Saturday, May 9, 2009

cAtATaN gURu.....

Seminggu berlalu, menjengah ke minggu yang baru...pejam celik bulan Mei kian tiba ke pertengahan bulan – peperiksaan penggal menanti para pelajar dua minggu lagi...mengukur prestasi semasa juga mengukur sejauhmana guru telah berjaya menyampaikan pengajaran...

Bab mengukur dan diukur inilah kadang kala yang merimaskan.namun dalam apa jua perkara dan bidang, setiap cabaran, masalah, dugaan dan halangan akan sentiasa wujud... Apa yang penting, dalam mengukur dan diukur, beban kesalahan 100 peratus tidak diletak pada guru, kadangkala guru terlalu mudah "dimangsakan" seolah2 mempunyai Midas touch untuk mengubah pelajar sekelip mata.... Kalau pelajar berjaya, ertinya pelajar bijak, mak ayah pandai mendidik.. kalau pelajar dapat result teruk, nie cikgu punya pasallah nie… Apa yang penting dan sebaiknya ialah penambahbaikan yang berterusan moga2 akan ada perubahan pada masa mendatang

Apabila melihat pelajar2 di pedalaman nie...selama nie saya sering menidakkan faktor pemakanan awalan dalam mempengaruhi pembelajaran pelajar - seringkali sewaktu dulu..malah seingat di universiti..seringkali jua mencabar pendapat pensyarah tentang itu - adakah pelajar bodoh disebabkan faktor pemakanan - seringkali jawapan saya pada masa itu menyentuh tentang sikap pelajar yang malas, faktor ibu-bapa yang tidak mengambilberat, persekitaran yang tidak merangsang...dan bla..bla....bla

Lagipun saya sendiri membesar di kampung, tahu apa itu erti kekurangan makanan..malahan adakalanya dulu seawal usia 7 - 8 tahun ada waktunya hanya berlaukkan kicap, budu...untuk mengalas perut... Zaman kemelesetan ekonomi tahun 1985 - 1986 dulu adalah zaman hidup yang susah..terkenang pada susah payah ma dan ayah membesarkan anak2nya ini... Kerisauan dan kebimbangan disembunyikan daripada anak2, diusaha juga walaupun sukar agar makan minum anak2 tetap terjaga.... dan segala susah senang yang telah dilalui itu mengajar diri ini agar sentiasa ehsan dengan kesusahan dan kesempitan orang....Juga sentiasa menghargai pengorbanan ma dan ayah sampai bila2....

Apabila berada di Belaga...faktor pemakanan benar2 menunjukkan kesan kepada prestasi pelajar - murid2 dari golongan peniaga, kakitanga kerajaan mempunyai tubuh badan yang sihat malahan saiz murid tahun satu yang berasal dari keluarga yang sebegini ada yang lebih besar dari saiz pelajar tahun tiga murid2 yang berasal dari rumah panjang.... Saiz murid tahun enam dari keluarga berpendapatan rendah lebih kecil dari saiz murid tahun empat....mereka biasanya kelihatan agak lemah dan kurang bertenaga....

Kesannya amat ketara dalam pelajaran - prestasi murid2 dari rumah panjang atau dari keluarga yang berpendapatan rendah amat jauh - boleh diibaratkan lajunya antara kereta Ferrari dengan basikal....begitulah jauhnya beza antara pelajar... Mereka sukar menangkap pelajaran yang diajar..., mudah hilang di sebalik masalah yang diberi.....

Namum sebagai guru..never give up, never say die before try... sedaya upaya mencuba yang terbaik buat mereka...secara ikhlasnya, saya lebih enjoy mengajar dalam kelas2 "hujung dunia' kerana ia memberi pengalaman bermakna dalam memperkayakan kaedah pengajaran... Yang penting mereka tidak takut dengan mathematics, mempunyai rasa teruja dan seronok untuk belajar....walaupun kadang-kala sering melakukan kesilapan dalam pengiraan.... Apa yang penting bagi saya.., ianya bukan soal betul atau salah tetapi sikap ingin mencuba dan berusaha.. salah atau tidak jawapan yang diberikan bukan sebab utama, yang penting adalah sikap untuk mencari jawapan...Bukankah dalam hidup manusia sendiri pun bukan soal tepat atau tidak tetapi kegigihan untuk mengubah nasib dan mencari ruang penambahbaikan diri...

lagipun saya tidak mahu..kerana saya, mereka jadi fobia dengan mathematics, sepertimana garangnya guru2 mathematics saya ketika di bangku persekolahan dulu - terkenang zaman kena sepak, kena ketuk kepala, kena jerkah, kena maki.... yang pastinya saya takkan mengulangi apa yang cikgu saya wat kat saya dulu.... they deserve the best from me

Melihat anak mata yang penuh dengan harapan, wajah2 kecil yang menggambarkan seribu impian...aku doakan mereka bila besarnya nanti menjadi orang yang dapat kenal baik dan buruk, laku yang berakhlak dan moga2 menjadi orang yang bukan sahaja dapat membantu diri diri tetapi jua keluarga dan orang2 yang di sekeliling... mungkin kini mereka tidak pandai.., tetapi tidak bermakna mereka akan terus begitu selama2nya...moga2 perubahan akan berlaku untuk mereka...

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger