syukur kerana isteri telah selamat melahirkan bayi yang comel yang kami namakan Umar Mujaddid..pada 4 september yang lepas.. alhamdulillah kerana dapat merayakan aidilfitri tahun ini bersama ahli keluarga yang baru...
moga2 kita semua dikurniakan kebahagiaan dalam hidup dan ketetapan hati untuk terus berada dalam jalan agamaNYA...
Salam aidilfiti..
Friday, September 18, 2009
..alhamdulillah...
Labels: kehidupan
Posted by Young United at 9:24 PM 0 comments
Thursday, September 3, 2009
..ramadhan dan kemerdekaan...
Tahun ini kita meraikan kemerdekaan dalam sambutan ramadhan.. pada ketika kita sedia maklum tentang proses kemerdekaan negara, amatlah wajar untuk kita membawa makna serta perspektif kemerdekaan itu dalam bentuk kemerdekaan diri sebagai seorang hamba Allah..
Kemuliaan Islam terletak pada ketauhidan kepada Yang Maha Esa yang juga membawa makna bahawa sesungguhnya setiap orang itu adalah insan merdeka dan tidak menjadi hamba kepada mana2 orang yang lain kecuali hanya kepada Tuhan. Baik lelaki mahupun perempuan semuanya diraikan hak yang sewajarnya dan kebebasan sebagai seorang insan.
Pun begitu pada ketika Islam meraikan kebebasan dan hak, Islam juga mengajar ummahnya dengan tanggungjawab sebagai seorang islam - bahawa setiap orang harus bertanggungjawab dengan apa yang dia lakukan dan tidak melakukan kezaliman terhadap orang lain apabila menikmati haknya.. contohnya kita bebas mendengar muzik tetapi apabila bunyi muzik yang kita dengari itu terlalu melampau sehingga mengganggu tetangga yang lain maka adalah tanggungjawab kita memastikan bunyi muzik itu sekadar untuk pendengaran kita sahaja..Berbeza dengan mana2 agama lain di dunia ini, Islam juga menggariskan dengan jelas tentang keadilan dan hak terhadap penganut bukan Islam..
kita meraikan kemerdekaan sebagai insan yang merdeka - insan yang bebas daripada pelakuan mungkar, kefahaman sempit, hidup yang tidak terarah, dikuasai hawa nafsu kepada insan yang bertanggungjawab, yang mengerti bahawa kehidupan ini ada tujuannya dan kehidupan ini adalah untuk kita menanam amal dan budi pekerti yang baik..
Memetik kisah peperangan antara tentera Islam dan Rom semasa penaklukan Mesir oleh tentera Islam pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, wakil tentera Rom yang tinggal di kem tentera Islam semasa pengepungan Benteng Babylon di kota Memphis melaporkan "Kami telah melihat satu kaum yang cintakan mati. Sifat ramah mereka mengatasi keangkuhan mereka. Mereka duduk bersila di atas tanah dan pihak atasan tidak berbeza dengan golongan bawahan dalam pergaulan. Tidak ada perbezaan antara golongan mulia dan hina, begitu juga tuan dan hamba sahaya di kalangan mereka. Apabila tiba masa untuk menyembah Tuhan, tidak ada seorang pun yang mengabaikannya"
Moga2 kita semua menjadi insan yang merdeka daripada kelakuan dan sifat yang baik menjadi orang yang berakhlak dan berperilaku mulia
Posted by Young United at 10:28 AM 0 comments
Tuesday, September 1, 2009
..bersederhana dalam perbezaan sentimen..
sebagai orang yang tergolong dalam generasi muda dan pengundi muda, saya melihat betapa bahlulnya sesetengah orang kerana masih lagi sanggup bergaduh, berdarah, caci memaki kerana warna parti yang mereka wakili..
ketika zaman telah berubah, cara berfikiran yang baru yang mulai meresap masuk khususnya di kalangan generasi muda yang berpendidikan, pemain2 politik dan ahli2 parti masih lagi dengan kejumudan kepartian - hal ini saya tujukan untuk semua parti yang ada - samada mereka ini biru, hijau, biru muda, kuning, merah atau seumpamanya..
generasi muda sebenarnya lebih melihat kepada fakta, isu dan bukannya emosi semata2.., kita juga kritikal apa yang telah dilakukan dalam time frame - samada telah berpuluh2 tahun tapi belum selesai atau sudah setahun dua tapi tetap dipinggirkan..
kepada pimpinan politik, mereka harus beranjak daripada pemikiran politik cara lama kepada pendekatan yang lebih terbuka - lebih banyak untuk saling menerima dan mendengar, bukannya untuk saling mendakwa "akulah yang betul, dasar inilah yang tepat" atau seumpamanya..
permainan politik yang hanya mengapi2kan kesempitan perkauman seharusnya ditolak.. kita sebenarnya tertanya2 adakah melayu benar2 terancam di negara ini atau kepimpinan politik melayu yang mula merasai bahang perubahan mentaliti yang tidak lagi suka "dipermainkan" bak lembu yang ditarik hidung.. Begitu juga sentimentasi politik berasaskan perkauman yang seringkali menuntut pelbagai jenis hak, jawatan dan keistimewaan sedangkan apa yang seharusnya diutamakan adalah mendahulukan mereka yang berkelayakan berbanding atas dasar kuota atau seumpamanya...
amatlah malang jika 52 tahun kita merdeka kita masih lagi meraung2 tentang perkara fundamental yang seharusnya telah dapat diatasi..adakah ini bermakna wujudnya fundamental error dalam implementasi yang telah kita lakukan selama 52 tahun sehingga kita masih lagi berdepan dengan isu2 yang sama yang belum lagi selesai?
Moga2 akan berlaku perubahan mentaliti besar dalam masyarakat kita dan moga2 dinding2 kejumudan serta ketaksuban terhadap parti akan berjaya dirobohkan..
Labels: politik
Posted by Young United at 3:53 AM 0 comments
