan oleh internet – terutama dari sumber2 yang meragukan....tak ragu camner...contact number, nama sebenar, lokasi sebenar pejabat pun tak bagitahu..memang sah penipu besar.

3. Layan panggilan yang mengatakan anda memenangi cabutan bla..bla...bla... Tak payah layan kecualilah memang yang kita terima tu dari syarikat yang establish...tapi kena check gak lokasi pejabat dia....silap2 haribulan pejabat dia kat rumah kedai tingkat dua tapi cakap dari pasaraya Giant...memang sah menipu

4. Dapat surat yang mengatakan jadi pemenang barangan elektrik – senang jea...koyak, dan campak dalam tong sampah

5. bila ada orang cakap ada peluang pelaburan bagus, gerenti untung gila2, jangan risau dengan risiko, gerenti tiada risiko.. memang sah nie jugak aku takkan melabur. Ucap terima kasih ajelah kat brader tu hatta dia tu best fren korang.

6. melabur dalam pasaran saham tanpa ada pengetahuan – pasaran saham menjanjikan pulangan pelaburan yang tertinggi tetapi hanya untuk orang yang berilmu. Jangan memasuki pasaran saham jika ilmu berperang di BSKL atau mana2 bursa masih belum kukuh.

7. Melabur dalam pasaran matawang, dagangan hadapan dan option....sori not my taste.

8. buat pinjaman untuk melabur dalam ASB...nie pendapat peribadi aku...baik korang simpan sendiri bulan2 sebelum buat pinjaman untuk melabur dalam ASB. Siapa yang untung...atau lebih untung...anda atau bank yang bagi pinjaman?

9. Guna kad kredit untuk shopping barangan keperluan dan makan atau gie jalan2.... nie namanya cari maut...guna kad kredit hanya untuk perkara yang baik2 sahaja – tempahan tiket flight, n kes- kes kecemasan. Jika boleh pastikan penggunaan pada tahap minimum.

10. Bayar kad kredit ikut jumlah minimum...pls...brader...bayar lebih daripada jumlah minimum. At least 15 percent from ur balance..

11. buat personal loan untuk suka2 – ni lagi satu kerja gila...tak pasal2 cari penyakit.

12. beli investment link insurance punya produk....sori not my taste....(bukan tak nak bagitau, tapi ..takut nanti syarikat insurans saman aku...nanya)

13. tak melabur dalam ASB..... pastikan kita menyimpan dalam ASB, the best of all.

14. ubahsuai kereta, tambah itu ini…, kalau duit tu terlebih takpe tapi tiap bulan dok tunggu mesin ATM…jea…so say no to car aksesori.

15. buat bebenda haram dalam Islam – say no to adultery, alcohol and smoking – even thought smoking is not illegal.but to me illegal…

16. buat pagar rumah cantik-cantik…nie satu lagi penyakit zaman sekarang…belanja buat pagar boleh wat satu lagi rumah kos rendah…bangang betul… Buat simple2 cukuplah.., duit yang lebih boleh sedekah kat orang susah.

17. follow trend handset – satu lagi kerja gila rakyat Malaysia

18. Beli kereta di luar kemampuan dan saiz penggunaan. Beli kereta yang biasa2 dan saiz bergantung kepada saiz keluarga.

19. tak membaca....pastikan kita membaca n selalu membaca kerana membaca itu jambatan ilmu....

sekian jer tulah, yang aku leh kongsi setakat nie

Marilah Menyimpan Sebelum Apa-Apa Berlaku

Sekarang ini semua orang sibuk bercakap tentang peluang itu dan ini, bisnes itu dan ini. Cuma amat jarang orang bercakap supaya kita meyimpan wang, jangan belanja wang tak tentu pasal, apakah produk simpanan yang baik. di mana seharusnya wang itu disimpan agar wang titik peluh hasil penat lelah bekerja itu nanti tidak menjadi sia-sia.

Sayangnya, kita lebih gemar dan ghairah untuk menabur wang di tempat yang tidak pasti. Seperti permainan bola, permainan menyerang yang menarik adalah dengan mempunyai pertahanan yang baik. Seringkali kita terlalu ingin menyerang sehingga melupakan penjaga gol tertinggal keseorangan. Dan akhirnya lawan membuat serangan pantas dan kita akhirnya tertewas.

Sebelum kita membelanjakan wang tidak tentu hala, pastikan dulu bahawa kita mengikut regim simpanan peribadi yang konsisten – simpanan yang hanya akan diguna untuk tujuan masa depan dan bukannya diguna setiap kali wang sudah kering dalam poket. Kenapa begitu sukar menyimpan? Ada rakan yang mengatakan sama gak simpan duit, lepas nie gie kat mesin ATM gak..! Dan saya percaya orang yang seperti rakan saya tu memang ramai di luar sana.

Golongan muda yang mula berpendapatan sendiri mudah terjeremus dalam gaya hidup yang gemar berbelanja besar – pendek kata untuk mencerminkan gaya hidup masa kini. Pakaian yang berjenama, kereta yang penuh aksesori dan handset yang sentiasa up to date. Cuma yang tak selalu up to date adalah jumlah simpanan yang ada. Sepantas gaji masuk ke dalam akauan, sepantas itulah juga ia mengalir keluar. Ditambah pula dengan penggunaan kad krediit. Bukan satu sahaja yang telah habis limit kredit tapi sampai 5 kad kredit yang hampir2 mencecah limit. Orang yang semacam ini memang menempah “maut” – mencipta penjara atau tali gantung untuk diri sendiri.

Simpanlah wang dengan bijak – sekurang-kurangnya 10 peratus pendapatan. Atau lebih tinggi lebih bagus. Dan daripada peratusan itu juga, agihlah untuk tabungan kecemasan, tabungan peribadi dan apa jua tabungan yang anda fikirkan perlu. Contoh jika anda hanya mampu menyimpan RM 150 sebulan – agihlah peratusan tertentu dalam tabungan kecemasan dan bakinya dalam tabungan yang anda fikirkan.

Dan semakin tinggi pendapatan anda, seharusnya semakin tinggi tabungan yang harus dibuat. Usia kerjaya tidaklah lama, ada masanya nanti kita akan bersara – jika kita kerjanya makan gaji dengan orang. Kecualilah kita adalah pemilik perniagaan.

Milikilah pertahanan yang baik sebelum kita menjadi pasukan penyerang yang hebat


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger