Wednesday, June 24, 2009

..Lemas di Belaga ..update

Selepas 3 malam berkampung di tepi kuala sungai belaga, akhirnya mayat allahyarham md.nizar ditemui awal pagi ini pada jam 615 pagi.... Allahyarham yang bertugas di SK Abun Matu telah lemas pada jam 615 petang Ahad..mayat allahyarham kini dalam proses dihantar pulang ke kampung asalnya di Negeri Sembilan....

Sebagai salah seorang warga pendidik di Abun Matu, saya amat terharu dengan kesungguhan pelbagai pihak dalam membantu operasi mencari mayat allahyarham sebaik sahaja allahyarham lemas. Kepada masyarakat belaga yang bukan sahaja banyak menyumbangkan pelbagai alatan malahan usaha tanpa kenal penat lelah sepanjang 3 malam operai mencari.., juga kepada pihak PPD Belaga yang amat prihatin, juga kepada Guru Besar - En. Jok Along, guru2 penolong kanan, rakan2 guru serta staf SK abun matu yang telah berkampung di tempat operasi..yang sanggup bersengkang mata, tidur berlangitkan bintang dan tanpa mempedulikan keletihan... rasa terharu dengan permaufakatan yang telah ditunjukkan... Cuma ada rasa sedih ngan ada wak dogol yang datang dari nun jauh yang cakap merapu entah apa2 dan bukannya datang untuk memahami keadaan..

Bagaimanapun apa yang amat terkilan adalah betapa kurangnya kemudahan peralatan yang terdapat di balai polis belaga untuk membantu usaha pencarian allahyarham. Dan apa yang lebih malang adalah kelambatan pihak bomba dan penyelamat dalam memberi response yang sewajarnya..hanya pada pagi selasa barulah kelihatan anggota bomba tiba di belaga, yang menyedihkan tiba dengan peralatan alat kadar - adalah lebih baik pihak bomba srwk menyediakan peralatan kecemasan kepada pasukan kecemasan kampung yang jauh lebih mahir daripada apa yang telah ditunjukkan oleh anggota bomba semalam....

Nasib guru semenanjung........................................!!!!!

1 comments:

ustazp said...

salam... pengalaman di belaga sememangnya indah utk dikenang.. walau apa pun yg terjadi, perpaduan kaum disana amatlah disanjung. tidak kira apa pun majlis atau upacara, masyarakat setempat akan memberikn komitmen yg sepenuhnya... merujuk kpd peristiwa td, sememngnya pihak berwajib menitikberatkan hal ehwal keselamanatn penduduk kerana kemudahan yg ada di sana amatlah terhad. sepatutnya wakil rakyat cuba sedaya upaya utk membawa masuk arus pembangunan kedaerah yg terpencil ini. marilah sama2 bangunkan pekan koboi yg indah dan permai ini. 5 tahun aku disana adalah satu kenangan indah yg tidk mungkin aku lupakan dlm lipatan diari kehidupanku... imiss u belaga.. ustzp abun matu.. 01/05


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger