setiap kali 16 Mei, kita merayakan Hari Guru - Hari di mana guru2 diraikan atas usaha dan komitmen mereka dalam menjalankan tugas 24 jam ++ sehari..
sejarah pembinaan wajah bangsa bermula dari guru, perjuangan dalam menegakkan suatu negara hukum yang berdaulat dan bebas merdeka - bermula dari kudrat insan2 yang berhati waja tanpa kenal erti putus asa, ada di antaranya adalah "unsung heroes" yang banyak membentuk dan melakar wajah perjuangan kemerdekaan di negara ini...
Dan hari ini, guru2 masih lagi menjadi wadah penting dalam melahirkan generasi masa depan yang gemilang, di tangan mereka inilah terbentuk, terukir dan terbinanya2 wajah2 gemilang warga insan yang akan mencorakkan masa depan negara..,
Di sebalik dengan pelbagai sekatan, tohmahan dan orang yang seringkali dipermangsakan oleh apa jua pihak di negara ini - terutama kes2 yang melibatkan tindakan mendisiplinkan pelajar, guru tetap melaksanakan tugas mereka...
Pun begitu, insan yang bernama guru bukannya robot, mereka adalah insan - seorang ketua keluarga dalam rumahtangga, seorang suami, seorang ayah dan seorang anak yang punya tanggungjawab kebajikan terhadap orangtua mereka...
Pada ketika pelbagai pihak menekan betapa peri pentingnya guru untuk sentiasa menyempurnakan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab, guru juga punya masalah2 yang seharusnya tidak terlepas pandang di kalangan pegawai JPN dan KPM yang seharusnya lebih berjiwa insani, prihatin dan berkemanusiaan..
Faktor2 yang boleh melemahkan semangat guru dan membunuh jiwa keguruan seharusnya diambilkira dan diberi pertimbangan yang sewajarnya.. isu yang paling hangat adalah pepindahan ataupun pertukaran guru...
Seperti yang dikata, guru juga ada tanggungjawab mereka sebagai anak, suami dan ayah.., berjauhan dengan keluarga kerana tugas apatah lagi dihantar ke pedalaman sarawak yang berhutan selama bertahun2 - maka JPN dan KPM seharusnya punya jiwa kemanusiaan dalam mempertimbangkan permohonan guru.., bagaimana harus untuk guru kekal komited jika masalah mereka tidak diendahkan malahan dilayan bak tiada mata oleh pihak JPN mahupun KPM.., guru bukannya robot, guru punya jiwa dan semoga2 pegawai2 yang hanya pandai berfalsafah, berteori yang berada di JPN mahupun KPM supaya menjadi orang yang luas pemikirannya dan bukannya ibarat "katak di dalam kotak"
Thursday, May 28, 2009
..Guru Penjana Modal Insan Cemerlang...
Labels: jpn sarawak, kehidupan, kpm
Posted by Young United at 4:53 AM 0 comments
Monday, May 25, 2009
...DUN Perak - dari kacamata org jauh....
semuanya bermula kerana melompat..seorang adun BN yang melompat ke PKR dan disambut dengan penuh kegembiraan oleh orang2 PR sebagai tindakan demokratik..
Skrip yang sama digunapakai oleh adun PR untuk melompat ke BN dan orang2 PR menganggap ianya tidak demokratik.. dan itulah juga yang telah membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri selepas setahun memerintah...
Maka perang politik dibawa dari istana ke medan mahkamah.. apabila mahkamah memberi keputusan memihak PR, keputusan dianggap "adil dan telus", apabila mahkamah rayuan memihak BN, keputusan dianggap "kuasa tirani dan autokratik".. maka yang menjadi mangsa keadaan adalah rakyat.., mestikah semua perkara harus memihak kepada pembangkang agar kelihatan adil.., dan keputusan yang memihak kepada kerajaan dianggap membelakangkan kebenaran mutlak...?
Apa yang ingin disentuh bukan soal siapa betul siapa salah.. tetapi persoalan prinsip yang jelas dalam perjuangan.. Hakikatnya perbuatan lompat-melompat parti adalah merupakan perbuatan yang tidak bermoral dan telah mengkhianati undi yang diberi oleh rakyat pada ketika mereka menjadi calon sesebuah parti politik.., undi yang diberi berasaskan kepada parti APA dan bukannya SIAPA.., jika calon itu benar2 merasa dirinya bagus.., maka lebih baik dia bertanding atas tiket calon Bebas..
Jika melompat ke partinya dianggap demokratik tetapi melompat dari partinya kepada pihak lawan sebagai tindakan tidak demokratik - maka apa yang jelas, dalam politik malaysia, apa2 pun boleh asalkan implikasinya membawa kebaikan partinya... Maka lantaran itu, dalam membina keteguhan dalam politik, prinsipnya mestilah jelas, terpakai pada diri, ahli, kawan mahupun lawan...
kalau tidak mahu pihak lain menggunakan strategi yang sama, janganlah awal2 lagi mempromosikan 16 september atau apa jua tarikh sebagai "hari lompat sedunia" sehingga perlu mengejar sampai ke Taiwan. Bersikap sabar dan jelas dalam perjuangan, tunjukkan keupayaan dan kemampuan.., dan akhirnya rakyat yang menjadi pengundi pasti akan memberikan undi yang sewajarnya pada pihak yang mereka rasakan mampu untuk memacu negara ini ke tahap yang lebih baik...
Jika rakyat kelantan berani membuat perubahan pada tahun 1990 dan tetap kekal dengan sikap sebegitu sehingga sekarang kerana keyakinan mereka terhadap kepimpinan Tuan Guru Nik Abd. Aziz, maka saya percaya pengundi2 yang mengundi untuk tsunami Mac mampu bersabar sehingga PRU yang lain bagi memberi mandat yang baru..... Biarlah rakyat yang menentukan, kenapa perlu "pak katak" untuk menentukan masa depan negara ini...
Kini kita disibukkan lagi dengan pilihanraya Penanti di Penang - pilihanraya yang terpaksa diadakan kerana ada YB yang meletak jawatan atas alasan "sambung belajar", Apapun alasannya.. ianya jelas menunjukkan kekurangan daya tahan PKR untuk berdepan dengan cabaran massa.., jika dalam hayat DSAI pun, PKR kelihatan bermasalah mengawal orang2nya, apakah lagi yang akan berlaku selepas pasca DSAI nanti... siapa lagi selepas DSAI yang mampu membawa n mengawal parti multinasional ini?
Entah mengapa BN tidak menyerang dari sudut kompetensi PKR dalam kempen sebegini, tidak menyerang saraf PKR dari sudut kematangan berpolitik dan keupayaan untuk berdepan cabaran massa.. apapun alasannya yang diberi PKR, sudah dua orang adunnya menggambarkan ketidakupayaan bergelar politician sehingga terpaksa diadakan dua pilihanraya kerana ketidakupayaan berdepan mehnah perjuangan.. kekadang tidak cukup dengan hanya sentimen, semangat dan aspirasi - usaha, komitmen dan pertanggungjawaban dalam menunaikan apa yang diamanahkan - itu yang penting.. Mungkin pada masa depan, jika ada pemegang kerusi adun atau parlimen yang sengaja meletak jawatan adalah lebih baik disaman di mahkamah kerana membazirkan wang rakyat pada ketika rakyat kebanyakannya berdepan dengan kemelut ekonomi...
Kita memerlukan undang2 yang mengawal peletakan jawatan adun/parlimen dan juga aktiviti lompat melompat parti..., kita memerlukan pemimpin yang jelas aspirasinya, komited pada perjuangannya dan tahu apa yang diperkatakannya serta berusaha membantu rakyat seadanya DAN bukan pak2 katak yang amat berbahaya dalam meletakkan negara ini dalam pelbagai kekacauan..
Saya memang menyokong jika satu pilihanraya dun diadakan semula di Perak, biarlah yang akhirnya menentukan siapa yang berhak menjadi kerajaan adalah rakyat.., mungkin sudah waktunya jika keadaan begini terjadi, sekiranya ada peruntukan dalam undang2 yang mengatakan, "mana2 kerajaan yang asalnya majoriti tetapi kemudiannya menjadi minoriti kerana tindakan lompat-melompat masih boleh menjadi kerajaan sekiranya mempunyai undi popular berasaskan beza tara tertentu peratusan bilangan undi popular antara pihak minoriti
dan majoriti..dan bukannya berasaskan kepada bilangan kerusi dun semata2"
Dalam politik segalanya mungkin, tahun 2004, berlaku perpecahan dalam Barisan Alternatif, malah kata2 sombong ahli politik tertentu dalam Pas telah menyebabkan Pas kalah teruk di Terengganu, malah gelombong biru Pak Lah hampir2 menenggelamkan Pas di kelantan, malah BN sendiri mencatatkan kemenangan terbesar dalam rekodnya.. semuanya semacam serba tak kena tahun 2008 untuk BN - kehilangan beberapa negeri malahan pimpinan parti2 komponen pun mendapat "checkmate"... apapun, segalanya mungkin, tsunami atau taufan boleh beralih arah bergantung kepada apa dan siapa.., dan juga persepsi rakyat - yang jelas semakin ramai rakyat Malaysia menggunakan kuasa politik 5 tahun sekali untuk mempercaturkan keegoan mana2 YB dan parti politik...
Labels: perak, politik, sistem
Posted by Young United at 8:25 AM 0 comments
Tuesday, May 19, 2009
.....Ulama atau profesional.., apa masalahnya?
Setiap kali berlaku muktamar PAS, apa yang seringkali isu yang timbulnya adakah ulama ataupun profesional yang harus tampil ke depan..
Sebagai orang biasa yang melihat dari jauh.., kekadang saya semacam nak tergelak bila isu ini ditimbulkan, selalunya saya akan tanya balik - ulama tu maksum sangat kah, suci sangatkah.. atau seorang ustaz itu begitu tinggikah makam kehormatannya...
Bukan berniat untuk menyinggung mana2 mereka yang berketayap putih atau bersongkok kemas setiap hari di kepala, ataupun mereka yang bergelar ust mahupun ulama.., saya cukup menyanjungi orang yang mempunyai ilmu agama tetapi dia juga mestilah orang beramal dengan ilmu yang dimilikinya itu dalam kehidupan harianya .., itulah prasyarat untuk saya menghormati mana2 mereka yang digelar ust mahupun ulama...
Sebab daripada apa yang saya temui secara peribadi dalam kalangan mereka yang "tinggi makamnya" ini adalah "sindrom kesucian" - merasa dirinya begitu suci, alim, bila bercakap pandai tapi bila sampai bab "deliver the talk"...mulalah ada masalah.. Ust memang ramai.., tapi ramai yang lebih layak ditongsampahkan kerana hanya menjatuhkan martabat keustazan mahupun keulamakan, bagi saya dalam setiap 10 ust, hanya satu atau dua orang yang beramal dengan ilmu mereka ....(maaf untuk mereka yang bergelar ust)
Pun begitu ramai juga ust dan ulama yang menjadi contoh teladan yang baik, yang amat saya kagumi dan sayangi, yang sentiasa saya mohon agar kesihatan dan upaya diri mereka yang akan terus diberkati Allah atas usaha gigih membawa suatu perubahan dalam kehidupan..
Selagimana seseorang itu mempunyai jiwa islami, teguh pendiriannya, jelas arah tujuan dan wawasannya, punya upaya untuk menyatukan ummah dengan gagasan yang mantap, maka samada dia ulama ataupun profesional tidaklah menjadi masalah besar.. maka itulah juga yang harus diutamakan...
Sebagai rakyat biasa, moga2 gagasan wajah satu Malaysia akan membawa penyatuan yang kukuh dalam jiwa rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum.., ini adalah negara kita, bersama untuk kita memakmurkannya...
Labels: kehidupan
Posted by Young United at 6:22 AM 0 comments
Monday, May 18, 2009
.....Di mana indahnya Islam....
Keindahan Islam hanya akan ditemui melalui kajian dan pencarian. Jika ingin dicari wajah Islam pada raut wajah orang Islam.., terasa sukar untuk membuktikan keindahan Islam..
Pun begitu, bagi mereka yang mencari jawapan yang benar dalam diri, suatu suara hati yang dalam akan menemui pencarian dan jawapan mereka dalam Islam..
Perkara terpenting yang ada dalam Islam adalah pada ketika ajarannya menitikberatkan kepada pembinaan jiwa kerohanian, Islam turut menuntut ummahnya untuk berada dalam medan kehidupan - membina hidup melalui apa jua pekerjaan dan usaha yang halal.. Pada ketika akhirat menjadi keutamaan tetapi dunia tidak ditinggalkan..
Jiwa Islami adalah jiwa yang bertolak ansur dan toleran.., memberi keadilan pada semua tanpa mengira agama.., tiada sempadan bangsa dalam Islam, yang ada hanyalah ketauhidan yang maha tinggi kepada Allah SWT. Pada ketika prinsip dan asas utama Islam tidak boleh dikompromi, hak yang bukan Islam dijagai sepenuhnya..
Cuma apa yang malang.., selepas berlakunya keruntuhan dalam budaya ilmu dan pencarian ilmu, masyarakat Islam terutama di banyak negara di Asia dan Afrika masih tercari2 suatu bentuk hubungan yang lebih mesra dengan masyarakat bukan Islam..
Mungkin kita harus menoleh ke Barat melihat bagaimana Islam berasimilasi di sana dalam suatu tamadun yang lebih maju.. dan dengan itu kita akan temui jawapan yang sewajarnya dalam membina hubungan yang lebih membina dengan masyarakat bukan Islam...
Tiada yang cacatnya dengan Islam tetapi apa yang menjadi kecacatan adalah kehilangan pencarian dan pembinaan tamadun ilmu di kalangan masyarakat Islam.. seolah2 ilmu Islam dihentikan oleh kemunduran budaya fikir dan usaha orang Islam...
Islam tertegak dengan ilmu dan bukannya dengan semangat membabi buta.., moga2 kita sama2 meningkatkan usaha dalam memahami Islam dalam konteks yang lebih luas...
Labels: iman, islam, kehidupan
Posted by Young United at 11:49 PM 0 comments
..to have eppy marriage, our way (me n wife)
1. solat sunat sebelum tidur
2. saling bermaafan sebelum tidur
3. berkomunikasi dan berbincang apa jua perkara
4. tiada rahsia dalam hal kewangan
4. merancang keperluan masa depan bersama
5. bercuti...
6. makan malam spesel every weekend (masak best2 kat rumah)
7. saling membantu dalam apa jua perkara
8. tolong isteri di dapur terutama dalam bab cuci mencuci
9. doa bersama
10. berkongsi minat n kemahiran
11. alhamdulillah.., nak dapat baby tak lama lagi dalam bulan septemberLabels: kehidupan, life, perkahwinan
Posted by Young United at 6:43 AM 0 comments
..........It about trust…..
1. This nation has entered a new edge of informative society
2. Maturity and rationality of our people shouldn’t been fooled
3. More forums, dialogues are needed in creating bridge among races
4. Respecting rule of laws…, empowering anti-corruption, police force – integrity without compromise to who ever
5. Equal distribution of wealth without so much red tape and across races – help everyone who need help – who ever races they are….
6. Cooperative-politic rather than one minded political egos
7. This country is ours…..live together with trust n believe without labels….
Labels: kehidupan
Posted by Young United at 6:39 AM 0 comments
Sunday, May 17, 2009
Manchester United....the club of trophies.....
hattrick kali kedua.., dan MU juara lagi..., walaupun semalaman main tak best.., n banyak passing yang berjaya dipatahkan oleh Arsenal tetapi satu mata yang diperolehi sudah cukup.. hehe.. satu lagi..Champion League.....
Cuma yang paling terasa ketiadaan musim nie adalah kehilangan Owen Hargreaves, semoga kecederaan lutut Hargo akan kembali normal... Rasanya dengan atau tanpa kehadiran Ronaldo yang kepala angin satu badan..., MU akan tetap menjadi juara.........
(foto dari laman www.goal.com/en )
Labels: Manchester United
Posted by Young United at 12:13 AM 0 comments
Jiwa ‘Kehambaan’ Melayu Menghalang Pembaharuan
(dari laman http://drmaza.com)
Dr Mohd Asri b. Zainul Abidin: “Raja Adil Raja Diakur, Raja Zalim Raja Ditegur”
Dalam semangat sesetengah pihak untuk menegakkan ‘kedaulatan melayu’ maka berbagai-bagai slogan kemelayuan dikeluarkan. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu sebab kitalah kaum asal di Nusantara ini. Ada yang kata kita berbangga menjadi melayu kerana sejarah kesultanan dan kepahlawanan melayu. Apatah lagi ketika dunia hanya tinggal beberapa belas raja, sembilan daripadanya dimiliki oleh orang melayu.
Ada yang kata orang melayu itu istimewa disebabkan adat dan budaya. Berbagai-bagai lagi yang disebutkan dalam menuntut kemuliaan dan ketinggian kaum. Namun bagi saya, kemuliaan orang melayu yang sebenar dan kekal adalah kerana mereka menganut Islam. Mereka tidak kekal mulia dengan adat atau kesultanan atau budaya atau apa saja, mereka akan kekal mulia kerana akidah Islam dan jika mereka berpegang kuat dengan Islam.
Hari ini budaya dan bahasa melayu sudah banyak yang dilupa, sejarah kesultanan atau kepahlawanan melayu pun banyak perkara yang wajar dinilai semula. Adapun Islam, ia agama Allah yang sejagat, bukan hanya khusus di alam melayu atau hanya untuk orang melayu. Keberkatan dan kemuliaan akan dikurniakan kepada sesiapa yang berpegang dengannya sekalipun tanpa sejarah bangsa dan raja.
Firman Allah:
Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan sesuatu menimpa mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (mereka itu) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. Untuk mereka kegembiraan dalam kehidupan dunia dan akhirat; tidak ada sebarang perubahan pada kalimat-kalimat Allah (janji-janjiNya), yang demikian itulah kejayaan yang besar. Dan janganlah engkau (Wahai Muhammad) didukacitakan oleh kata-kata mereka (yang menentang); kerana sesungguhnya segala kemuliaan bagi Allah; Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Yang Maha mengetahui. (Surah Yunus: 62-65).
Jikalah kepahlawanan melayu hendak dijadikan teladan, saya fikir banyak perkara yang perlu ditapis. Hang Tuah yang kononnya hidup pada zaman kegemilangan Kesultanan Melaka tentu tidak relevan lagi di zaman kita untuk dianggap wira dan teladan. Wataknya itu mungkin sesuai untuk masyarakat yang berpegang kepada feudalisme yang taat patuh kepada golongan bangsawan secara membuta tuli.
Hal yang sama berlaku juga dalam sejarah bangsa-bangsa feudalistik yang lain. Cerita tindakan Hang Tuah membawa lari Tun Teja dari Pahang untuk memenuhi ‘selera’ Sultan Melaka ketika itu, bukanlah tindakan yang terpuji. Ia salah dari segi nilai kesopanan, apatah lagi jika dinilai di sudut ajaran Islam.
Namun, masyarakat melayu ketika itu barangkali dapat menerimanya disebabkan kehendak ‘sultan’ atau ‘raja’ dalam masyarakat melayu itu mengatasi segala-galanya. Bahkan sultan atau raja bagi mereka mengatasi undang-undang dan peraturan. Dalam sejarah, bahasa dan adat yang digunakan oleh orang melayu di hadapan sultan atau raja menggambarkan sikap berlebih-lebihan dalam memuja raja serta menghina atau ‘menghambakan’ rakyat.
Ia sudah pasti tidak serasi dengan ruh ajaran Islam yang membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia atau makhluk, kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah. Dalam sejarah atau ‘lagenda’ kesultanan melayu juga, bukan sedikit tindakan sultan atau raja melayu yang amat menyanggahi keadilan, tidak masuk akal, sekaligus bercanggah dengan Islam.
Orang melayu dalam banyak keadaan mendiamkan diri dan berkata: “Kita rakyat, baginda raja”. Falsafah raja adalah ‘jelmaan tuhan’ yang dianuti oleh sesetengah agama, walaupun tidak disebut dalam masyarakat melayu, namun ia menjelma dalam penghayatan. Sehingga perkataan ‘daulat raja’ difahami sesetengah masyarakat bahawa tuhan menurunkan bencana kepada sesiapa yang tidak menghormati raja.
Bahkan adat-istiadat istana itu sendiri seperti cara ‘mengadap atau menyembah duli’ bukan berasal dari ajaran Islam. Walaupun Islam masuk ke dalam istana dan masyarakat melayu, tetapi berhubung dengan adat keistanaan, banyak yang belum berjya diislamisasikan.
Tidak dinafikan golongan agama, ada yang berjaya mempengaruhi dan menasihati sesetengah raja melayu. Terdapat juga sultan-sultan melayu yang berpegang dengan Islam dan disanjungi kebaikan dan keadilan mereka. Namun, dalam banyak keadaan jiwa feudalistik melayu menghalang atau melambatkan proses mengislamisasikan pemikiran melayu berhubung dengan raja. Anasir itu ada yang berlarutan sehinggalah ke zaman moden ini.
Tokoh-tokoh politik berbangsa melayu samada pro-islam atau apa saja, bagaimana ‘sakan’ pun mereka mengkritik kerajaan; dari segi belanjawan, pembaziran, tindak-tanduk, pembahagian projek, kepatuhan kepada undang-undang dan agama dan berbagai hal yang lain, apakah mereka sanggup bertanya hal yang sama jika dikaitkan dengan ‘istana’. Jawapan sudah pasti tidak atau amat sedikit, walaupun memang banyak bisikan dalam senyap. Sehingga saya berjumpa sesetengah orang yang mengharamkan ‘yoga’ atas alasan kerana ada unsur agama lain antaranya merapatkan kedua belah tangan seperti ‘menyembah berhala’. Saya bertanya: “tidakkah perbuatan yang sama dilakukan dalam istiadat melayu mengadap raja?”. Dia menjawab: “oh itu lain, saya tidak mahu masuk campur”.
Tulisan ini bukan menghina sejarah istana atau raja. Apa yang hendak saya tegaskan adalah kemuliaan kita apabila kita berpegang dengan Islam. Tiada masalah dengan istana atau kesultanan melayu. Saya hanya menyebut latar masyarakat kita. Institusi ini boleh dikekalkan seperti mana United Kingdom masih mengenalkan Queen mereka.
Namun, proses pembaharuan minda berkaitan istana masih diperlukan. Apatah lagi istana dianggap memayungi Islam. Banyak institusi-institusi Islam di bawah istana. Tiada penguasa yang tidak boleh dinilai dan ditegur untuk kebaikan diri mereka dan rakyat jelata. Sepertimana kerajaan ditegur dan dikritik, demikian juga raja dan sultan. Jika ia hal peribadi, ditegur secara tertutup dan peribadi. Jika ia hak atau isu awam, orang awam dan rakyat berhak menuntutnya.
Saya menyebut hal demi kebaikan institusi kesultanan itu sendiri, agar berkesinambungannya secara mulia dan dihormati rakyat. Dalam rekod melayu moden, orang melayu telah banyak mempertahankan institusi kesultanan mereka, walaupun tidak banyak keadaan yang menunjukkan sebaliknya. Adapun saya, tidaklah bersetuju dengan kata-kata Hang Jebat: “raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah”. Saya tidak bersetuju dengan perkataan ‘sembah’ yang disebut oleh Hang Jebat, sebab saya tidak menyembah raja. Saya kata: “raja adil raja ditaati, raja zalim raja dibantahi atau dinasihati”.
Tiada beza antara rakyat dan raja atau menteri atau bangsawan mana sekalipun di hadapan keadilan dan hak. Islam tidak pernah mengajar jiwa feudalistik yang meletakkan bagi bangsawan hukuman yang berbeza dengan rakyat. Rasulullah s.a.w menyebut:
“Sesungguhnya binasa orang yang terdahulu daripada kamu kerana mereka itu apabila seorang bangsawan dalam kalangan mereka mencuri, dia dibiarkan. Apabila seorang yang lemah dalam kalangan mereka mencuri, dilaksanakan hukum ke atasnya. Demi Allah! Jika Fatimah anak Muhammad (puteri Rasulullah) itu mencuri, nescaya ku potong tangannya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Saya seorang muslim, saya juga seorang melayu. Saya tidak nafikan orang melayu dan kesultanan kita ada keistimewaan yang tersendiri. Namun, saya percaya jika kita berbicara soal sejarah bangsa, setiap bangsa ada sejarah mereka. Jika soal budaya dan adat, setiap bangsa memilikinya. Jika soal bahasa dan sastera, setiap bangsa ada latar mereka.
Namun jika kita berbicara rahmat Allah yang menunjukkan Islam kepada orang melayu, ia adalah sesuatu yang istimewa. Ia membolehkan melayu itu bergabung dengan sejarah hidayah dan alam yang merentasi segala rupa bangsa dan budaya. Ia menjadikan kita bersaudara dengan berbagai bangsa di dunia atas kalimah Allah dan menjadikan kita merasai sejarah kegemilangan Islam sebahagian dari sejarah kita bersama. Cuma yang tinggal, sejauh manakah kita berjaya melayari bahtera keagungan Islam pada zaman yang mencabar ini?
Zaman sudah berubah. Minda dan cara fikir generasi baru juga sudah berbeza. Sejarah juga akan berubah. Sesiapa yang enggan berubah, mungkin dia diubah.
Posted by Young United at 12:08 AM 0 comments
Saturday, May 16, 2009
....sELaMaT hARi gURu.........
Untuk guru2 yang telah mendidik diri ini ketika zaman mengenal dunia di SRK Sri Suria 1, SM Dato Mahmud n matrikulasi, Sintok
Untuk abe Mat, Chepis cousin n Ayoh Wenl...
Untuk kengkawan seangkatan semasa berada di IP Afzan - Tor, Kudin, Ust, Asraf, radzi n Din.. Mursila, Ekin, Lina, Sharmila, Lin, Yan, Yati, Ida, Mardanis, Etty, Ckin, Aznita para pensyarah di Afzan
Untuk rakan2 yang bertugas di sekolah2 Yayasan Islam kelantan....
Untuk guru2 yang diposkan ke sabah/sarawak terutama di kawanan yang nanga2....
..............................SELAMAT HARI GURU..............
Labels: guru
Posted by Young United at 10:33 AM 0 comments
Wednesday, May 13, 2009
kemewahan...
Ada yang fikir.., jika dilimpahi kemewahan dia akan mampu menggapai segalanya yang ada di dunia.., dia akan mampu ke mana sahaja, dia akan mampu membantu sesiapa sahaja.. pokoknya asalnya dia punya segala2nya..
Namun banyak juga apabila diberi ujian kemewahan oleh Allah SWT, dia lupa pada janji2 manis yang terlafaz ketika belum berharta., Nikmat kemewahan menjadikan dia semakin gelojoh untuk mengaut apa sahaja yang terhidang di hadapan mata mahupun yang terselindung.., yang miskin yang mohon dibantudipandang rendah seolah2 rendah darjatnya..malahan dianggap golongan malas.. dan dengan kemewahan yang membuah dia inginkan segala2nya besar - rumah triple upsize, kereta super elit terkini.. dan hiburan pemuas nafsu..
Dan akhirnya dengan ujian kemewahan, dia semakin lupakan Tuhan.... Lantaran itulah.., muslim dituntut untuk menjadi kaya dan hartawan, namun biarlah kejutawanan atau kehartawanan itu bak seperti kaya n zuhudnya Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Usman ibn Affan dan Abdul Rahman Auf.., sekadar mengambil beberapa nama besar dari lipatan sejarah Islam..
Inilah model kejutawanan dan kehartwanan yang dituntut.., nikmat kemewahan yang dipergunakan semula bagi membantu ummah
Pernah didebatkan mana yang utama, kaya yang zuhud atau miskin yang taat.., maka sudah tentunya, kaya yang zuhud menjadi matlamat yang lebih utama kerana dengan kekayaan itu dapat dipergunakan untuk menjana dan memperkasakan syiar Islam...
Jadilah kita.., tangan2 yang memberi.., menghulur bantuan dengan ikhlas kerana Allah SWT...
Posted by Young United at 7:54 PM 0 comments
Monday, May 11, 2009
peRihal SOlat...
Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'perubatan melalui al-Quran'.
Kajian perubatan melalui al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam kitab suci itu. Antara kaedah-kaedah yang digunakan adalah berpuasa, penggunaan madu lebah dan biji hitam (black seed).
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Pada hal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang.
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam...begitulah keagungan ciptaan Allah.
Orang yang tidak menunaikan sembahyang, otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
Posted by Young United at 3:23 AM 0 comments
Saturday, May 9, 2009
cAtATaN gURu.....
Seminggu berlalu, menjengah ke minggu yang baru...pejam celik bulan Mei kian tiba ke pertengahan bulan – peperiksaan penggal menanti para pelajar dua minggu lagi...mengukur prestasi semasa juga mengukur sejauhmana guru telah berjaya menyampaikan pengajaran...
Bab mengukur dan diukur inilah kadang kala yang merimaskan.namun dalam apa jua perkara dan bidang, setiap cabaran, masalah, dugaan dan halangan akan sentiasa wujud... Apa yang penting, dalam mengukur dan diukur, beban kesalahan 100 peratus tidak diletak pada guru, kadangkala guru terlalu mudah "dimangsakan" seolah2 mempunyai Midas touch untuk mengubah pelajar sekelip mata.... Kalau pelajar berjaya, ertinya pelajar bijak, mak ayah pandai mendidik.. kalau pelajar dapat result teruk, nie cikgu punya pasallah nie… Apa yang penting dan sebaiknya ialah penambahbaikan yang berterusan moga2 akan ada perubahan pada masa mendatang
Apabila melihat pelajar2 di pedalaman nie...selama nie saya sering menidakkan faktor pemakanan awalan dalam mempengaruhi pembelajaran pelajar - seringkali sewaktu dulu..malah seingat di universiti..seringkali jua mencabar pendapat pensyarah tentang itu - adakah pelajar bodoh disebabkan faktor pemakanan - seringkali jawapan saya pada masa itu menyentuh tentang sikap pelajar yang malas, faktor ibu-bapa yang tidak mengambilberat, persekitaran yang tidak merangsang...dan bla..bla....bla
Lagipun saya sendiri membesar di kampung, tahu apa itu erti kekurangan makanan..malahan adakalanya dulu seawal usia 7 - 8 tahun ada waktunya hanya berlaukkan kicap, budu...untuk mengalas perut... Zaman kemelesetan ekonomi tahun 1985 - 1986 dulu adalah zaman hidup yang susah..terkenang pada susah payah ma dan ayah membesarkan anak2nya ini... Kerisauan dan kebimbangan disembunyikan daripada anak2, diusaha juga walaupun sukar agar makan minum anak2 tetap terjaga.... dan segala susah senang yang telah dilalui itu mengajar diri ini agar sentiasa ehsan dengan kesusahan dan kesempitan orang....Juga sentiasa menghargai pengorbanan ma dan ayah sampai bila2....
Apabila berada di Belaga...faktor pemakanan benar2 menunjukkan kesan kepada prestasi pelajar - murid2 dari golongan peniaga, kakitanga kerajaan mempunyai tubuh badan yang sihat malahan saiz murid tahun satu yang berasal dari keluarga yang sebegini ada yang lebih besar dari saiz pelajar tahun tiga murid2 yang berasal dari rumah panjang.... Saiz murid tahun enam dari keluarga berpendapatan rendah lebih kecil dari saiz murid tahun empat....mereka biasanya kelihatan agak lemah dan kurang bertenaga....
Kesannya amat ketara dalam pelajaran - prestasi murid2 dari rumah panjang atau dari keluarga yang berpendapatan rendah amat jauh - boleh diibaratkan lajunya antara kereta Ferrari dengan basikal....begitulah jauhnya beza antara pelajar... Mereka sukar menangkap pelajaran yang diajar..., mudah hilang di sebalik masalah yang diberi.....
Namum sebagai guru..never give up, never say die before try... sedaya upaya mencuba yang terbaik buat mereka...secara ikhlasnya, saya lebih enjoy mengajar dalam kelas2 "hujung dunia' kerana ia memberi pengalaman bermakna dalam memperkayakan kaedah pengajaran... Yang penting mereka tidak takut dengan mathematics, mempunyai rasa teruja dan seronok untuk belajar....walaupun kadang-kala sering melakukan kesilapan dalam pengiraan.... Apa yang penting bagi saya.., ianya bukan soal betul atau salah tetapi sikap ingin mencuba dan berusaha.. salah atau tidak jawapan yang diberikan bukan sebab utama, yang penting adalah sikap untuk mencari jawapan...Bukankah dalam hidup manusia sendiri pun bukan soal tepat atau tidak tetapi kegigihan untuk mengubah nasib dan mencari ruang penambahbaikan diri...
lagipun saya tidak mahu..kerana saya, mereka jadi fobia dengan mathematics, sepertimana garangnya guru2 mathematics saya ketika di bangku persekolahan dulu - terkenang zaman kena sepak, kena ketuk kepala, kena jerkah, kena maki.... yang pastinya saya takkan mengulangi apa yang cikgu saya wat kat saya dulu.... they deserve the best from me
Melihat anak mata yang penuh dengan harapan, wajah2 kecil yang menggambarkan seribu impian...aku doakan mereka bila besarnya nanti menjadi orang yang dapat kenal baik dan buruk, laku yang berakhlak dan moga2 menjadi orang yang bukan sahaja dapat membantu diri diri tetapi jua keluarga dan orang2 yang di sekeliling... mungkin kini mereka tidak pandai.., tetapi tidak bermakna mereka akan terus begitu selama2nya...moga2 perubahan akan berlaku untuk mereka...
Labels: guru, kehidupan, pendidikan
Posted by Young United at 7:53 PM 0 comments
FOR BEING A WOMAN……
It’ been written in a book ,
where sayings
throughout ages…
And closes saying:
......Be very careful in making
a Woman to cry...
‘cause God counts her tears!......
The Woman came out from the man’s rib.
Not from the feet to be stepped on.
Not from the head to be superior.
But from your side... to be equal.
.......Under the arm, to be protected.......
…………..And at the heart’s side, to be Loved…………….
(slmt hari ibu..untuk ibu, kakak2 n my lovely wife...)
Labels: Hari Ibu, kehidupan, women
Posted by Young United at 7:49 PM 0 comments
Internet - segalanya mungkin
Dalam lebuhraya maklumat yang pelbagai..., dengan pelbagai pilihan di kiri kanan, depan dan belakang.. maka hanyalah jari yang menjadi garis akhir penentu. dipandu oleh hati, keinginan dan kemahuan.., maka jari memilih mana yg jadi pilihan.., di perhentian mana yang mahu jadi persinggahan..
Maka lantaran pilihan hati itulah yang akan membezakan iman atau nafsu..Segalanya mungkin di internet - pelbagai pilihan ilmiah yang dapat menjana iman dan taqwa.., juga menjadi rangkaian untuk membina ukhuwah persahabatan, juga sebagai medium e-urusan yang memudahkan beban tugas dan rutin harian hinggalah kepada bahan2 porno, percakapan lucah dan medium penipuan scam biz...
Untuk penulis2 bahan2 seksual yang bertebaran di persada lebuhraya internet ini, jika anda adalah beragama Islam, maka ingat2lah dosa yang dijanjikan.., - dosa kerana menyediakan kemudahan keghairahan seksual dan dosa kerana merangsang orang lain melakukan kejahatan.. Adalah lebih baik jika masa dan tenaga yang tersimpan.., diguna untuk sama2 membina rangkaian ukhuwah dan kerjasama untuk membina iman
Untuk pencari2 bahan2 lucah.., maka gunakalah ruang waktu yang ada itu untuk menjana iman dan meningkatkan kefahaman.., Mengapa hanya berminat mendidik buaskan nafsu liar jika kita punya upaya untuk mengawal kesingaan nafsu agar terkawal dan terdidik..
Maka.., apa jua pilihan yang dibuat oleh kita.., oleh hati.., dengan mata yang menatap dan dan memori hardisk yang menyimpan di main brain, maka adalah lebih baik jika internet diguna untuk menjana ilmu dan iman.. moga pilihan yang dibuat akan membuahkan rahmat dan keredhaan Allah..
Labels: kehidupan, life, pencarian
Posted by Young United at 10:31 AM 0 comments
Friday, May 8, 2009
Perkahwinan - meraikan perbezaan...
Mengapa kekadang.., orang yang tak berapa romantis masa tengah2 bercintan tapi bila kawin.. menjadi pasangan idol romantis..
Mengapa kekadang.., pilihan cinta yang sendiri punya suka amatlah hati..., tapi bila kawin.., menjadi pasangan yang saling membenci n berdendam
Mengapa kekadang, pasangan yang hanya dijodohkan oleh orang tua, diperkenalkan oleh orang tua.., kurang masa nak bercinta tapi boleh juga bahagia..
Mengapa kekadang.., pasangan yang berkahwin.., telah berhenti menjadi sahabat antara mereka..
Dan mengapa kekadang.., mahligai perkahwinan yang seharusnya menjadi syurga kehidupan di dunia ini boleh bertukar menjadi neraka paling jahamam..
Ada pula yang sanggup membujang tak kawin2 kerana percaya tiada lelaki yang cukup baik untuk dirinya... dan ada pula lelaki yang kawin hanya semata2 untuk sekadar bersuka2 setahun dua...
Lantaran itu, perkahwinan adalah gabungan sebab dan akibat.., pilih orang yang sebegitu maka sebegitulah juga nantinya perkahwinan.. JIka berkahwin dengan orang yang baik.. akan baiklah kehidupan.., jika berkahwin ngan orang ntah apa2..maka akan ntah apa2 jugalah perkahwinan
nanti.
Maka...berkahwinlah dengan orang yang kita rasa amat selesa berkomunikasi.., orang yang menerima seadanya diri kita dan tidak menjadikan diri kita terpaksa atau dipaksa untuk berubah mengikut kehendaknya secara mutlak... Tidak terlalu dominan untuk mendominasikan pasangan dan yang utamanya adalah mengamalkan demokrasi perbincangan bagi meleraikan perbezaan... Pada ketika suami harus berani dalam membuat keputusan dalam apa jua keadaan, pandangan dan nilai pendapat isteri janganlah diperlekehkan.. jangan pula berahsia dalam perkara2 yang melibatkan kehidupan kerana mungkin ianya nanti akan mengganggu
keharmonian rumahtangga
Perkahwinan adalah untuk meraikan perbezaan dan berkongsi perbezaan untuk membina keteguhan rumahtangga.., ianya bukan lagi sekadar janji2 manis semasa waktu bercintan..tapi kesanggupan untuk memikul tanggungjawab secara konsisten dan teguh bersama, berdiri sejajar dalam berdepan cabaran dan dugaan hidup..
Kepada Allah, saya bersyukur kerana dipertemukan dengan istri tercinta..Moga setiap orang akan menikmati kebahagian dalam perkahwinan yang mereka dirikan
Labels: perkahwinan
Posted by Young United at 11:17 AM 0 comments
uum dalam kenangan......
Zaman yang penuh warna warni.., persoalan dan pencarian.. Walaupun telah sekian lama meninggalkan alam kampus namum bayangan berada di uum masih tetap dalam ingatan...
universiti yang paling hujung di malaysia, paling hampir dengan sempadan negara jiran .. juga antara universiti yang cantik, menarik dan menjadi "bandaraya sintok" di hujung "dunia"
Bermula dengan matrikulasi dan kemudiannya berakhir tahun 2000.. perjalanan yang tidak pernah sia2.. mengenal persahabatan, erti hidup dan makna pencarian ...
Masih terkenang pada classmate di kelas 1.17 dan juga kelas 2.21/2.22.., juga kengkawan yang sama2 menyertai AW 504 Kem Bukit Ketri, Perlis.. Juga ex-room-mates yang baik2 dan suka membantu...
Juga kengkawan perjuangan walau di mana jua anda berada - GG, Azlee, Asean, saiful Mustakim, Rizal, Wan Ganu, Pakku, Mat Pee, Radif dan ramai lagi..
Juga penpal yang banyak berkongsi pandangan tentang pencarian n erti hidup.., the kind of relationship yang amat bermakna, so sweet n special.
smg semuanya sentiasa dalam rahmat Ilahi...
Labels: matrikulasi, sintok, uum
Posted by Young United at 11:14 AM 0 comments
Tuesday, May 5, 2009
Di Mana Hendak Diperolehi Teman Yang Sejati
(daripada laman Minda Tajdid http://drmaza.com
Antara kemanisan hidup ini apabila seseorang memiliki sahabat yang setia tanpa sebarang kepentingan.
Namun hal yang seperti ini amat sukar untuk diperolehi di dunia ini, sekalipun ramai yang selalu mendakwa dia adalah sahabat setia kita. Kita tidak tahu sejauh manakah dakwaan itu sebelum adanya ujian yang sebenar. Ramai yang pernah mendakwa sedemikian tetapi terbukti berbohong apabila ujian datang melanda. Bahkan banyak persahabatan dalam dunia ini pun terjadi di atas kepentingan tertentu.
Maka tidak hairan jika ia akan berakhir disebabkan kepentingan tertentu jua. Bahkan ada persahabatan yang diasaskan di atas kejujuran namun berakhir disebabkan kepentingan.
Memiliki persahabatan yang jujur dalam ertikata yang sebenar adalah nikmat kehidupan.
Namun ia sebenarnya sukar untuk diperolehi secara meluas di alam maya ini melainkan dalam sejarah kehidupan golongan yang beriman dalam makna yang sebenar. Bahkan baginda Nabi s.a.w. menjamin bahawa sesiapa yang mempunyai sahabat tanpa kepentingan melainkan kerana Allah semata, maka dia akan mengecapi kemanisan iman.
Sabda baginda: “Tiga perkara sesiapa yang ada padanya maka dia mendapati kemanisan iman. (pertama) Hendaklah Allah dan rasulNya lebih dicintai mengatasi selain keduanya. (kedua)Hendaklah dia mencintai seseorang, tidak dia cintainya kecuali kerana Allah. (ketiga) Hendaklah dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci untuk dicampakkan ke dalam neraka” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Manisnya tebu tidak dapat digambarkan oleh perkataan buat sesiapa yang tidak pernah merasanya. Manisnya iman, hanya pemiliknya sahaja yang dapat mengecapi kenikmatan dan kekusyukannya. Dalam tiga ciri tersebut, baginda s.a.w nyatakan bahawa dengan mencintai seseorang hanya kerana Allah, akan terasalah manisnya iman. Indahnya kemanisan iman hanya pemiliknya yang faham.
Bagaimana mungkin kita dapat membina rasa cinta kepada seseorang kerana Allah semata? Pastilah dek kita tahu hubungan dan kasih sayang kita kepadanya mendapat keredhaan Allah. Mungkin kerana dia orang yang dekat kepada Allah, atau dia boleh menjadi faktor kita dapat mendekatkan diri kepada Allah. Apabila perasaan yang seperti itu terbina, kita akan dapat merasa nikmatnya perasaan cintakan seseorang kerana Allah. Hanya hubungan yang seperti itulah yang membuahkan kesetiaan dan kejujuran yang tidak mampu dibeli oleh pangkat, kedudukan dan harta.
Hubungan persahabatan seperti itu tidak ada di alam gelora manusia yang yang berkawan
dengan seseorang kerana kepentingan atau kedudukan atau harta. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya) “Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, tidaklah engkau dapat menyatu-padukan di antara jantung hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana” (Surah al-Anfal: 63).
Ia hanya wujud dalam alam persahabatan yang dibina atas nama Iman dan Islam. Maka kita akan lihat kesetiaan antara para pejuang Islam yang ikhlas sepanjang sejarah penuh dengan keajaiban. Mereka hapuskan dalam dairi hidup mereka perkataan khianat, kebencian dan permusuhan dari belakang, lalu digantikan dengan “aku kasihkan engkau kerana Allah”.
Kasih itu berkekalan semasa sahabatnya di puncak atau berada di bawah. Samada sahabatnya masih hidup, atau setelah meninggalkan dunia ini. Ini kerana tempat rujuk kasih mereka Maha Tinggi Lagi Tiada Kesudahan bagiNya, iaitu Allah s.w.t.
Lihatlah sahabah Nabi s.a.w. Zaid bin al-Dathinah apabila dia ditangkap oleh pemimpin Quraish yang menentang Nabi s.a.w. lalu dibawa untuk dibunuh dan Abu Sufyan –ketika itu belum menganut Islam- bertanya kepadanya: “Wahai Zaid, aku bertanya engkau dengan nama Allah, tidakkah engkau suka Muhammad berada di tempat engkau sekarang, kami pancung kepalanya, dan engkau berada di samping keluargamu”.
Jawab Zaid: “Aku tidak suka Muhammad berada di mana dia berada sekarang, terkena duri sedangkan aku berada di samping keluargaku”. Kata Abu Sufyan: “Aku tidak pernah melihat seseorang mengasihi seseorang seperti kasihnya sahabat-sahabat Muhammad kepada Muhammad” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 4/75 Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah). Ya! Kasih yang mengharapkan hanya ganjaran Allah. Inilah kasih para pejuang yang sebenar antara mereka.
Persahabatan kerana Allah, memberi tanpa minta diganti, menyokong tanpa minta disanjung, memuji tidak kerana budi, berkorban tanpa menuntut ganjaran. Namun semuanya hanya mengharapkan kurniaan Allah jua yang menjadi punca kecintaan dan kasih sayang itu mekar antara satu sama lain. Sudah pastilah persahabatan itu dibina atas kebenaran yang sentiasa tunduk dan patuh kepada titah Allah dan RasulNya. Alangkah indahnya suasana ini.
Justeru itu Allah memuji golongan Muhajirin dan Ansar lalu dirakam kasih sayang antara mereka dalam al-Quran: (maksudnya) ”Bagi golongan fakir yang berhijrah, yang mereka diusir dari kampung halaman dan harta benda mereka (kerana) mencari kurnia daripada Allah dan keredhaanNya. Mereka menolong (agama) Allah dan RasulNya. Mereka itulah orang-orang yang benar. Orang-orang yang telah mendiami kota (Madinah) dan telah beriman (Ansar) sebelum (kedatangan) mereka itu (Muhajirin), mereka mencintai orang berhijrah kepada mereka. Mereka tiada menaruh sebarang keinginan (balasan) dalam dada mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada Muhajirin. Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka juga memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung. Adapun orang-orang yang datang selepas mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah keampunan kepada kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang” (Surah al-Hasyar 8-10).
Hanya insan-insan yang seperti ini sahaja yang akan merasa manisnya perjuangan yang mereka bawa. Ini kerana mereka jelas matlamat yang hendak dituju dan jalan yang hendaklah dilalui. Bebas dari kepentingan diri, yang tinggal hanya kepentingan cita-cita yang suci. Maka tidak ada cerita jatuh-menjatuh antara mereka kerana jawatan dan pangkat.
Sebaliknya, sering ingin memberi kerana matlamat mereka adalah keredhaan Allah. Ia tidak dicapai dengan tumpas menumpas sesama pejuang yang betul niat dan tujuannya. Sebaliknya keredhaan itu dicapai dengan sering tolong menolong kerana Allah. Jika itu tidak ada, perjuangan itu untuk dunia semata dan pasti dalamnya penuh kepahitan walaupun pada zahir ada harta dan kemewahan.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.
Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.
Lalu baginda membaca ayat al-Quran: (maksudnya) “Ketahuilah sesungguhnya wali-wali Allah tiada ketakutan untuk mereka dan tidak pula mereka berdukacita” (Hadis riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Inilah golongan yang dilindungi Allah pada hari kiamat. Di dunia mereka mendapat kenikmatan persahabatan yang jujur dan ikhlas, di akhirat mereka dilindungi Allah.
Nilai persahabatan bukan pada wang atau peluang yang diberi. Atau kedudukan dan kerusi yang disogokkan. Semua itu tiada erti, jika ‘ada udang di sebalik mee’. Sesungguhnya senyuman ikhlas seorang sahabat sejati, lebih bererti dari dunia dan segala isinya, sehingga Nabi s.a.w menyebut: “Senyumanmu buat wajah saudaramu itu adalah sedekah” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai sahih oleh al-Albani).
Kita selalu dengar cerita pengkhianatan sesama sahabat dalam perniagaan, pekerjaan dan politik. Mendengarnya sahaja amat memeritkan, apatah lagi jiwa yang mengalaminya. Amat rapuhnya persahabatan jika dibina di atas kepentingan diri masing-masing. Ditikam oleh musuh, tidak seperit pedihnya seperti ditikam oleh sahabat yang rapat. Dirompak oleh perompak tidak sekecewa ditipu oleh rakan yang dipercaya. Dijatuh oleh lawan tidak sedahsyat direbahkan oleh teman seperjuangan.
Namun itu realiti dalam maya pada ini bagi hubungan sesama insan yang tidak dibina atas nama tuhan. Jika ada pihak yang jujur dalam persahabatan, tetapi pengkhianatan berlaku bererti samada dia silap memilih teman, atau prinsip perjuangan. Maka dalam memilih sahabat, lihatlah hubungannya dengan tuhan dan atas apa kita membina persahabatan dengannya.
Saya rasa dalam dunia perniagaan dan politik, persahabatan sejati amat sukar untuk dicari. Bukan perniagaan, atau politik itu kotor; kedua-duanya termasuk dalam ajaran Islam. Namun kedua bidang itu apabila tidak berpandukan ajaran Allah dan RasulNya maka akan menjadi sangat rakus, biadap, penuh dengan kepura-puraan, tidak berprinsip, tidak menghargai rakan dan taulan, bicara dan bahasanya penuh dengan kemunafikan.
Kepentingan diri masing-masing kadang kala bagai tuhan yang disembah. Sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri, apa yang dia tidak akan lakukan jika perintah oleh tuhan yang sebenar pun. Banyak perintah agama dia kata tidak mampu, namun jika ada kepentingan politik atau urus niaga lebih daripada itu dia sanggup lakukan.
Firman Allah dalam Surah al-Jathiah, ayat 23: (maksudnya): “Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya tuhan (yang dipatuhinya), dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana pengetahuanNya (tentang kekufuran mereka), dan ditutup pula atas pendengarannya dan jantungnya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikannya berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu tidak mengingati?.
Betapa ramai orang politik yang dikelilingi oleh para pengikutnya, lalu kesemua mereka hilang apabila kuasa tiada lagi di tangan. Pada hari dia berkuasa; semuanya menjerit dan memuja, seakan sanggup hidup dan mati bersama. Namun apabila dia tidak mampu lagi memberi harta, pangkat dan kedudukan, melintas pun belum tentu mereka bersalaman.
Telah banyak bukti hidup dan mati yang tidak dapat dihitung lagi. Bahkan ada yang sehingga mati pun tidak dikunjungi. Namun jika anda berharta, sehingga ke pusara ada yang masih tunjuk muka. Bukan kerana kenang jasa, tapi kenang apa yang boleh dipusaka.
Tanpa iman, tiada kasih sayang hakiki dalam persahabatan. Sepatutnya orang kaya, atau orang politik jangan terlalu bangga apabila anda dipuji. Belum tentu ianya ikhlas dari hati sanubari. Mungkin diri anda atau perkara yang sama jika anda lakukan pada hari anda tiada kuasa atau harta, orang sama akan mencebik dan menghina anda.
Tetapi dek penangan kuasa dan harta; rupa anda yang ‘biasa-biasa’ dikatakan lawa, pidato anda yang tidak sedap dikatakan hebat, pendapat anda yang kolot dikatakan maju, idea yang lapuk dikatakan bernas, pandangan yang lemah dikatakan berhikmah, penampilan yang tidak bermaya dikatakan bercahaya. Semuanya kerana ingin mengampu kuasa dan harta.
Jika anda hidup dalam iklim yang sedemikian, percayalah persahabatan dan pengikut yang mendakwa setia semuanya bohong belaka. Anda hidup dalam alam khayalan seperti berkhayalnya seorang mabuk yang melihat wanita tua bagaikan gadis yang cantik menawan.
Carilah iman dan persahabatan atas dasar iman. Carilah prinsip perjuangan yang Allah redha, kita akan bertemu di sana sahabat-sahabat yang setia kerana Allah. Jika anda pernah merasai kemanisan iman dan persahabatan atas nama iman, anda akan tahu bahawa persahabatan palsu itu rasanya amat pahit dan meloyakan.
Lebih mendukacitakan Allah berfirman: (maksudnya) “Sahabat handai pada hari tersebut (kiamat) bermusuhan antara satu sama lain, kecuali golongan yang bertakwa” (Surah al-Zukhruf: 67). Ya, seperti mana di dunia mereka melepaskan diri apabila hilang kepentingan yang dicari, di akhirat mereka bermusuhan apabila melihat azab Tuhan yang terhasil dari dosa persahabatan dan pakatan yang pernah mereka lakukan di dunia.
Oh! Di mana hendak dicari teman yang sejati? Ya! Carilah perjuangan yang berprinsip dan diredhai Allah, di dataran itulah kalian akan temui teman yang sejati.
Labels: frenz, life, persahabatan
Posted by Young United at 8:13 AM 0 comments
Saturday, May 2, 2009
Selamat Hari Ibu......, 4 all mothers n women out there
Saat ALLAH menciptakan wanita, ALLAH membuatnya menjadi sangat utama. ALLAH menciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. ALLAH berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya,. ALLAH berikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa. Pada wanita, ALLAH berikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.ALLAH berikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam keadaan apapun Walau, tak jarang anak-anaknya itu melukai perasaannya.
Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi saat terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan rasa nyaman dalam dakapan ibunya.
ALLAH berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sukar, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?
ALLAH berikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.
Dan, akhirnya, ALLAH berikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus ALLAH berikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila-bila yang ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".
Maka, dekatkanlah diri kita pada ibu kalau beliau masih hidup, kerna di kakinyalah kita menemukan syurga….
Labels: Hari Ibu, wanita, women
Posted by Young United at 8:32 PM 0 comments
Hari Untuk Semua
Hari untuk Kita
Pada hari inilah kita berazam mempersembahkan kualiti solat yang terbaik dan khusyuk, bacaan Al-quran yang paling baik, berzikir dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, keredhaan dan kerelaan atas apa jua yang Allah kurniakan, perhatian yang lebih terhadap persekitaran, mengambil berat terhadap diri dan juga kebajikan orang lain
Beristighfarlah atas semua dosa, ingati Allah setiap detik setiap waktu, bersiaplah diri dalam menuju perjalanan ke akhirat dengan ilmu, iman dan amal, nikmatilah hari ini dengan penuh keriangan dan kesyukuran. Berusahalah sedayanya yang terbaik yang anda dapat lakukan dan redhailah dengan segala pemberian Tuhan....
Jika hari ini adalah harinya kenapa mesti perlu kita mencemar hari ini dengan laku yang mungkar, perbuatan yang berdosa dan luahan perkataan yang menyakitkan hati orang.
Jika inilah harinya...kenapa kita perlu mencemarnya dengan rasa sedih, kecewa atau putus asa sedangkan kita diberi ruang nafas dan waktu untuk bangkit membaiki diri
Kawan..., inilah harinya untuk kita mengungkapkan kata yang baik dan sopan, menghindari kata yang kotor dan yang lucah, tidak mencela, mengherdik atau membawa khabar keburukan orang. Inilah harinya untuk kita membaiki diri, akhlak dan jiwa...moga2 hari ini setiap perlakuan kita tidak membawa celaka tetapi bahagia kepada semua orang.
Hari ini kita telah diizinkan Tuhan untuk tetap hidup atas dunia-Nya ini, lantaran itu jadikan setiap detik pada hari ini adalah detik yang penuh beribadah pada Allah - perkataan yang baik, perlakuan yang sopan, pekerjaan yang dilakukan dengan penuh ikhlas dan ehsan terhadap kekurangan orang lain.
Hari ini adalah anugerah kepunyaan kita, maka marilah berusaha menjadikan hari ini hari yang terbaik. hari semalam sudah berlalu - tak perlu ditangisi atas apa yang telah berlalu, jangan pula takbur atas apa yang telah diraih dan hari esok masih dalam keghaiban - usah dirisau tentang masa depan kerna jika langkahmu betul pada hari ini...., hari esok menanti dengan senyuman....
Jom kawan, ingatilah Allah...dan abdikan diri pada Yang Maha Esa.
Posted by Young United at 10:40 AM 0 comments
Catatan daRI hAtI…..
Menyelusuri sejarah, mencetus romantisme zaman….terasa diri bergerak melalui mesin masa – dari zaman manusia paleolitik hinggalah kini kepada gelombang ketiga kehidupan manusia – Gelombang Knowledge Base yang menjadikan dunia sebagai perkampungan tanpa sempadan.… dan masih banyak lagi yang akan berlaku di depan… mahu atau tidak, perubahan akan berlaku – walau apa jua perubahan itu, maka terpaksalah samada mahu atau tidak, agar diri akan terus kekal menjadi warga dunia yang up-to-date…..
Teladan zaman harus sentiasa jadi ingatan – kejatuhan tamadun, kemelesetan ekonomu dunia, perang dunia, terpupusnya kaum dan bahasa – agar diri sentiasa ingat dan sedar bahawa apa yang berlaku dalam hidup adalah ulangan dari apa yang telah terjadi dulu, cuma berbeza suasana dan masa…….
Zaman yang “up-to-date” juga merupakan zaman yang mencabar… Mencabar iman dan taqwa, juga mencabar diri agar terus tabah dalam berdepan mehnah dunia… Sempadan antara baik dan buruk – hanyalah jarak dalam hati… jika “benar” pilihan, alhamdulillah, tetap teguhlah diri, jika “salah” pilihan, merana diri….mungkin menjadi trauma sepanjang hayat….Keindahan nafsu pada manis di awal tetapi pahit di hujung.. manakala keindahan iman dan sabar pada pahit di awal tetapi bahagia di akhir…..
Bagaimana mahu dikenal apa yang baik dan buruk – jawapannya adalah akhlak, juga didikan hati budi dan teladan… dikenal mana yang salah dan betul, mana yang baik dan tidak, mana yang berpahala dan berdosa, mana yang hitam dan yang putih…. Sesungguhnya dosa dan pahala bukan sekadar beribadat ritual – bersolat, berpuasa, berhaji di Makkah, menunaikan zakat tetapi melangkaui keseluruhan kehidupan…
Lantaran itulah ertinya solat itu bukan hanya di atas tikar sajadah tetapi solat yang sentiasa hidup dalam laku kehidupan, tutur dan kata, amal dan perbuatan – agar semuanya itu membawa kepada keredhaan Tuhan… Apalah ertinya amal yang baik jika kata selalu menyakiti hati orang, hak orang sesenang diperemeh dan dipermudahkan dan hak sendiri tak boleh dikompromi… malah hati menjadi begitu berhaloba mahu mengaut apa sahaja yang ada di depan.
Perjuangan menegakkan yang benar harus bermula dari diri – perbetulkan niat, ikhlaskan diri, perbekalkan dengan ilmu – kerana itulah yang akan membawa diri merenangi lautan kehidupan…. Seorang manusia yang berprinsip takkan tewas walau berdepan dengan seribu musuh di depan…hatinya yakin.., biarpun memang pasti mati menunggu di depan, tetapi diri tak berganjak…Jiwa yang keseorangan di dunia mungkin adalah jiwa yang menjadi sebutan di langit Tuhan… Itulah keindahan Yassin – dibaca dan dibaca agar kisah pemuda yang tabah berdepan penzalim akan terserap dalam diri… Apabila hati mempertuhankan manusia, membodek sana sini, memberi ketaatan tanpa soal, yang salah diperhalalkan, yang baik diperburukkan bagi menyedap hati tuan boss maka itulah kehinaan terbesar, Jika hati meletakkan Tuhan pada tempat tertinggi, maka yakinlah bahawa kehidupan ini adalah terlalu indah dan penuh makna untuk diharungi sehari2……..
Seorang muslim harus tahu bahawa kehidupannya bukan hanya sekadar kehidupannya tetapi juga kehidupan dirinya yang dapat membahagiakan orang lain… sesetengah orang memberi kebahagian setelah dia pergi manakala sesetengah orang membawa kebahagiaan ke mana sahaja dirinya pergi…maka jadilah kita orang yang sebegitu yang dapat memberikan kebahagian kepada semua orang……
Posted by Young United at 3:31 AM 0 comments
andainya mengeluh....
(from mail forwarded by fren)
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Friday, May 1, 2009
Ketentuan-Nya
Setiap yang berlaku akan ada sebabnya..dan ada pula akibatnya. adakala kita dilambung ombak tinggi..kemudian terhempas....mungkin jiwa terasa gundah mahupun tertewas...tapi jika iman masih bersarang di hati...sekuat manapun cabaran yang menimpa diterima jadi dugaan dan ujian untuk mematang dan memajukan diri....
Jika diri sentiasa dibuai nikmat kesenangan...maka, ingatlah pada sakit dan susah orang sekeliling.., kesenangan yang dinikmati adalah anugerah untuk menginsafi diri...moga2 apa yang ada di tangan dapat diguna untuk membantu meringankan kesusahan orang.
Setiap yang terjadi terjalin indah dalam tautan dalam takdir ILAHI untuk kita menjadi manusia yang matang, redha dan melakukan usaha pembaikan dan kemajuan diri yang berterusan. sesungguhnya apa yang berlaku adalah dalam takdir yang telah ditentukan ILAHI mengikut upaya diri untuk menanggungnya...bersyukurlah kerana kita diuji dan bersabarlah atas segala susah mahupun senang...kerana semuanya ada pengajaran di sebaliknya...agar setiap susah senang yang dirasa dapat dijadikan ingatan dan renungan......
Apabila hati berbicara.....
hati yang berdetik...terasa kekosongan di dalam, pandangan di hadapan terasa kelam , tiada jalan, tiada ruang....nafas terasa sesak kesukaran....segala2nya nampak gelap dan gelita...tiada ruang yang bersinar...kadangkala hidup terasa kosong, longlai dan tak bermakna...ada gundah, ada gelana.....
hati yang mencari takkan ketemu jika yang dicari itu tidak diketahui.....jika hati yang tidak mengenal takkan bisa ketemu cinta sebenar..
Jika hidup hanya berpusar dalam putaran tanpa makna...erti hidup bagai sampan di tengah lautan, nasib yang baik bisa sampai ke pantai, nasib yang buruk, kuburan entah di mana.
ertinya hidup adalah mengenal Pencipta hakiki...., Dialah tujuan, Dialah matlamat... Mengenali-Nya bisa mengungkap rahsia diri. Hati yang yang gundah bisa terawat, hidup tanpa haluan akan bisa ketemu jalan tujuan...awam kelam akan berlalu berganti sinar yang penuh harapan...
Moga2 kita bisa mengenal dan mencintai Allah sebagaimana Dia mencintai kita dengan kasih sayang dan rahmat-Nya yang tak ternilai........
Never
........Nobody knows .....................................
....................what they have until they loose it..........
...................You must never n ever leave the person you love for someone you like .......................
...................... because ........................
....................the person you like will leave you for the person they love............. .....
Posted by Young United at 6:23 AM 0 comments
Rahsia Sujud Dalam Solat
Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:-
1. Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. Melegakan sakit hernia.
4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid
5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.
6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa
7. Meringankan bahagian pelvis.
8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.
9. Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.
10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.
11. Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .
12. Mengurangkan kegemukan.
13. Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
14. Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
15. Memberi dorongan untuk mudah tidur.
Selain itu kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh).
Posted by Young United at 6:17 AM 0 comments
