Friday, April 23, 2010

Menolak anti perkauman

Menolak anti perkauman

UMNO Kena Tipu Dan Penipu

Ahli PKR Keluar Parti : UMNO Kena Tipu Dan Penipu at Anwar Ibrahim#more-11828

komen tambahan:
lawak antarabangsa..., tapi yang penting umno sudah tidak releven.., umno hanya sesuai untuk dimakamkan di tanah perkuburan.. :)

Pilihan sebenar Hulu Selangor: Integriti atau kelemahan?

Pilihan sebenar Hulu Selangor: Integriti atau kelemahan?

komen tambahan:
apa bukti para pimpinan BN/umno tegas dan serius dalam membawa perubahan besar terutama dalam memartabatkan rakyat, memperjuangkan keadilan dan membasmi amalan korupsi dan penyalahgunaaan kuasa?

selama 53 tahun kemerdekaan negara ini, kita perlu bijak menilai di mana negara ini sekarang? ke arah mana negara ini ingin dibawa? dan selama 53 tahun ini juga negara kita masih lagi dibelenggu dengan isu perkauman, isu perpaduan dan isu kewujudan kerangka sistem yang benar2 telus dan boleh dipercayai...

untuk warga hulu selangor.., apa yang umno hulur ambik, apa yang umno bagi terima saja tapi pastikan undi anda adalah TIDAK untuk umno/BN... memerdekakan malaysia daripada umno/BN adalah matlamat kita

Wednesday, April 21, 2010

..laporan polis terhadap Dr. Asri..

terasa kejanggalan apabila ada kalangan yang dianggap "berilmu" dan berjiwa "agama" yang gagal menaggapi maksud artikel Dr. Asri - Cabaran Gerakan Pembaharuan sehingga laporan polis dibuat di seluruh negara agar suatu tindakan dapat diambil terhadap beliau kerana "sesuatu alasan yang terlampau "cerdik"...

sayang sekali apabila ada intelektual agama yang menjadi pimpinan NGOs Islam agak kurang sabar, gelojoh dan mengenepikan sikap rasional dalam berdepan dengan persoalan yang juga memerlukan jawapan tang rasional dan bukannya mainan emosional.., biarkanlah orang2 politik yang bermain begitu kerana rata2 pimpinan politik kita memang suka mengenepikan fakta, hujah rasional tapi lebih mengutamakan sentimentasi dan akal sendiri..

mudah2an pada masa depan, Islam yang terbina di negara ini adalah Islam yang terbina atas dasar kefahaman dan keyakinan.., bukannya sekadar mainan bibir

Saturday, April 17, 2010

hadiah BN untuk penduduk setinggan penyokong BN..

Baru kami sedar, BN tidak minat bela rakyat

Pakatan’s reminder to non-Malays: Perkasa, cow head protest

Pakatan’s reminder to non-Malays: Perkasa, cow head protest

nota tambahan:
Untuk siapakah 1Malaysia..? Yang pasti !Malaysia bukannya bererti untuk keseluruhan rakyat Malaysia tetapi bermakna Malaysia untuk 1 geng - iaitu umno dan BN.., selagimana umno dan BN terus berkuasa di malaysia selagi itulah rakyat akan terus dikedanakan, kroni dan keluarga umno/bn akan terus diperkayakan..

harga barangan terus meningkat disebalik kata2 manis2 ke arah negara pendapatan tinggi, pengangguran di negara kita "disepikan" dan seolah2 ekonomi negara kita semakin pulih dan baik sedangkan hakikatnya kualiti dan kos hidup semakin membebankan...

Tuesday, April 13, 2010

Kontrak Apco bernilai RM77 juta setahun - kenyataan Nazri

Kontrak Apco bernilai RM77 juta setahun - Malaysiakini

nota tambahan:
Di mana ulama', tok2 guru dan juga mufti2...kenapa berdiam diri? mungkin agaknya takut hilang jawatan mahupun gaji lumayan...

Sudah jelas dan nyata bahawa Kerajaan Malaysia mempunyai kerjasama denganAPCO - firma penasihat Israel yang banyak memberi khidmat perundingan untuk regim kerajaan yang ganas dan songsang di seluruh dunia.... bila isu Allah timbul...bagaikan perwira para pimpinan umno serta NGOs upahan mereka berlagak .., seolah2 mereka barisan paling depan dalam menjunjung jihad memartabatkan Islam.., di mana pula puak2 katak lompat yang mendakwa diri mahu mempertahankan hak melayu dan Islam...

Sudah jelas di depan mata kita betapa kerajaan umno/bn hanyalah lakonan hidup yang seolah2 mencabar tahap IQ dan intelektual rakyat.., sudah masanya untuk rakyat yang berilmu dan beriman menolak kemunafikan kerajaan umno/bn..tumbangkan mereka.., pastikan Malaysia bebas daripada penjajahan BN

Friday, April 9, 2010

..apa perlunya IPP...

kenapa kerajaan tidak mahu mengkaji semula Perjanjian Pembelian Tenaga dengan Pembekal Tenaga Bebas atau ringkasnya IPP.. alasan naif yang dikemukan bahawa kerajaan tiada kuasa memandangkan perjanjian telah dimeterai mencerminkan "siapa di belakang IPP", "siapa yang benar2 untung dalam penjanjian dengan IPP" dan adakah di negara ini pihak swasta lebih berkuasa daripada kerajaan...

IPP telah menikmati keuntungan atas angin tanpa perlu berusaha lebih malahan orang bodohpun akan tertanya2 kenapa perlu TNB membeli tenaga daripada IPP jika kapasiti keupayaan TNB lebih besar daripada IPP.. atau IPP sebenarnya adalah lubuk wang bagi umno/BN?

Tahniah untuk umno/bn kerana berjaya dalam polisi "rakyat didahulukan untuk dibebankan, kroni dan keluarga umno/bn diutamakan untuk diperkayakan".... tamatkan penjajahan umno/bn.. tumbangkan regim yang ada sekarang

Philosophy Politics Economics

from http://tonypua.blogspot.com/

Philosophy Politics Economics: Initial Comments on New Economic Model

nota tambahan:
suatu kritikan yang bernas daripada YB Tony Pua.. apa yang nyata Model Ekonomi Baru Najib adalah suatu lagi kosmetik untuk mengkhayalkan orang....tiada langkah konkrit dalam menjelaskan bagaimana untuk meningkatkan taraf kebolehpercayaan tadbir urus yg profesional dan cekap, menarik pelaburan asing, mengekang masalah kebocoran wang kerajaan da seumpamanya...

Jawapan bagi membawa ekonomi yang lebih baik adalah dengan menumbangkan kerajaan yang ada sekarang... RAHMAN...mudah2an sumpahan nama RAHMAN akan menandakan perdana menteri terakhir regim umno/bn adalah DS Najib...

Moga Malaysia akan merdeka daripada penjajahan umno/BN.. hidup malaysia, hidup pakatan rakyat...

'Why I left Malaysia' - emigrants tell their tale

'Why I left Malaysia' - emigrants tell their tale - Malaysiakini

nota tambahan:
saya tertarik dengan komen Khoo Gaik Cheng, pensyarah di Australia National University tentang dasar BN/umno yang melantik pentadbir universiti daripada kalangan politician bagi menjaga kepentingan parti melebihi kepentingan nasional... sebenarnya dasar penempatan orng2 politik bagi mengisi jawatan2 tertentu seperti pengerusi GLC mahupun pelbagai jawatan tertentu mencerminkan kepentingan dan kuasa politik lebih penting daripada tadbirurus yang cekap dan profesional...inilah hebatnya slogan rakyat dikemudiankan, kuasa dan parti diutamakan... selagimana umno dan BNterus dibiarkan berkuasa di malaysia selagi itulah rakyat malaysia akan kekal menjadi golongan yang dikemudiankan....

Thursday, April 8, 2010

1malaysia, 1 rakyat, pelbagai percaturan...

Apa yang paling bagus tentang DS Najib adalah beliau kelihatan berjaya mengawal media2 utama, cara pemberitaan dan kawalan baik dalam partinya dan juga anggota BN lain agar kelihatan cukup berdiplin dan tidak melawan ketua iaitu dirinya..

Berbeza ngan zaman Pak Lah di mana para menteri, politician dan anggota BN kelihatan lebih sudu dari kuah malahan mendahuli Pak Lah dalam mengeluarkan statement malahan ada kalanya kelihatan anggota kabinet yang jumlahnya terlalu besar itu lebih gemar berkonfrantasi daripada bekerjasama... DS Najib memastikan tiada menteri atau ahli partinya bertindak melawan tuan.., cuma ada kes special di mana KuLi berani melawan tetapi kekuatan jentera pemberitaan nasional memastikan segala hujah kerajaan ala2 budak tadika kelihatan cukup gah dan kukuh bila berdepan dengan segala macam bukti dan fakta yang diperbudak2an dan diperlekehkan oleh segala macam jentera dan profesor2 kangkung bertaraf dunia....

Apa yang ada di tangan DS Najib sekarang hanyalah alatan kosmetik atau lebih tepat lagi program "make over" menukar sesuatu yang kelihatan tak cantik kepada cantik dan mempersona..., bagi yang suka melihat secara permukaan memanglah akan mudah tertawan dengan segala macam solekan tetapi bagi jiwa yang benar2 mencari perubahan dan kebenaran akan dapat melihat betapa buruknya kerajaan yang ada sekarang...

Kebenaran, keadilan dan perjuangan meningkatkan taraf ekonomi serta kebajikan rakyat harus datang daripada hati yang ikhlas, daripada perjuangan yang bukan retorik tetapi gaya hidup tak berpijak realiti..., undang2 dan keadilan haruslah dipercayai dan bukannya diguna hanya untuk menekan pihak lawan.., apa guna ada parlimen serta demokrasi jika semuanya itu digunapakai untuk membenarkan kebobrokan sendiri tetapi menafikan segala macam hak pihak lawan....

Ke arah mana negara ini hendak di bawa? identiti apa yang ingin ditanam dalam jiwa setiap rakyat? idealisme apa yang harus dipegang...? Ke arah mana kebajikan serta keselesaan rakyat diambilkira?

Apa yang pasti selama ini di bawah pemerintahan BN.., rakyat malaysia semakin menjadi rakyat rojak, macam2 ada di sini.., juga dihambat dengan segala macam gejala sosial, arah pendidikan yang sering berubah dan pemediaan yang jelas menjadikan rakyat semakin keliru dan tak tahu...

Untuk berubah rakyat malaysia perlu berani menyatakan perubahan..., cukuplah selama lebih 50 tahun Bn mentadbir negara tapi malaysia masih belum ke mana.., jepun hancur dan musnah akibat bom atom tetapi mengambil masa kurang 30 tahun untuk bangkit menjadi kuasa ekonomi dunia...itupun jepun dikekang dengan pelbagai kekurangan sumber alam, bentuk muka bumi dan menjadi laluan bencana pasifik.... dan malaysia jika BN terus terusan menjadi kerajaan akan menjadikan negara ini statik, layu dan muram...

Sudah masanya untuk kita menggerakkan kemerdekaan daripada penjajahan umno/bn...

Wednesday, April 7, 2010

PM Najib One Year Later

PM Najib One Year Later at Anwar Ibrahim

nota tambahan:
yang paling bagus tentang DS Najib adalah program kosmetiknya kelihatan berjaya...seluruhh negara semacam termakan dengan kosmetik "model" yang cantik, rupawan tapi hakikatnya hati di dalam mungkin berbeza dengan apa yang terungkap di luar.., usah terpengaruh kerana program kosmetik Najib sebenarnya jika diteliti hanyalah agenda yg mengkhayalkan sedangkan hakikat yang sebenar negara kita semakin jauh dan jauh ke arah kemerosotan.....

Tumbangkan BN, hancurkan umno dan pastikan mereka ini kalah dalam pru akan datang

Tuesday, April 6, 2010

markah untuk KPI DS Najib..

Setahun Prestasi PM Najib – “Ingin Menyantuni Semua?” at Anwar Ibrahim#more-11568

nota tambahan:
xkisah 1 malaysia tu dari israel ataupun dari amerika, apa yg penting adalah pengisian dalam membina 1malaysia..namum malangnya 1malaysia hanyalah permainan slogan dan keindahan kata2...apa yg membezakan DS Najib dan Tun Abdullah Badawi adalah TAB lebih berani untuk dikritik manakala DS Najib menutup segala ruang dan pintu kritikan...

umno masih lagi parti yang sama dan BN masih lagi perikatan yang sama dengan kandungan yang sama, pemikiran dan sama dan ideologi yang sama - kuasa diutamakan, rakyat dikesampingkan... adalah wajar untuk golongan baru dan muda di negara ini untuk membuka minda dan mata mereka bahawa sudah masa untuk kita bangun melaksanakan agenda prubahan yang tak mampu dijalankan oleh generasi sebelum kita...

ayuh golongan muda dan belia, sama2 kita tumbangkan umno dan BN dalam pru akan datang

Monday, April 5, 2010

..apabila wakil rakyat meninggal...

apa yang paling best di malaysia adalah apabila adanya kematian mana2 wakil rakyat.., yang untuk hasil kematian tersebut adalah penduduk setempat...

kalau selama nie, khabar mereka tak diendah, rumah mereka tak terziarah apatah lagi dengan orang yang berstatus menteri ataupun vvip.., tetiba sahaja menteri2, wakil2 parti ini semacam menjadi cukup mesra malah sanggup untuk turut sama berkongsi pinggan bagi menunjukkan betapa prihatinnya mereka dalam hal kebajikan orang awam..

Dan tetiba sahaja pelbagai jenis bentuk bantuan, peruntukan dan apa jua "demand" dilayan.., wang peruntukan yang berjuta2 ringgit tetiba sudah tersedia di depan mata seolah2 wang peruntukan yang selama ini perlu "dijimat-cermatkan" itu sebenarnya ada dan cukup melimpah ruah...

Kepada penduduk hulu selangor..layan sahaja apa jua pemberian terutama sekali oleh wakil2 BN mahupun bapak2 menteri, demand sahaja apa yang perlu dan pastikan apa yang diminta diterima sebelum hari pengundian... kerana selepas hari pengundian anda hanya akan menjadi kembali "insan teristimewa" jika ada pilihanraya..., ambik bantuan tapi pastikan undi untuk Pakatan Rakyat...

Friday, April 2, 2010

Jgn marah Melayu tak baca buku

Jgn marah Melayu tak baca buku - Malaysiakini

nota tambahan:
amalan kurang membacalah yang menyebabkan BN/umno mampu mempertahankan kuasa mereka selama ini.., dan hanya orang2 yang benar2 membaca yang tahu membezakan betapa umno/bn sudah tidak layak untuk dijadikan kerajaan...., tumbangkan BN/umno dalam pru akan datang...

Tawaran jawatan MB: Apabila Zambry berlawak jenaka

Tawar MB: Zambry cuba alih isu krisis Umno Perak

nota tambahan:
daripada cuba memburuk-burukkan para adun pakatan rakyat adalah lebih baik, kerajaan perampas kuasa rakyat BN/umno mula bekerja dan membuktikan diri mereka sebagai pihak yang dapat menunaikan tanggungjawab dengan penuh adil, jujur dan berhemat...

Janganlah tukul jer berbunyi tapi pakunya tiada... apa yang pasti, mudah2an kerajaan BN Perak dapat ditumbangkan secara penuh dalam pru akan datang

Thursday, April 1, 2010

Din Beramboi meninggal dunia

Din Beramboi meninggal dunia

al-fatihah untuk arwah Din.., moga rohnya diberkati Allah

Malaysian first, last, and only

Malaysian first, last, and only

nota tambahan:
memperkasakan rakyat tanpa mengira keturunan, membantu mana yang memerlukan pertolongan dan berganding bahu membina malaysia yang lebih cemerlang. Lantaran itulah amatlah wajar untuk kita menuntut berlakunya perubahan yang lebih besar dalam negara.., mudah2an Pakatan Rakyat akan dapat menumbangkan regim yang ada sekarang bagi membolehkan kita membina Malaysia yang lebih ke hadapan

Wednesday, March 31, 2010

Dokumen Perjanjian Antara APCO Worlwide Dengan Kerajaan Malaysia

Dokumen Perjanjian Antara APCO Worlwide Dengan Kerajaan Malaysia at Anwar Ibrahim

nota tambahan:
biasalah dah adat kerajaan umno dan BN, kat media mengutuk Israel habis2an (dalam media kita jer yang berani..) depan Israel..Yes Boss, Ya Tuan...

Apabila Zambry berkata..kata....

Anwar denies approaching Zambry

nota tambahan:
Kalau umno/bn betul2 berani nak menegakkan demokrasi dan hukum berasaskan suara rakyat.., bubarkan DUN Perak...

Monday, March 29, 2010

DR CHEN MAN HIN: Kejayaan unik Zaid memecah mitos Melayu lama

DR CHEN MAN HIN: Kejayaan unik Zaid memecah mitos Melayu lama

nota tambahan:
melayu zaman kini tidak memerlukan melayu yang hanya tahu memperbodohkan dan memperlekehkan intelektualiti melayu yang lain.., adalah wajar untuk generasi muda melayu masa kini untuk turut bersama pakatan rakyat dalam menguburkan kerajaan yang ada sekarang agar melayu dapat bergerak ke arah yan lebih dinamik dan terbela

Sunday, March 28, 2010

The Labu-labi team of Najib-Muhyiddin — M. Bakri Musa

The Labu-labi team of Najib-Muhyiddin — M. Bakri Musa

Ayat-Ayat Ruqyah

Alhamdulillah akhirnya jumpa juga ayat2 ruqyah bagi tujuan pendinding diri. Bagi mana2 pihak yang sedang mencari ayat2 ruqyah ini, bolehlah download pada link ini - ayat2 ruqyah , bacaan oleh sheikh saad al-Ghamidi, ada 6 bahagian semuanya semoga dirinya dan diri orang yang upload kat youtube itu diberkati oleh Allah.

Yang hairan juga kenapa ada orang masa sekarang memperdagangkan bacaan Al-Quran terutama ayat2 ruqyah ini?

Blues over education system — Teacher’s Blues

Blues over education system — Teacher’s Blues

nota tambahan
bukan kerana guru2 tak berkualiti tetapi kerana guru2 tidak dapat mengajar mengikut opsyen mereka dengan sepenuhnya, malahan guru2 dibebankan dengan pelbagai tugasan yang tidak berkaitan dengan P&P. Kementerian Pelajaran seharusnya mencari jalan untuk memastikan:
1. subjek2 kritikal diajar oleh guru2 opsyen subjek yang berkenaan
2. mengurangkan matapelajaran tertentu yang boleh digabungkan dalam pelajaran yang lain (sekolah rendah)
3. memecahkan guru2 kepada guru akademik dan guru teras ko-kurikulum dan pendidikan jasmani serta kesihatan
4. memberi kebebasan kepada guru
5. kembalikan kuasa merotan pelajar

Friday, March 26, 2010

Media Asing Dedah Najib Anjur Judi Sukan

Media Asing Dedah Najib Anjur Judi Sukan at Anwar Ibrahim

nota tambahan:
apa kata kalau industri judi diangkat menjadi industri penyumbang ekonomi utama di malaysia dan kerajaan menaiktaraf kemudahan perjudian dan menggalakkan perlancongan perjudian sekiranya industri ini benar2 mampu memberi pulangan lumayan kepada negara... (nie ayat sindir nie)

Thursday, March 25, 2010

40 Reasons why the Sodomy Charge against Anwar is too Ridiculous to Believe at Anwar Ibrahim#more-11434

40 Reasons why the Sodomy Charge against Anwar is too Ridiculous to Believe at Anwar Ibrahim#more-11434

nota:
jika betul kerajaan benar2 ingin membenteras maksiat atau apa jua aktiviti seksual yang melibatkan sesama lelaki ataupun berlainan jantina, rasanya dah lama lorong2 gelap sekitar Kuala Lumpur takkan wujud.., jika benar nak menegakkan hukum, mewujudkan masyarakat yang bermoral.., kenapa pusat2 hiburan tumbuh bagaikan cendawan..., sudah masanya untuk generasi muda negara ini menumbangkan kerajaan yang ada sekarang..., sudah 53 tahun kita merdeka tetapi kita belum menggapai apa2...

Wednesday, March 24, 2010

...iklan arak yang terbuka di melaka...


macamana masalah sosial tak semakin gawat kalau pihak yang berkenaan sendiri jenis yang pekak dan buta tentang apa yang pelu dilakukan dalam menangani permasalahan sedemikian...

Keluarga PM ‘jutawan’ Kecohkan Dewan Rakyat

Keluarga PM ‘jutawan’ Kecohkan Dewan Rakyat at Anwar Ibrahim

komen saya :
ini bukan tentang mak ayah kaya, anak2, cucu harus jadi miskin tetapi seandainya mak ayah mereka bukanlah memanda menteri atau pegawai tinggi kayangan, mampukah mereka untuk menjadi antara manusia terkaya di malaysia...., fikir2lah.., sudah masanya untuk rakyat malaysia berfikir untuk menggerakkan perubahan besar di negara ini.., malaysia bukan negara umno, malaysia adalah milik untuk semua

Malaysia’s Shame, FT.com editorial

Malaysia’s Shame, FT.com editorial at Anwar Ibrahim

MediaRakyat » PM Lack of confidence

MediaRakyat » Lack of confidence

Tuesday, March 2, 2010

Pandangan Dato Salleh Majid

Petikan dari The Malaysian Insider
Dialog Dengan Majlis Tindakan Ekonomi Negara - Dato Salleh Majid

MAC 1 —Beberapa kumpulan pertubuhan bukan kerajaan (NG0), usahawan Bumiputera Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah berpeluang memberikan pandangan mereka tentang Model Ekonomi Baru(MEB) kepada Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Tan Sri Amirsham Aziz pada hari Khamis 25 Februari yang lalu.

Di antara isu yang dibangkitkan dalam dialog tersebut ialah kebimbangan usahawan Bumiputera tentang apakah bentuk MEB ini dan sama ada kepentingan Bumiputera akan diketepikan. Kalau kebimbangan ini tidak ditangani dan ciri-ciri MEB ini telah diselesaikan mungkin agak terlambat untuk menyuarakan kebimbangan golongan ini.

Pada pertemuan hari tersebut itu, disampaikan pendirian NGO-NGO ini bahawa perhatian dan peruntukan kerajaan kepada usahawan Bumiputera perlu diteruskan. Apa jua projek di bawah MEB dan Rancangan malaysia Kesepuluh (RMK-10) nanti perlu memasukkan projek-projek pembangunan usahawan Bumiputera.

Selepas Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan segala-segala yang berkaitan dengan pembangunan usahawan Bumiputera seperti Pasukan Petugas Pelaksanaan Nasional dan 13 kluster di bawah rancangan pembangunan Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dimansuhkan, tidak hairanlah kalau kebimbangan-kebimbangan ini disuarakan.

Hanya kluster tentang latihan dan tenaga manusia sahaja yang bergerak.
Di dalam persembahan majlis itu, beberapa kelemahan negara kita dibentangkan. Ini termasuklah pengurangan pelaburan asing dan tempatan yang begitu ketara sekali, jurang pendapatan antara kaum, sesama kaum dan antara bandar dan luar bandar.

Kira-kira 80 peratus daripada mereka berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan. Kalau di bandar sudah dianggap dalam tahap kemiskinan sekarang.
Misi untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 dengan pendapatan purata dalam lingkungan AS$12 ribu (RM40,700) merupakan suatu perintah besar (tall order).

Kita boleh tidak pedulikan mereka yang berpendapatan rendah dan tumpukan kepada mereka yang berpendapatan pertengahan dan tinggi sahaja, angka hajat itu pun mungkin boleh tercapai juga. Tetapi itukah yang kita inginkan?
Petani dan nelayan kita merupakan suatu golongan yang terbesar dan terdiri daripada orang Melayu. Merovulasikan teknologi pertanian dan penangkapan ikan adalah suatu kemestian.

Kelemahan kita dalam bidang pendidikan juga diakui. Di mana kedudukan kita hari ini berbanding dengan beberapa tahun dulu. Penghasilan graduan kita yang tidak secocok dengan kehendak industri menyebabkan ramai yang menganggur.

Dalam bidang matematik dan sains sahaja anak-anak kita kalah dengan anak-anak negara seperti Korea Selatan, Hong Kong, Singapura dan Taiwan yang satu masa dulu sama dengan kita.

Kita berhadapan dengan masalah kejatuhan daya saing negara, rasuah, kos berurusan dalam perniagaan, kerenah birokrasi, kekurangan tenaga mahir, kerumitan mendapatkan pembiayaan. Selain daripada itu kewujudan blok-blok perniagaan (cartel) yang menguasai beberapa bidang dalam ekonomi seperti bahan binaan.

Kerenah birokrasi merangkumi sikap penjawat awam yang mungkin tidak jelas tentang hala tuju negara. Sikap sesetengah mereka bukan sahaja boleh menghalang kemajuan usahawan Bumiputera malahan boleh mematahkan terus semangat mereka.

Begitu juga sikap sesetengah pegawai bank yang kadangkala walaupun sudah diluluskan permohonan — melepaskan pinjaman sedikit demi sedikit sehingga menyukarkan untuk berbuat apa yang perlu dilakukan. Tidak kurang juga yang tidak faham projek berasaskan pengetahuan dan bukan bercagarkan hartanah atau tanah.

Ketidakupayaan menyesuaikan diri dengan kehendak MEB yang berteraskan pengetahuan, inovasi dan kreativiti akan membantutkan sebarang usaha untuk usahawan mengorak langkah menuju hasrat mencapai matlamat penstrukturan semula ekonomi negara.

Adalah wajar mereka ini diberikan suatu orientasi atau suai kenal dengan kehendak MEB nanti. Begitu juga mereka dalam sektor awam yang menjadi pemimpin dalam jabatan-jabatan kerajaan.

Untuk mengikis sikap, perlu mengaturkan fiil atau perilaku kerana sikap terbentuk oleh perilaku. Kalau seseorang itu gemar membuang sampah merata tempat misalnya ertinya ia bersikap pengotor.

Untuk mengubah sikap pengotor itu, setiap kali dia membuang sampah dia dikenakan hukuman melakukan kerja tukang sapu sampah dan dihebahkan dalam akhbar.

Tentang rasuah memang suatu penyakit besar. Kita harap apabila Akta Pengadu Terlindung (Whistleblower Act) yang memberikan perlindungan kepada sesiapa yang membuat aduan tentang sesiapa dalam organizasi mereka yang melakukan rasuah, ia dapat dibendung atau dikurangkan.

Kita telah mendengar dan membaca tempoh hari apabila ada di antara taikun-taikun negara yang menyarankan kerajaan tidak lagi memainkan sikap membantu golongan tertentu. Ertinya biarkan mereka yang besar menentukan persaingan, yang besar menguasai yang kecil.

Mereka ini adalah kalangan yang telah dibantu oleh kerajaan dan bila kedudukan mereka sudah selesa mereka tidak mahu orang lain yang bergelut untuk berjaya diberikan pertolongan.

Mereka ini menyarankan apa yang berlaku di Amerika Syarikat yang mana sejak zaman Ronald Reagan selaku presiden, banyak undang-undang telah dimansuhkan untuk memberikan keutamaan kepada persaingan yang kononnya asas pasaran bebas.

Sikap ini telah disambut oleh presiden-presiden berikutnya yang akhirnya menyebabkan keruntuhan ekonomi Amerika sendiri.

Apabila pihak swasta telah diberikan pasport melakukan apa saja, maka mereka telah muncul dengan pelbagai jenis tawaran seperti pelbagai jenis derivatif yang pihak berkuasa sendiri tidak faham. Akhirnya kerajaan juga terpaksa menyelamatkan syarikat besar-besar ini dengan perbelanjaan begitu besar sebanyak AS$787 bilion di Amerika sahaja.

Begitu juga di Britain dan negara-negara di Eropah. Hari ini Greece dan Iceland sudah bankrap dan nyaris bankrap ialah Sepanyol, Portugal dan Itali. Kesemua ini ialah kesan daripada kelonggaran undang-undang yang berlarutan bertahun-tahun yang memberikan lesen kepada pihak swasta berbuat apa saja - yang besar mengambil alih yang kecil, yang kuat mengambil alih yang lemah.

Kalau sikap begini boleh meruntuhkan sebuah ekonomi sebesar Amerika dan Eropah, bayangkanlah apa akan jadi kepada negara sekecil kita dengan penduduk berjumlah hanya 27 juta (10 peratus daripada penduduk Amerika). Sikap free for all yang disarankan oleh sesetengah pihak ini merupakan sikap tamak di tahap yang paling tinggi sekali.

Hari ini pengangguran di Amerika di tahap 10 peratus dan ramai yang telah hilang rumah mereka dan tidur dalam khemah di tepi-tepi jalan, sesuatu yang mungkin tidak terbayang pada kita akan berlaku lima tahun dulu.
Saya teringat kata-kata wakil NGO dari Sabah Khamis lalu, “Bagaimana kami hendak berlari sedangkan kami masih lagi belajar hendak berjalan.” Kalau kita bersikap brutal seperti yang disarankan oleh sesetegah golongan kaya raya, apa akan jadi kepada mereka yang masih lagi merangkak. Tau tak apa. — Utusan Malaysia
* Dato’ Salleh Majd ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia

Ekonomi negara telah pulih? Ripleys believe it or not...

Petikan dari The Malaysian Insider, oleh Dr Dzulkefly Ahmad

2 MAC — Pengumuman dibuat oleh YAB PM DS Najib beberapa hari lalu bahawa ekonomi telah pulih tentunya merupakan satu berita gembira.

Dalam suku terakhir tahun 2009, ekonomi mencatat pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus, meskipun mengalami penguncupan sebelumnya; penguncupan tiga suku sebelumnya, iaitu 6.2 peratus pada suku pertama, 3.9 peratus pada suku kedua dan 1.2 peratus pada suku ke tiga.

Bagi tahun 2009, ekonomi negara mencatat penguncupan sebanyak 1.7 peratus, iaitu lebih rendah daripada penguncupan 3 peratus yang diunjurkan sebelum ini. Untuk pengetahuan umum, pertumbuhan adalah sebanyak 4.6 peratus dalam tahun 2008.

Ekonomi telah pulih tegas Najib dan pimpinan kerajaan seperti Menteri Besar Pahang yang kurang arif tentang ekonomi lantas menyebutkan bahawa ini semua adalah kerana kebijaksanaan Najib mengurus ekonomi negara.

Penulis tidak suka untuk menganggu keseronokan dan euporia ini. Rakyat telah lama terhempit dengan pelbagai penderitaan hidup. Mereka mahukan satu suntikan harapan. Najib pula sangat berhajat untuk membuktikan bahawa beliaulah penyebab pemulihan ekonomi ini dan dialah harapan untuk rakyat.
Malangnya penulis terpaksa berterus terang bahawa Najib tersilap dalam membuat rumusan bahawa ekonomi telah pulih, kecuali dalam erti yang terlalu ‘teknikal’. Lebih silap lagi ketika dia dan pimpinan Umno/BN menyangka bahawa dialah pencetus dan pemangkin kesemua ini.

Yang layak disebut Najib hanyalah bahawa ekonomi tumbuh pada 4.5 peratus dalam suku keempat 2009 dan keseluruhan 2009 mencatat penguncupan pada paras 1.7 peratus, iaitu lebih baik dari penguncupan 3peratus yang dijangkakan. Ada pun sebab utama pertumbuhan 4.5 peratus yang dicapai tidaklah kerana apa jua langkah ajaib dan keberkesanan pendekatan Najib mengurus ekonomi kecuali kerana permintaan global pada suku akhir 2009 sememang meningkat dan ini disaksikan di semua negara.

Meletakkan punca utama kerana suntikan rangsangan fiskal seperti didakwa Najib agak tidak tepat kerana dari jumlah RM 67 bilion yang diperuntukkan dalam dua pakej rangsangan fiskal itu, sehingga akhir September 2009, hanya RM8.2 bilion sahaja yang dibelanjakan (ms 3, Dalam Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan Malaysia 2009/2010).

Najib mutakhir ini pula mendakwa telah membelanjakan RM17bilion dari pakej tersebut, dengan jumlah bayaran setakat ini sebanyak RM13.9bilion. Puratanya sebanyak RM1bilion disuntik sebulan dakwa beliau dalam 13 bulan lalu.
Dengan mengambil kira kesan berganda kegiataan ekonomi akibatnya, mungkin ada kesannya sedikit terhadap pertumbuhan KDNK dalam sebuah ekonomi yang KDNKnya ialah anggaran RM700 bilion. Penulis boleh akui.
Namun pertumbuhan 4.9 peratus suku akhir 2009, tegasnya adalah akibat permintaan global yang semakin pulih dan kesemua negara-negara Asean seperti Indonesia, Vietnam dan Singapura mengalami pertumbuhan yang lebih baik dan rancak lagi. Ini tidak termasuk China dan India yang mengalami pertumbuhan yang lebih mantap.

Pun begitu, apakah dengan pertumbuhan 4.5 peratus dalam suku akhir 2009 lalu maka kerajaan BN di bawah Najib ini mampu berkokok seluruh kampung yang ekonomi telah ‘pulih’? Tambahan pula kalau seperti didakwa mereka bahawa ini adalah hasil suntikan pakej rangsangan kerajaan kerana kaedah rangsangan adalah kaedah ‘pump-priming’ atau ‘mengepam’ ekonomi. Ia adalah tidak mapan, tidak lestari atau ‘sustainable’ dan bersifat jangka pendek.

Tidak ada yang boleh di sorak atau diberikan tepukan gemuruh akibat ‘kejayaan’ pertumbuhan ini! Pemulihan sebenar ekonomi perlu menggarap beberapa persoalan asas yang bersifat fundamental dan struktural yang telah mengakibat ekonomi negara, seperti diakui oleh Menteri Kewangan kedua-2 sebagai mengalami satu dekad ‘kebekuan’ atau ‘stagnation’.

Paling asas adalah menangani persoalan struktural yang telah terperangkap dalam satu model ekonomi berpendapatan rendah, berprestasi rendah di segi nilai tambah yang rendah dan produktiviti yang juga rendah. Bagaimanakah kerajaan mampu menjana ekonomi berpendapatan tinggi yang memilikki kegiatan ekonomi bernilai tambah tinggi sekaligus menghasilkan produktiviti yang tinggi?

Itu adalah model ekonomi yang dihajati negara untuk keluar dari perangkap modal lama. Ia tentunya perlu menggarap kegiatan bidang selain dari ekonomi seperti pendidikan dan latihan yang menghasilkan warga kerja dan buruh berkemahiran tinggi (supply-side economics) bersekali dengan mencapai pertumbuhan mapan dan lebihan bajet yang mampu dilaburkan bagi memacu pertumbuhan seterusnya.

Pemulihan ekonomi secara jangka-panjang dan mapan adalah jawapan kepada permasalahan ekonomi negara. Pastinya ‘pemulihan’ atau ‘recovery’ tidak hanya sekadar merujuk kepada perbandingan angka pertumbuhan dalam dua suku. Itu ‘pulih’ secara ‘teknikal’ sahaja.

Tambahan kalau ekonomi masih di belenggu dengan segala kegiatan yang tidak menghasilkan dayasaing atau ‘competitiveness’ dengan polisi yang mengutamakan kroni, perlindungan industri yang tidak berdaya maju, monopoli, pemberian subsidi pada sasaran yang salah, pengurusan timpang yang tiris dan bocor yang sarat dengan amalan rasuah.

Kedua, kenaikan lebihan dagangan luar (external trade surplus) pada tahun 2009 sebanyak RM118.35 bilion tidak diikuti dengan peningkatan sejajar simpanan asing (foreign reserve). Simpanan asing pada tahun 2009 menokok hanya USD5 bilion pada jumlah USD96.7 bilion pada tahun Dis 2009 dari USD91.5 bilion pada tahun Dis 2008.

Pakar-pakar ekonomi amat runsing dengan ketidaksejajaran atau kesenjangan ini yang sekaligus memaparkan bahawa di sana terdapat aliran keluar dana lebih banyak dari kemasukan dana ke dalam negara. Bank Negara Malaysia juga turut runsing dengan fenomena ini yang sekaligus mengisyaratkan ‘kehilangan keyakinan’ pelabur terhadap ekonomi negara.

Dengan ekonomi yang telah sekian lama dipacu oleh perbelajaan kerajaan atau faktor “G” dalam formula KDNK yakni KDNK= C + G + I + (X-M), di mana C- adalah Perbelanjaan (awam), G – perbelanjaan kerajaan, I – pelaburan swasta (luar dan dalam) dan (X-M) atau (Ekpsot – Impot), ia telah mengakibatkan defisit belanjawaan selama 13 tahun dan ke paras 7.4 peratus bahkan ada yang menyebutkan sebagai 8peratus tahun 2009.

Justeru itu kerajaan tidak lagi mampu melakukan ‘pengepaman’ atau ‘pump-priming’ dalam menjana pertumbuhan. Hutang kerajaan Persekutuan tahun 2009 adalah ke tahap RM362,520bilion atau bersamaan 55.2 peratus KDNK, berbanding RM306,437 bilion pada 2008. Faktor “G” tidak lagi mampu digunakan untuk menjana pertumbuhan KDNK.

“I” seperti dalam KDNK ialah pelaburan swasta samada dari sumber luar atau asing dan tempatan. Sumbangan pelaburan swasta di negara kini hanya pada paras 10peratus berbanding lebih dari 30peratus dalam tahun 90an. Hakikat ini mesti diakui oleh kerajaan BN sekarang ini.

Kehilangan dayasaing negara telah meletakkan negara bukan sahaja gagal mengamit pelaburan asing langsung (FDI) bahkan sebaliknya mengalami aliran keluar dana tempatan sebanyak RM9.14 bilion pada tahun 2007, RM26 bilion pada tahun 2008 dan RM14.6 bilion untuk 9 bulan dalam tahun 2009.

Fenomena pengaliran keluar dana tidak boleh lagi dihujjahkan sebagai pelabur tempatan mahu menyambut seruan menjadi pelabur global. Ketika kerajaan tidak lagi mampu memacu pertumbuhan dengan “G” kerana melebarkan defisit, maka “I” diperlukan. Namun “I” tidak mampu memacu pertumbuhan kerana pelaburan swasta tidak dapat dijana.

Kelembapannya akan menjejaskan penjanaan kerja, pelaburan dalam kegiatan ekonomi bernilai tinggi untuk merancakkan pencapaian ke arah ekonomi berpendapatan tinggi dan akhirnya pertumbuhan yang mapan.

Sementara itu model ekonomi negara yang bergantung kepada pendapatan sumber minyak dan gas sudah tidak lagi wajar dan tidak mapan (sustainable) kerana telah ke paras 45 peratus dari seluruh pendapatan negara.

Akhir sekali, andainya inflasi terus meningkat kerana antara lainya, kenaikan cukai, seumpama kesan GST, penarikan subsidi seumpama bahan bakar, kenaikan tarif utiliti seperti elektrik, maka rakyat akan terus kehilangan kuasa membeli. Dengan itu peningkatan ‘C’ atau perbelanjaan akan turut terjejas.
Kesan ini akan menjejas ‘demand side’ atau permintaan. Sedikit sebanyak faktor ‘C’ atau perbelanjaan inilah, yang telah membantu peningkatan pertumbuan dalam suku akhir 2009. Namun sayugia dingatkan bahawa ‘gaji sebenar’ atau ‘real wages’ buruh atau ‘labour’ di negara ini hanya mengalami peningkatan sebanyak 2.6peratus mengikut Bank Dunia dalam 1994-2007. Dengan kata lain faktor ‘C’, akibat dari ‘gaji sebenar’ dan gaji ‘boleh berbelanja’ (disposable income) yang tidak meningkat, akan mengekang pertumbuhan yang lebih rancak.

Kita beraleh kepada faktor (X-M) atau Ekspot tolak Impot. Lebihan dagangan telah penulis sebutkan di atas. Sememangnya kita adalah sebuah negara yang bergantung kepada ekspot. Itu tidak salah. Dan inilah juga yang memacu pertumbuhan dalam suku akhir tahun lalu ini secara signifikan. Tetapi sebaliknya pula, selama manakah produk-produk negara boleh terus berdayasaing, kalau kita terperangkap dengan nilai-tambah yang rendah dengan pelaburan swasta (I) serta ekonomi domestik mandom dan lembap?
Fikirkan. Mampukah kita melonjakkan dayasaing negara atau ‘competitiveness’ dalam mendepani persaingan global yang semakin sengit dan getir?

Kesemua penghujjahan dan senario ini membuktikan bahawa ekonomi negara belum pulih dalam erti yang sebenarnya. Sedarlah wahai semua! Kesedaran adalah titik bermula perubahan dan reformasi tulen.

ke arah mana pendidikan kita...?

Senario masakini dalam masyarakat - pemikiran, tingkahlaku, budaya hidup, sosial dan seumpamanya adalah hasil daripada pendidikan yang telah dilalui dalam tempoh mereka membina "kematangan" hidup..

Pendidikan memainkan peranan penting dalam menjana, membentuk dan mengacuhidup agenda nasional, membina hala tuju negara yang berobjektif dan yang paling utamanya adalah untuk melahirkan warga negara yang punya jatidiri dan banggadiri sebagai anak bangsa...

Dan malangnya dalam sistem pendidikan kita, kita lebih gemar untuk melahirkan manusia robot, manusia materialistik dan manusia tanpa budaya.., dan lagi malang sistem pendidikan kita sebenarnya gagal memantapkan konsep kejatiandiri dan bangga diri sebagai warga negara... Kita lebih gemar untuk melahirkan "manusia mengikut harga pasaran" walaupun secara realitinya mutu kebersaingan produk yang terhasil dalam pendidikan kita semakin ditinggalkan oleh warga Asean lainnya hatta oleh rakan2 mereka di Vietnam...

Ke arah mana kita ingin membawa warga kita, generasi masa depan, corak pembawaan yang bagaimana yang harus dibawa.., mudah2an pendidikan kita akan menemui jatidirinya kerana kita sebenarnya semakin lama semakin hanyut..

Tuesday, February 23, 2010

..bila murid xpandai....

Yang peningnya bila menjadi cikgu apabila pihak pentadbir sentiasa mempersoalkan keupayaan dan kemahiran guru dalam membimbing dan mengajar.., seolah2 pihak pentadbir semacam mempunyai magical touch dalam mendidik dan mengubah murid dan mereka semacam "kehairanan" apabila gur2 tidak mempunyai sentuhan magical sebegitu...

Apabila murid2 gagal dalam matapelajaran dan subjek yang dikuti yang sering dipersalahkan adalah cikgu, "cikgu tak pandai mengajar lah nie..", "nie camnerlah cikgu mengajar...". "apa cikgu dah buat untuk menjadikan murid2 cikgu berubah"..., dan banyak lagi komen seolah2faktor kegagalan murid semuanya berpunca dari guru...

Dalam keadaan sekolah yang semacam terdesak menjaga peratusan kecemerlangan, kelulusan, cikgu2 semacam ditekan, dipaksa dan "di preasure"... dan inilah yang menyebabkan kerjaya sebagai guru sekarang sudah kehilangan nilainya, keseronokan dalam mengajar kerana apa yang dipentingkan adalah kejayaan melahirkan manusia robot yang boleh menghafal dan mengingat..

Guru harus diberi ruang kebebasan dalam mendidik, menggunakan apa jua cara dan bukannya sekadar diingatkan agar sentiasa mengikiti sukatan yang disediakan.., apabila murid tahun 5 keupayaan mathematicsnya adalah sama dengan murid tahun 3, maka apa jenis sukatan yang harus digunapakai...

Monday, February 22, 2010

..tempat baru, budaya baru..

Selamat tinggal bumi sarawak, selamat tinggal belaga.., selama 3 tahun berada di sana, dengan pelbagai suka duka, kenangan pahit manis yang pastinya semuanya itu akan menjadi kenangan terindah dalam hidup...

Tempat baru, sekolah baru.., emm, masih dalam proses untuk menyesuaikan diri, mengenal budaya politik dan permainan tempat kerja.. Cuma di sini jumlah murid tidak seramai dengan murid di sana, begitu juga dengan jumlah guru, saiz sekolah juga agak kecil dan terasa sedikit sesak.., pun begitu yang bagusnya sekolah baru terletak dalam area bandar..., mudah senang tetapi prestasi murid rasanya lebih kurang sama dengan prestasi pelajar dalam kejauhan hutan belaga...

Ada pelbagai perkara yang bermain di fikiran, ada antaranya adalah untuk melanjutkan semula pengajian peringkat masters, membeli rumah dan yang paling kerap terfikir adalah timbul rasa "bored". kaku dan terkurung dengan apa yang ada - terasa statik dengan kerjaya keguruan sekolah rendah ini..., rasanya tak lama kot nak jadi cikgu.., terlalu banyak "penindasan". "sekatan" dan "ketidakbebasan".., Insya Allah.. dalam 5 tahun nie, cita2 nak berniaga dan menjalankan perniagaan yang berdaya maju akan diberkati Allah...amen

Saturday, February 6, 2010

..tabik spring untuk Ku Li..

Langkah KuLi untuk turut sama mempertahankan hak royalti minyak mencerminkan betapa masih ada segelintir pihak di dalam umno yang berkir merentasi idealisme parti.. Tahniah untuk KuLI walaupun tindakannya itu akan menyebabkannya menjadi lebih tersisih daripada golongan politik umno "arus perdana"

Isu ini seharusnya dilihat melampau sempadan politik.., ianya bukan tentang PAS. ianya adalah isu kedaulatan negeri, hak negeri dan hak Kerajaan Negeri yang telah dipilih secara demokratik, yang telah menjadi pilihan selama 20 tahun untuk mentadbir Kelantan...., apabila pihak tertentu dalam umno semacam mempergunakan ini sebagai suatu bentuk cantasan politik bagi mengelakkan kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat Kelantan mendapat suatu sumber pendapatan baru, ianya mencerminkan tahap intelektual para pimpinan umno untuk melihat perkara ini secara lebih kritis, mendalam dan jauh ke hadapan...

Apabila Terengganu ditadbir oleh PAS, secara serta merta royalti minyak yang sebelum itu menjadi sumber pendapatan negeri, telah dijadikan wang ehsan. Semuanya itu adalah untuk membolehkan umno Terengganu tetap bernafas dalam lautan wang dan menjadikan ianya sebagai senjata politik untuk memancing undi masyarakat Terengganu.. dan apabila Terengganu ditadbir kembali oleh umno..entah kenapa hak itu dikembalikan semula kepada kerajaan negeri...jika selama ini hak sedemikian dinafikan..

Amatlah malang apabila melayu menindas sesama melayu, amatlah malang apabila orang Islam menindas saudara seagamanya.., apalah ertinya laungan penyatuan melayu dan Islam jika umno lebih berminat untuk bermain sentimen dan bukannya berminat untuk membentuk sebuah masyarakat yang menghayati keindahan budi pekerti tamadun melayu dan mendaulatkan keadilan Islam...

..hati rintih melihat nasib ummah yang tertindas di bumi sendiri...

..kembalikan hak kepada rakyat..

Hari Selasa nanti adalah detik penentuan terhadap drama panjang peristiwa perebutan kuasa di Perak antara BN dan Pakatan Rakyat.., walau apapun keputusan mahkamah nanti.., prinsip utama dalam demokrasi raja berpelembagaan adalah menjadi kuasa rakyat untuk memilih parti mana yang harus memerintah mereka.....

Biarlah kerajaan yang terbentuk di Perak adalah kerajaan yang diyakini terbentuk atas pilihan suara hati majoriti rakyat Perak dan bukannya ditentukan oleh "pak katak" mahupun "mak katak"..., baik BN mahupun Pakatan Rakyat.., perbuatan melompat parti adalah tindakan yang tidak bermoral dan mengkhianati undi yang telah diberikan dalam pilihanraya..., sudah masanya untuk kita memperkenalkan undang2 anti-melompat parti dan mendenda hukuman yang berat terhadap mana2 wakil rakyat yang telah "memperkosa" kepercayaan yang telah diberikan kepada rakyat dan juga mengenakan denda maksimun terhadap wakil2 rakyat dan parti yang mereka wakili andaikata "sengaja" meletakkan jawatan kecualilah atas sebab kesihatan...

Moga akan hadir perubahan yang bermakna di Perak

Thursday, January 21, 2010

menangani secara intelek dan berhemah..

..entah apa ributnyer sehingga ada pihak sengaja mencetuskan kejadian serangan ke atas rumah2 ibadah, bermula serangan ke atas gereja, kuil dan yang terbaru adalah surau di johor.., nampaknya ada "mamat2 nakal" yang sengaja cuba mencetuskan api perkauman dan perbalahan agama di negara yang aman ini.., apa masalah kumpulan mamat2 nakal ini.., apa faedah mereka? apa keuntungan?...

Moga2 pihak polis negara kita dapat menghumban mana2 mana2 "mamat2 nakal" ini ke lubang penjara.., itulah tempat terbaik untuk mereka yang sengaja mengapi2kan sentimen perkauman dan pergaduhan agama...

Isu sentimentasi penggunaan nama Allah lebih kepada sentimentasi politik.., inilah pandangan peribadi saya.., mengapa kita - sebuah negara yang bermajoritikan Islam, diiktiraf pula Islam sebagai agama rasmi, mempunyai menteri2 dan politician yang beragama Islam semacam dilanda fobia ketakutan tanpa asas terhadap isu nama Allah... Mengapa kita sentiasa meletakkan diri kita, bangsa dan agama kita sebagai mangsa mudah.., seolah2 ada kita ini seumpama ayam yang akan menjadi makanan musang....

Kita seharusnya lebih malu, malu dengan apa yang telah kita lakukan selama ini, kerana selama ini kita hanya berjaya "melunturkan akidah" dan menyebarluas virus keruntuhan akhlak di kalangan pelbagai lapisan masyarakat..., gejala zina, sumbangmahram, rogol, bersekedudukan, penagihan dadah, dilalaikan dengan pelbagai jenis hiburan2, pesta2... adakah yang melakukan itu semua adalah pihak bukan Islam ataupun kita orang Islam yang sebenarnya bertanggungjawab....

Sudah masanya we work the talk.., menjalankan aktiviti pemerkasaan akidah dan menggalakkan budaya berforum dan bertukar pandangan bagi menangani jurang perbezaan...

Friday, January 8, 2010

..apabila nama ALLAH dipolitikkan

Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk sewenang2 menyerang dan membakar rumah ibadat agama lain, juga tidak mengajar umatnya untuk sengaja memperendah-rendahkan agama lain..apa yang jelas, apabila emosi dan sentimen disemarakkan tanpa intelektual dan kefahaman maka ianya akan menjadi suatu mekanisme yang amat2 berbahaya dalam mencetuskan suasana huru-hara dan kekacauan...

Apa masalah pihak tertentu yang cukup berang untuk tidak membenarkan nama Allah dalam penerbitan Herald.., entahlah, apa yang jelas, tujuan penggunaan nama Allah itu adalah merujuk kepada Tuhan, Tuhan Yang Maha Kuasa, Yang Maha Pengasih yang disayangi oleh manusia yang beragama...

sebagai orang Islam, saya amat kecewa apabila isu ini dipolitikkan, seolah2 ini adalah jihad yang maha besar bagi orang Islam khususnya mereka yang mendakwa sebagai pejuang melayu sedangkan hakikatnya Allah hanya dijadikan simbol bukannya tujuan, dijadikan alat dan bukannya panduan..., seharusnya pihak yang mendakwa mereka sebagai pejuang bangsa dan melayu ini merasa malu kerana merekalah yang bertanggungjawab menjadikan umat Islam negara ini dihimpit dengan pelbagai masalah sosial dan keruntuhan akhlak...

Orang-orang yang berpindidikan agama seharusnya menangani isu ini dengan lebih bijak berasaskan nas, Al-Quran dan bukannya menyemarakkan lagi api assabiyah..

Moga2 pihak yang mendalangi serangan ke atas gereja dan mendalangi api perkauman di negara ini akan menerima kekalahan teruk dalam pilihanraya umum yang akan datang..Malaysia tidak memerlukan politician dogol yang rendah inteletualitinyer..


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger