Menyelusuri sejarah, mencetus romantisme zaman….terasa diri bergerak melalui mesin masa – dari zaman manusia paleolitik hinggalah kini kepada gelombang ketiga kehidupan manusia – Gelombang Knowledge Base yang menjadikan dunia sebagai perkampungan tanpa sempadan.… dan masih banyak lagi yang akan berlaku di depan… mahu atau tidak, perubahan akan berlaku – walau apa jua perubahan itu, maka terpaksalah samada mahu atau tidak, agar diri akan terus kekal menjadi warga dunia yang up-to-date…..
Teladan zaman harus sentiasa jadi ingatan – kejatuhan tamadun, kemelesetan ekonomu dunia, perang dunia, terpupusnya kaum dan bahasa – agar diri sentiasa ingat dan sedar bahawa apa yang berlaku dalam hidup adalah ulangan dari apa yang telah terjadi dulu, cuma berbeza suasana dan masa…….
Zaman yang “up-to-date” juga merupakan zaman yang mencabar… Mencabar iman dan taqwa, juga mencabar diri agar terus tabah dalam berdepan mehnah dunia… Sempadan antara baik dan buruk – hanyalah jarak dalam hati… jika “benar” pilihan, alhamdulillah, tetap teguhlah diri, jika “salah” pilihan, merana diri….mungkin menjadi trauma sepanjang hayat….Keindahan nafsu pada manis di awal tetapi pahit di hujung.. manakala keindahan iman dan sabar pada pahit di awal tetapi bahagia di akhir…..
Bagaimana mahu dikenal apa yang baik dan buruk – jawapannya adalah akhlak, juga didikan hati budi dan teladan… dikenal mana yang salah dan betul, mana yang baik dan tidak, mana yang berpahala dan berdosa, mana yang hitam dan yang putih…. Sesungguhnya dosa dan pahala bukan sekadar beribadat ritual – bersolat, berpuasa, berhaji di Makkah, menunaikan zakat tetapi melangkaui keseluruhan kehidupan…
Lantaran itulah ertinya solat itu bukan hanya di atas tikar sajadah tetapi solat yang sentiasa hidup dalam laku kehidupan, tutur dan kata, amal dan perbuatan – agar semuanya itu membawa kepada keredhaan Tuhan… Apalah ertinya amal yang baik jika kata selalu menyakiti hati orang, hak orang sesenang diperemeh dan dipermudahkan dan hak sendiri tak boleh dikompromi… malah hati menjadi begitu berhaloba mahu mengaut apa sahaja yang ada di depan.
Perjuangan menegakkan yang benar harus bermula dari diri – perbetulkan niat, ikhlaskan diri, perbekalkan dengan ilmu – kerana itulah yang akan membawa diri merenangi lautan kehidupan…. Seorang manusia yang berprinsip takkan tewas walau berdepan dengan seribu musuh di depan…hatinya yakin.., biarpun memang pasti mati menunggu di depan, tetapi diri tak berganjak…Jiwa yang keseorangan di dunia mungkin adalah jiwa yang menjadi sebutan di langit Tuhan… Itulah keindahan Yassin – dibaca dan dibaca agar kisah pemuda yang tabah berdepan penzalim akan terserap dalam diri… Apabila hati mempertuhankan manusia, membodek sana sini, memberi ketaatan tanpa soal, yang salah diperhalalkan, yang baik diperburukkan bagi menyedap hati tuan boss maka itulah kehinaan terbesar, Jika hati meletakkan Tuhan pada tempat tertinggi, maka yakinlah bahawa kehidupan ini adalah terlalu indah dan penuh makna untuk diharungi sehari2……..
Seorang muslim harus tahu bahawa kehidupannya bukan hanya sekadar kehidupannya tetapi juga kehidupan dirinya yang dapat membahagiakan orang lain… sesetengah orang memberi kebahagian setelah dia pergi manakala sesetengah orang membawa kebahagiaan ke mana sahaja dirinya pergi…maka jadilah kita orang yang sebegitu yang dapat memberikan kebahagian kepada semua orang……
Saturday, May 2, 2009
Catatan daRI hAtI…..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment