kadangkala saya terasa amat pelik dengan cara pemberitaan betapa beraninya golongan syiah melawan Amerika dan Israel - Murtazda al-sadr di iraq, Hizbullah di Labenon dan kepimpinan negara Iran dalam melawan arus terhadap desakan antarabangsa..
bagaimanapun sejarah tidak akan lupa betapa dalam apa jua pertarungan membela ummah, golongan syiah lebih kepada golongan opportunist berbanding pembela, manakala sunni bermandi darah dan air mata dalam membela ummah..
ketika Iran kelihatan begitu kritikal terhadap Amerika, golongan syiah yang menguasai Iran melakukan pelbagai ketidakadilan terhadap masyarakat sunni Iran.., malahan orang islam sunni mendapat layanan yang jauh kebelakang berbanding layanan yang baik terhadap penganut kristian, yahudi mahupun majusi..
pada ketika Hizbullah kelihatan begitu berani melawan Israel, kita juga kehairan kenapa roket2 Hizbullah lebih banyak memakan korban orang arab yang berada di Israel berbanding masyarakat yahudi dan tentera yahudi sendiri.., malahan serangan balas tentera Israel pula lebih banyak memakan korban di kawasan golongan Islam sunni..
pada ketika tentera al-mehdi kelihatan amat berani melawan kebiadapan tentera Amerika di Iraq, kita juga tidak melupai betapa golongan syiah di Iraq ketika ini mendapat layanan istimewa dan "disara" oleh Amerika serta bagaimana sunni di Iraq ketika ini bukan sahaja berdepan kezaliman Amerika Syarikat tetapi juga kezaliman syiah..
Pada ketika kita menyokong langkah yang diambil oleh syiah dalam berdepan dengan apa yang dilihat sebagai "pertentangan" terhadap kerakusan Barat, kita juga mengkritik tindakan yang diambil oleh golongan syiah terhadap sunni..
Monday, August 31, 2009
..berhati2 dengan sentimen syiah..
Posted by Young United at 10:15 PM 0 comments
Persoalan kuil Seksyen 19 dan tindakan Pewaris
dari laman the malaysian insider
OGOS 30 — (Artikel ini diterbitkan pertama kali pada Jan 10, 2009)
Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan “signature” BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan “lain-lain”. Di antara yang “lain-lain” itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.
Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.
Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian.
Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.
Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut.
Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina “gelanggang silat” di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!
Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia “mewakili rakyat” dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama “Pewaris” kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.
Saya menyatakan “wakil rakyat” di sini adalah saya, bukan dia (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang “berhoneymoon” selama 50 tahun adalah BN!
Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju.
Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”!
Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.
Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.Saya menambah lagi, “kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel”.
Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT.
Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.
Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.
Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia!
WalLahu ‘Alam. — khalidsamad.com
* Artikel ini diterbitkan pertama kali pada Jan 10, 2009
Labels: politik
Posted by Young United at 12:21 AM 0 comments
..kemerdekan 52 tahun..
alhamdulillah kerana tahun ini kita meraikan sambutan kemerdekaan dalam mood ramadhan.., sekurang2 keghairahan sambutan dengan secara berpesta hiburan hingga ke pagi tidak lagi berlaku secara keterlalun..
kadangkala saya terfikir..pada ketika kita menyeru golongan muda agar menghayati makna kemerdekaan, kita menyogok mereka dengan pelbagai dadah2 berbentuk hiburan dan pesta2 sambutan yang melekakan..,
52 tahun merdeka adalah suatu masa yang lama, sudah seharusnya kita menjadi matang tetapi malangnya selama 52 tahun ini juga pelbagai masalah yang melibatkan perpaduan, pemerkasaan undang2, pemisahan kuasa politik dan pentadbiran awam, kemiskinan dan dana2 bantuan masih lagi menjadi hambatan...
selepas kalah dalam perang dunia ke-2, jepun mengambil masa kurang 30 tahun untuk membina semula negaranya menjadi negara maju dan begitu juga dengan jerman yang hancur akibat kerakusan Hitler untuk berperang dengan semua orang - turut mengambil masa kurang 30 tahun untuk kembali menjadi kuasa ekonomi utama...
sama2 kita fikirkan untuk membina semula negara kita agar 52 tahun akan datang, kita tidak lagi berdepan dengan hambatan2 dan kesempitan pemikiran....
Labels: kehidupan
Posted by Young United at 12:05 AM 0 comments
Sunday, August 30, 2009
...geng kepala lembu...
Entah mengapa.., polis yang selama ini begitu cekap mengawal pelbagai perarakan mega yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat tiba2 menjadi kaku apabila berdepan dengan 50 orang lembu yang mendakwa melakukan perarakan tersebut atas nama melayu dan Islam...
apa yang menyebabkan kejadian yang tidak seharusnya terjadi itu seolah2 semacam mempunyai lesen besar untuk melakukan perkara yang seumpama itu sedangkan apa yang mereka lakukan itu secara jelas menggambarkan betapa jahilnya mereka dalam memahami semangat toleransi Islam..
Labels: islam
Posted by Young United at 11:54 PM 0 comments
Thursday, August 27, 2009
Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.
emel asal oleh :
shyda
NOR SHAHIDA BINTI SAIDON
PPTM(M)SS9
Emel : shahida.saidon@jpa.gov.my
Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka.
Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi.
Marilah kita sama2 fikirkan.Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.Haaa, siapa minat menari poco-poco? Pernah menari poco? Saya dulu pernah gak sekali menari poco-poco, sebab kena paksa ngan boss untuk ikut sama menari dalam satu majlis yang dianjurkan oleh syarikat.
http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-tarian-poco-poco.html#more-1233
Labels: islam
Posted by Young United at 9:30 AM 0 comments
..negara kita milik pendatang asing..
di mana2 sahaja di ceruk muka bumi malaysia, akan ada pendatang asing yang menghuni.. kadangkala kehadiran mereka dalam jumlah yang sebegitu ramai menimbulkan suatu rasa gusar dengan gelagat, tingkahlaku dan kelakuan yang majoritinya amat tidak menghormati budaya masyarakat tempatan..
entah apa masalahnya hingga kita membiarkan negara kita begitu bergantung harap kepada keperluan tenaga kerja asing.., seharusnya kerajaan mengambil langkah yang tegas tanpa kompromi dalam mengenakan pelbagai sekatan dan kadar levi mahupun cukai kepada mana2 majikan yang sebenarnya yang menjadi dalang dalam mewujudkan gelodak gejala sosial yang ditimbulkan oleh kelakuan luar norma pekerja2 asing..
Masalah kita di malaysia adalah kerana harga barangan keperluan kita relatifnya terlalu mahal berbanding dengan kadar upah yang diterima. Lantaran itulah rakyat malaysia tidak sanggup melakukan kerja pemerahan keringat oleh para majikan di negara ini dengan kadar upah yang amat rendah.., kerja 12 jam untuk kadar upah bawah RM 300 sebulan. Pekerja asing sanggup menerima kerja2 sebegitu kerana secara amnya keperluan mereka dikongsi secara "berjemaah" - tinggal sebilik yang kecil secara beramai2, makan apa yang patut, kalau ada peluang, mereka akan rembat mana2 ayam itik orang mahupun kucing untuk dijadikan hidangan, rumah tumpangan di tapak2 pembinaan, tanah2 haram, penyambungan elektrik mahupun air secara haram...lantaran budaya "pencuri" itulah mereka dapat hidup walaupun dengan upah yang rendah..
Moga DS Najib dapat memperkenalkan langkah yang lebih kontruktif bagi memastikan majikan2 di negara kita supaya berfikir 100 kali sebelum mengambil tenaga buruh asing
Labels: kehidupan
Posted by Young United at 9:18 AM 0 comments
Wednesday, August 26, 2009
Kaji kesan terapi wuduk untuk tangani H1N1
oleh: Mat Zain Mat Isa Wed Aug 26, 09 2:52:46 pm MYT
dari harakahdaily
Sebagai umat Islam, kita diajar bahawa solat itu tiang agama. Dalam penghuraian lebih panjang, para ulama dan tok-tok guru menyebutkan bahawa sebagai tiang, maka sesiapa mendirikan solat bererti dia mendirikan agama. Sebaliknya, jika ia meninggalkan solat seolah-olah dia meruntuhkan agamanya.
Huraian itu sebenarnya bersandarkan sebuah hadis Nabi Besar Muhammad s.a.w. Ia dipetik sebahagian besar ulama dan diletakkan sebagai hujah paling kuat memastikan solat dikerjakan umat Islam.
Kita juga sering dibacakan petikan ayat-ayat al-Quran yang memperihalkan kelebihan-kelebihan lain dari ibadat solat. Antaranya yang paling masyhur ialah janji Allah di dalam al-Quran bahawa solat itu mampu mencegah perbuatan yang keji dan mungkar (baca Surah al-Ankabut 29:45).
Malangnya, tidak semua yang mengamalkan ibadat rukun Islam itu berupaya mendapat hasil seperti disebutkan. Sebegitu ramai yang bersolat, tetapi dalam kehidupan seharian mereka gagal mempamerkan tindakan sebagai seorang yang bebas dari melakukan kekejian dan kemungkaran.
Begitu juga dengan janji Allah menerusi firmanNya yang mengaitkan zikrullah sebagai terapi menenang dan mententeramkan hati (baca Surah ar-Ra�d 13:28). Sekali lagi, di antara ibadat yang disarati zikrullah adalah solat. Maka secara logiknya, seseorang yang menyempurnakan solatnya akan memperolehi suatu tahap ketenangan hati.
Malang lagi, kita tidak perlu bersusah-payah membuktikan hakikat betapa sebegitu ramai umat Islam yang bersolat tetapi tidak menzahirkan tindakan atau amalan hidup sebagai seorang yang tenang dan tenteram hatinya.
Kita berhak mempersoalkan di mana silapnya. Namun ia tidak sepatutnya melarat kepada mempersoalkan kebenaran janji-janji Allah tadi. Maha Suci Dia dari segala kelemahan dan Dia juga Maha Menepati janjiNya.
Cuma, dalam dunia sains dan teknologi kini, hampir segala dakwaan tentang kebaikan sesuatu menuntut pembuktian secara saintifik atau berfakta. Maka mungkin wajar ada pihak melakukan kajian terperinci dan menyeluruh tentang kesan positif solat terhadap tabiat dan perlakuan umat Islam.
Alhamdulillah, setakat ini sudah ada pengkaji menemui bukti kukuh secara saintifik bahawa amalan solat dapat menjadi terapi menyembuhkan penyakit yang dihidapi seseorang.
Akhbar harian pada 6 Ogos lalu memuatkan laporan mengenai penemuan saintifik bahawa masalah mati pucuk yang menghantui 40 peratus lelaki dunia berusia 40 tahun ke atas boleh diatasi dengan menunaikan solat.
Khabar yang membanggakan umat Islam itu dibuktikan melalui kajian saintifik seorang pakar kejuruteraan bioperubatan Universiti Malaya (UM), Professor Madya Dr Fatimah Ibrahim. Menurutnya, selepas sebulan menjalani terapi solat yang diperkenalkan olehnya, dua lelaki menghidap masalah mati pucuk berjaya menunjukkan perkembangan positif.
Katanya, melalui terapi itu seseorang lelaki yang memiliki masalah berkenaan perlu menunaikan solat sebanyak 12 rakaat secara berterusan dalam masa setengah jam sebanyak tiga kali seminggu. Mengambil kira gabungan amalan solat-solat fardhu dan sunat yang disyariatkan Islam, keperluan itu tidak sukar dipenuhi.
"Sebagai contoh seorang pesakit boleh menunaikan solat sunat empat rakaat sebelum dan selepas menunaikan solat Zohor untuk tujuan terapi itu,"jelasnya.
Difahamkan kajian itu adalah sebahagian daripada projek penyelidikan saintifik universiti berkenaan mengenai kesan biologikal solat kepada tubuh badan manusia. Antara kajian lain di bawah projek itu adalah kesan positif solat kepada ketenangan minda, kesihatan jantung dan masalah sakit pinggang.
Terapi solat, sembuh penyakit
Kajian tersebut telah mengesahkan bahawa setiap pergerakan dalam solat merangsang otot lantai pelvik.
Memang pakar perubatan mencadangkan lelaki mati pucuk melakukan senaman otot lantai pelvik, tetapi dengan bersolat otot berkenaan dapat diregangkan secara automatik, akui Dr Fatimah lagi.
Menurutnya, dua pesakit yang dimaksudkan telah berjaya mengurangkan tahap mati pucuk selepas menjalani terapi solat selama sebulan dengan menunjukkan sedikit reaksi ketegangan zakar.
Tidak syak lagi penemuan saintifik ini adalah sesuatu yang membanggakan umat Islam. Tepat sepertimana disebutkan Dr Fatimah, "ini menunjukkan solat bukan sahaja ibadah wajib tetapi merawat fizikal dan minda".
Kini terhidang di hadapan kita satu lagi kejadian yang sepatutnya mendorong para pengkaji menggali kesan-kesan positif satu lagi ibadat Islam, iaitu wuduk. Sebegitu banyak hadis dan ayat al-Quran menyuruh kita mengambil wuduk. Matlamat utama perbuatan itu ialah untuk menyucikan diri, sama ada dari kekotoran lahiriah mahu pun batiniah.
Sebegitu banyak juga hadis Rasulullah s.a.w. menerangkan fadhilat atau kelebihan wuduk. Antaranya disebutkan tentang cahaya dari muka orang yang berwuduk itu akan menerangi hidupnya di alam barzakh. Titisan air wuduk dari anggota yang dibasuh pula dikaitkan dengan penyucian dosa.
Wuduk juga dikaitkan dengan amalan yang mendorong kesihatan kepada pengamalnya. Apatah lagi ia merupakan salah satu di antara perbuatan bersuci dalam Islam. Seseorang yang sering berwuduk akan memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan bersih, paling tidak pada anggota wajib wuduk, iaitu tangan, muka dan kakinya.
Sebab itu apabila dinilai syor badan kesihatan dunia dalam menangani penularan wabak selsema babi (H1N1) kini, beberapa langkah disebutkan itu tidak lari dari perbuatan utama dalam berwuduk. Antaranya ialah membasuh tangan, membersihkan mulut dan hidung.
Selain tiga pancaindera ini merupakan sebahagian daripada muka yang wajib dibasuh ketika berwuduk, Islam juga mensyariatkan membasuh tangan hingga ke siku. Disunatkan juga orang berwuduk itu berkumur-kumur dan melakukan istinsyak, yakni menyedut air ke hidung dan menghembuskannya kembali (untuk menyucikan rongga hidung), selain memulakan wuduk dengan membasuh pergelangan tangan.
Selain ketika berwuduk, Rasulullah s.a.w. turut mengesyorkan umat Islam (amalan sunat) membasuh tangan dan menyucikan rongga hidung sebelum melakukan apa-apa yang lain sebaik bangkit dari tidur. Ada hadis menyebutkan "kita tidak tahu ke mana tangan kita pergi semasa tidur", dan "hidung sebagai tempat tidur syaitan tatkala kamu tidur".
Kesan positif ajaran dan amal ibadat dalam Islam terhadap manusia memang sudah dijangkakan. Sebagai umat Islam kita diyakinkan menerusi sebegitu banyak firman Allah dan sabda Junjungan Muhammad s.a.w. yang menegaskan kelebihan dan manfaat setiap ibadat yang kita laksanakan.
Sememangnya bagi seorang yang benar imannya terhadap Allah, dia tidak memerlukan bukti kajian saintifik atas sesuatu ibadat atau amalan Islam sebelum melakukannya. Cukuplah ia diterima sebagai perintah Allah dan sabda Rasulullah s.a.w. yang mesti dipatuhi untuk mereka yakini bahawa kesemua perintah itu mengandungi segala macam hikmah dan manfaat yang tidak semestinya tergapai oleh pengkajian akal manusia.
Bagaimana pun, tidak salah bagi pakar perubatan dan ilmuan Islam kita mengambil kesempatan atas penularan wabak selsema babi kini untuk kita buktikan secara saintifik betapa amalan berwuduk yang diwajibkan Islam pada ketika tertentu dan disunatkan pada setiap masa itu sebenarnya terapi atau langkah preventif terbaik yang menepati ciri-ciri langkah pencegahan H1N1 disyorkan badan kesihatan dunia kini._
Posted by Young United at 11:10 PM 0 comments
..permatang pasir.., umno yg xpernah belajar...
ini adalah kekalahan ke-7 umno dalam siri perlawanan pilihanraya kecil selepas tsunami mac 2008.., adakah umno telah melakukan pencarian jiwanya atau jawapan pencarian jiwanya...?
kekadang saya tertanya2 kenapa umno begitu takut untuk berubah.., begitu takut untuk menjadi lebih baik dan masih tetap amat berani untuk terus mengulangi strategi zaman purba terutama dalam menghadapi PAS...
persoalan syurga neraka, dosa pahala, serangan pribadi kepada mursyidul am pas yang juga ikon yang amat dikagumi ramai, hukum Islam dan seumpamanya menjelaskan betapa bebalnya pasukan pemikir strategi umno dalam menghadapi politik alaf baru..
ditambah lagi dengan kegagalan umno dalam menampilkan calon yang bebas daripada perlu dipertahankan dari hari pertama penamaan calon.., prk permatang pasir kali ini umno lelah dalam mempertahankan calonnya sebelum hari pertarungan...
Realiti politik alaf baru memerlukan umno perlu belajar - belajar berlembut, belajar mengalah dan belajar untuk tidak terlalu mendominasi.., Insya Allah, jika ada keikhlasan yang tulus dari para pimpinan dan juga ahli, umno masih ada ruang.., jika masih lagi mengekalkan politik cara lama dalam alaf yang baru.., nasib umno mungkin akan parah.. moga umno berubah...
Labels: politik
Posted by Young United at 3:41 AM 0 comments
Sunday, August 23, 2009
Ancaman Akhbar Perkauman Kepada Perpaduan
Petikan dari mingguan malaysia 23 Ogos 2009
oleh Dr Mohd Ridhuan Tee
OGOS 23 — Politik perkauman di Malaysia, bukan sekadar dapat dilihat dengan kewujudan parti-parti politik berasaskan kaum, tetapi media massa turut sedemikian sifatnya, terutama media cetak seperti yang ditunjukkan oleh akhbar dan majalah Cina.
Mereka ini seolah-olah tidak boleh disentuh. Serangan dan kecaman akan dilakukan kepada mereka yang tidak sehaluan untuk mempertahankan tindakan mereka.
Inilah akibatnya apabila kita tidak menguatkuasakan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lebih malang lagi, kita tidak mengenakan sebarang syarat agar makalah perkauman tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Kesempatan ini dipergunakan dengan seluas-luasnya untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka. Akhirnya, mereka hidup dalam kepompong kiasu dan perkauman yang amat menebal. Menanamkan kebencian terhadap mereka yang difikirkan sebagai ancaman, seperti nasib yang menimpa saya.
Berita sebegini biasanya mendapat sambutan dan mudah dipercayai oleh pembaca mereka. Terbaru akhbar Nanyang Siang Pau memetik beberapa pendapat orang Cina antara lain mereka menyifatkan saudara Cina Islam cuba mendapat simpati orang Melayu dengan menonjolkan keislaman mereka.
Saya ingin menegaskan saudara Islam Cina tidak perlu berbuat demikian terhadap orang Melayu, kerana sifat agama Islam itu sendiri sudah mengajar orang Melayu untuk menerima sesiapa sahaja yang memeluk Islam, tanpa mengira apa latar belakang bangsanya.
Orang Melayu yang memahami Islam tidaklah seburuk yang disangka. Toleransi mereka amat tinggi. Jika mereka boleh menerima orang Cina yang berhijrah ke alam Melayu sebegitu ramai, sehingga menggugat kedudukan mereka sendiri selaku pribumi, adalah tidak mustahil untuk mereka menerima saudara baru Cina Muslim seperti kami. Cuma saya amat hairan, kenapa sehingga ke hari ini, amat sukar untuk orang Cina menerima Cina Muslim sebagai sebahagian daripada mereka?
Inilah sifat Melayu Islam yang amat saya puji. Mereka tidak seperti sesetengah pihak lain yang ultra kiasu. Saya tidak memerlukan simpati sesiapa untuk menulis sesuatu yang benar. Apatah lagi untuk dibayar oleh Umno seperti yang didakwa oleh akhbar Cina.
Kemuliaan seseorang ditentukan oleh iman dan takwanya, bukan bangsa dan warna kulit. Inilah kemuliaan agama Islam yang bersifat sejagat dan menentang sebarang tindakan perkauman. Dengan sebab itu, tidak sukar untuk orang Melayu menerima orang lain, berbanding dengan mereka yang hanya hidup dalam kepompong kiasu, terutama akhbar yang suka mengecam dan memburuk-burukkan orang lain.
Jika hujah atau fakta saya salah, mari kita perbetulkan bersama dengan hujah dan fakta yang ilmiah, bukannya mengecam dan menanamkan rasa kebencian. Tindakan sebegini adalah amat tidak profesional.
Sebelum saya pergi lebih jauh, izinkan saya menyelusuri sejarah akhbar perkauman ini serba sedikit. Sebenarnya bilangan akhbar harian Cina lebih banyak daripada akhbar harian berbahasa Melayu di bumi Melayu. Inilah nasib Melayu di bumi Melayu. Bahasa sendiri selaku bahasa kebangsaan ketinggalan di bumi sendiri.
Bahasa orang lain menguasai bidang persuratkhabaran dan media massa, sehingga bahasa kebangsaan dikesampingkan. Lebih malang lagi, rata–rata orang Melayu tidak boleh memahami berita dan laporan akhbar perkauman tersebut. Manakala, akhbar Melayu boleh dikatakan langsung tidak dibaca oleh bukan Melayu.
Jika ditinjau daripada dahulu, laporan akhbar-akhbar ini tidak pernah berubah. Laporannya bersifat perkauman dan kiasu. Sentimen ini selalu dimainkan untuk meraihkan sokongan rakan sebangsa mereka. Dengan cara ini juga, akhbar ini dapat bertahan lama dan meraih keuntungan. Pemikiran mereka tidak pernah berubah, terutama dalam isu-isu ketidakpuasan terhadap dasar-dasar kerajaan yang lebih memihak kepada orang Melayu seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan.
Inilah budaya popular yang selalu digunakan untuk menaikkan semangat dan sentimen orang Cina. Fakta ini pernah diakui oleh Penasihat Parti Gerakan, Lim Keng Yaik yang mengatakan akhbar di Malaysia hanya memperjuangkan satu-satu bangsa sahaja. Akhbar Cina dengan sentimen kecinaannya, manakala akhbar Melayu dengan sentimen kemelayuannya. Stail pemberitaan sebegini kata Keng Yaik amat sukar untuk mewujudkan bangsa Malaysia.
Persoalan saya, bolehkah diwujudkan bangsa Malaysia, jika akhbar bahasa lain yang lebih mendominasi akhbar bahasa kebangsaan? Akhbar bahasa Melayu boleh dikatakan langsung tidak dibeli dan dibaca oleh masyarakat bangsa Cina, kecuali oleh mereka yang berada di Sin Chew, Nanyang Siang Pau, China Press dan lain-lain akhbar Cina. Tujuannya tidak lain untuk mencari berita-berita sensasi untuk lebih disensasikan supaya menjadi lebih kiasu.
Walaupun kadang kala akhbar Melayu seperti Utusan Malaysia menyampaikan dan menulis berita-berita berbau perkauman, sekurang-kurangnya mereka berterus-terang. Bahasa akhbar tersebut dapat difahami oleh semua warga Malaysia, termasuk mereka berada dalam sektor persuratkhabaran Cina. Persoalannya, bagaimana dengan akhbar bahasa lain? Apa yang diberitakan, tidak sampai langsung kepada orang Melayu.
PERKAUMAN
Saya yakin, jika orang Melayu faham bahasa Mandarin, mereka akan merasa terkejut dengan laporan akhbar perkauman ini. Maka sudah sewajarnya akhbar itu diwajibkan untuk diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai sisipan untuk difahami oleh semua kaum supaya tidak timbul prasangka. Apatah lagi kedudukan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan perlu dihormati dan dipatuhi.
Menurut A.F. Yasin (1986), sejarah persuratkhabaran bukan Melayu di Tanah Melayu khususnya akhbar berbahasa Cina, Inggeris dan Tamil, dilihat tidak mencerminkan semangat nasional, tetapi lebih mementingkan kelompok sendiri.
Sejak dahulu lagi, akhbar-akhbar ini langsung tidak menghiraukan hal-hal berkaitan Tanah Melayu di negara tempat mereka berlindung, tetapi lebih kepada isu-isu kaumnya sahaja. Akhbar bukan Melayu lebih cenderung kepada pembacanya, dan prasangka atau “penyerangan” kepada bangsa Melayu, diberatkan lagi dengan adanya kecenderungan berkiblat kepada negara asalnya. Akhbar Inggeris berkiblat kepada penjajah dan Eropah, sementara akhbar Cina menjadi medan pertarungan ideologi yang berlaku di Tanah Besar China.
Ketika itu, banyak tenaga penggerak akhbar Cina ini diimport khas dari Hong Kong dan China. Kajian beliau juga menunjukkan, dari segi sejarahnya suara Cina sentiasa kontra dengan suara Melayu. Sejarah awal akhbar Cina bermula pada penghujung abad ke-19 dengan menonjolkan usaha imigran dan pedagang Cina berkaitan berita-berita ekonomi melibatkan perniagaan dan perdagangan. Bermula dengan akhbar The Chinese Monthly Magazine yang diterbitkan pada 6 Ogos 1815.
Pada tahun 1881, lahir akhbar harian Cina yang pertama Lat Pau (1881-1932), mengambil format dan bentuk akhbar Cina di China dan Hong Kong. Lat Pau mempunyai pengaruh yang kuat ke atas orang Cina kerana liputan beritanya membela kepentingan orang Cina dan berita-berita negeri China.
Hayat Lat Pau tidak lama kerana mendapat saingan yang kuat dari Nanyang Siang Pau dan Sin Chew Jit Poh. Antara akhbar lain yang tidak dapat bertahan lama seperti Lat Pau ialah Thien Nan Shih Pao (1898-1905), Jit Shin Pao (1899-1901) dan Theo Lam Jit Poh (1904-1905). Akhbar Cina yang kekal sehingga ke hari ini ialah Sin Chew Jit Poh (15 Januari 1929) dan Nanyang Siang Pau (6 September 1923) dikuasai sepenuhnya oleh ahli perniagaan dan politik Cina.
Manakala akhbar China Press adalah akhbar perkauman Cina yang telah ilhamkan oleh H.S. Lee pada tahun 1 Februari 1946. Akhbar ini pernah diharamkan suatu ketika oleh mahkamah, terutama selepas insiden 13 Mei 1969. Akhbar ini amat berbau perkauman.
Untuk makluman, sebenarnya, akhbar inilah yang paling mendapat sambutan dari kalangan masyarakat Cina berbanding akhbar lain kerana keberanian melaporkan sesuatu isu termasuk menyentuh isu-isu sensitif orang Melayu dan Islam. Akhbar ini diterbitkan dua kali sehari. Saya amat hairan, kenapa China Press tidak menggunakan Cina Press.
Apakah niat mereka menggunakan nama China? Saya fikir China Press sahaja yang boleh menjawab akan kiblat mereka.
Sehingga kini, isu-isu perjuangan mereka masih sama, tidak banyak berbeza. Misalnya, hal-hal pendidikan, ekonomi, ketuanan Melayu (pribumi) antara isu-isu yang terus diperdebatkan sehingga kepada kemuncaknya pada tahun 1987. Kesimpulan kajian yang dibuat mereka yang mengkaji sejarah akhbar Cina menunjukkan bahawa akhbar-akhbar berasaskan etnik ini memang tidak lari daripada sentimen perkauman dan kiasu. Mereka kerap “menyerang” orang Melayu dan Islam.
Saya masih ingat ketika akhbar Cina melaporkan berita Perhimpunan Agung Umno ke-57 (13-17 November 2006). Memang tidak dinafikan, isu-isu perkauman terus dimainkan oleh Umno. Akhbar-akhbar yang dikuasai oleh orang Cina terus memanipulasikan isu-isu perkauman yang dibincangkan sehingga menimbulkan ketakutan kepada masyarakat Cina. Presiden Umno ketika itu terpaksa campur tangan dengan memberi amaran kepada beberapa akhbar Cina supaya tidak memainkan sentimen perkauman selepas beberapa perwakilan Umno membangkitkan isu-isu sensitif yang meresahkan sesetengah kaum bukan Melayu.
Menurutnya, Umno boleh bercakap tentang agenda Melayu, MCA juga boleh bercakap soal agenda Cina, begitu juga MIC dengan agenda India. Apa yang penting ialah agenda nasional. Persoalan saya, bagaimana agenda nasional boleh sampai ke akar umbi jika kita terus berada dalam kelompok perkauman dan kiasu?
Jelas di sini bahawa persepsi masyarakat Cina menjadi semakin serius apabila media perkauman suka memperbesar-besarkan (mensensasikan) isu-isu popular yang berhubung kait dengan status agama Islam dan hak istimewa bangsa Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan. Isu ini dipergunakan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan akibat dan kesan yang akan berlaku. Sesuatu yang tidak menyebelahi mereka akan diperjuang habis-habisan. Manakala, isu yang menyebelahi mereka disenyapkan begitu sahaja.
Natijahnya, timbullah pelbagai persepsi yang tidak sihat. Persepsi sebeginilah menjadi hubungan kaum semakin renggang. — Mingguan Malaysia
Labels: kehidupan, perpaduan, politik
Posted by Young United at 8:48 PM 0 comments
Wednesday, August 19, 2009
..siapa racist di malaysia...
andaikata soalan itu ditanya..., pertamanya jangan menjawab dulu.., hanya perhatikan apa yang dibaca di bawah ini...
1. Mana2 Adun atau ahli Parlimen Melayu hanya mewakili kawasan bermajoritikan melayu semata2
2. Adun dan ahli Parlimen bukan Melayu mewakili kawasan yang bermajoritikan penduduk etnik mereka dan juga kawasan yang bermajoritikan orang2 melayu.., it mean that, mereka boleh bertanding di mana2 kawasan
3. Mana2 parti yang ingin meletakkan calon Melayu di kawasan bukan melayu pasti akan ditentang habis2an oleh parti komponen yang lain....
..itu tentang politik.....
4. mana2 kedai melayu yang berniaga di kawasan yang bukan melayu akan cepat muflis.., contohnya kedai runcit.
5. Mana2 kedai bukan melayu boleh hidup dan maju di kawasan melayu...
so dah nampak.., masalah kita di negara ini adalah orang melayu menjadi mangsa perkauman etnik yang lain.., melayu banyak bertolak ansur.., sudikah bangsa lain juga untuk sama bertoleransi?
Labels: politik
Posted by Young United at 9:00 AM 0 comments
Saturday, August 15, 2009
..meraikan ramadhan..
hanya tinggal beberapa hari lagi untuk menyambut ramadhan, alhamdulillah kerana kita masih diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk bertemu lagi dengan ramadhan - bulan pertarbiyahan dan penyucian jiwa..
..moga2 ramadhan yang hadir ini memberikan kita peluang untuk merenung semula perjalanan hidup sebagai hamba Allah - samada kita insan yang bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan olehNYA atau hamba Allah yang lupa kepada tuntutan dan tanggungjawab seorang muslim..
..sesungguhnya lautan ibadah itu tersergam luas untuk diterokai. bak kata syeikhul Islam, Imam Ibnu Taimiyah rahimahullah apabila mengulas makna ibadah:“Setiap istilah yang menyeluruh, terkait setiap yang dicintai Allah dan diredhaiNya, baik bentuk ucapan, perbuatan, yang nyata atau yang tersembunyi...”
..Ambillah ruang yang masih ada dalam hidup kita ini untuk memperbaiki diri dengan amalan yang baik, konsep hidup yang lebih positif, memperkuatkan tekad, semangat dan usaha agar seluruh aktiviti yang kita lakukan dalam kehidupan kita ini - semasa bekerja, bersosial atau seumpamanya tergolong dalam amal ibadah yang diredhai Allah..
Moga pertemuan dengan ramadhan akan membuka jalan ke arah keampunan dan keredhaan Allah.., membuka pintu kefahaman yang lebih dalam tentang erti kehambaan kepada Allah Yang Maha Esa..
...marilah kita membina hati yang tenang dan hidup yang aman dengan iman dan taqwa..
Posted by Young United at 9:39 AM 0 comments
..Belated Tahniah untuk PM...
..Lama tak berblogging menyebabkan saya ketinggalan untuk mengucapkan tahniah terhadap 100 hari DS Najib menjadi PM. Alhamdulillah, Malaysia nampaknya kelihatan lebih kukuh untuk berdepan dengan saat2 sukar kemelut ekonomi dunia dan pasukan ekonomi PM serta PM sendiri nampaknya menunjukkan tahap komitmen yang memberangsangkan dalam meletakkan semula Malaysia kembali ke landasan yang lebih baik dalam mendepani cabaran ekonomi semasa..
..walaupun apa jua kritikan yang dilemparkan terhadap beliau, DS Najib nampaknya berjaya membina karisma dan pesona yang tersendiri dalam mengumpulkan semula kekuatan2 yang diperlukan agar negara berada dalam keadaan yang lebih baik..
tahniah dan moga akan lebih banyak lagi kejayaan yang akan diraih oleh Malaysia pada masa depan
Labels: kehidupan, perpaduan, putrajaya
Posted by Young United at 8:45 AM 0 comments
..ppsmi.. perlu dibongkar..
Alhamdulillah, TPM yang juga Menteri Pendidikan mengambil langkah yang wajar dan tepat dalam membalikkan semula arus pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia..
Pun begitu sebab musabab yang lebih jelas tentang mengapa tindakan sebegitu diambil haruslah dimaklumkan dengan lebih terperinci dan meluas agar golongan yang "syok sendiri" akan lebih memahami isu ini dengan lebih intelek dan rasional.. sejak dari exam pertama yang melibatkan ppsmi lagi sehinggalah kini gred pemarkahan telah diturunkan ke tahap luar biasa normal bagi menunjukkan betapa hebatnya para pelajar kita untuk lulus...
saya kira sehingga bilapun sebenarnya kita tidak bersedia untuk menjadikan bahasa inggeris sebagai bahasa peperiksaan untuk kedua2 subjek terbabit, malahan kejayaan yang diwar2kan sebelum ini dalam pencapaian ppsmi hanyalah bersifat kosmetik dan tampalan semata2 bagi memastikan perahu yang telah terlajak jauh tidak kelihatan karan di tengah lautan..
Isunya adalah mudah, mengapa mewujudkan masalah untuk pembelajaran sains dan matematik sedangkan yang menjadi masalah adalah bersangkutan dengan matapelajaran bahasa inggeris. analogi yang mudah adalah enjin yang rosak tetapi gear, brake ataupun tayar yang dibetulkan.. Inilah yang menjadi kehairanan para pakcik dan makcik di kampung2 terhadap pendidikan sains dan matematik dalam bahasa inggeris.. dasar yang ada ini seumpama mekanik yang pakar menjahanamkan kereta daripada membetulkan kereta..
bahasa inggeris memang penting untuk membolehkan kita mempunyai added value yang baik dalam pasaran pekerjaan. lantaran itulah apa yang seharusnya diperkasakan adalah pembelajaran dan pengajaran bahasa inggeris itu sendiri. seharusnya kita bertanya semula apa yang menjadi masalah sehingga ada pelajar yang mengikuti pendidikan formal dari sekolah rendah hinggalah menengah masih lagi gagal menguasai bahasa inggeris - tentu ada yang tak kena dengan praktis yang menjadi amalan pendidikan bahasa inggeris di negara kita..
apa yang menyebabkan pelajar susah untuk memahami struktur asas bahasa inggeris dari segi grammar - tenses, adjective, verb, adverb, articles, verb to be, verb to have, modals atau seumpamanya.. pengalaman saya sepanjang mengajar bahasa inggeris dulu sebelum full time menjadi guru matematik adalah pelajar tidak memahami apa yang menyebabkan verb berubah apabila tenses berubah. Inilah sebenarnya punca kekeliruan pelajar. Vocabulary atau kemahiran membina ayat yang gramatis akan terbina dengan sendiri apabila pelajar memahami asas penting pembinaan ayat.. So apa masalahnya wahai guru2 bahasa inggeris?
Apa yang sedang digerakkan oleh Kementerian Pelajaran sekarang adalah tindakan yang tepat dan betul dalam memperkasakan kemampuan dan kebolehan pelajar untuk menguasai bahasa inggeris.., moga2 pada masa depan apa jua dasar yang ingin dilaksanakan pada masa depan bukan lagi dasar mee maggi..huhu dah puas dah maggi rendam..huhu
Labels: ppsmi
Posted by Young United at 8:10 AM 0 comments
..bebas daripada kepartian...
Masalah terbesar yang menyebabkan Negara kita kelihatan seumpama berada di dalam dilema adalah betapa berakarnya fahaman sempit kepartian di kalangan masyarakat.
Kita dipisahkan dengan nama label, warna parti dan nama tokoh sehingga ada yang sanggup menjadi pak badut, bermandi darah dan keringat hanya semata2 membuktikan kebenaran parti dan tokohnya..
Dengan perubahan masa, perkembangan teknologi dan penyebarluasan sumber maklumat, ramai orang kini semakin bijak menilai yang mana intan dan permata, tokoh mana walau dari kumpulan apapun mereka diberi kredit yang wajar sebagai politician yang mempunyai visi dan misi dalam membangun dan memacu negara ke arah masa depan yang lebih baik..
Perlu untuk kita tidak lagi melihat parti semata2 dalam menentukan kredibiliti mana2 ketokohan pemimpin. Yang penting adalah sejauhmana tokoh terbabit dilihat sebagai punya karisma untuk memikul beban amanah dan tanggungjawab.
Perlu untuk masyarakat awam keluar dari kesempitan kefahaman, label, nama parti atau siapa ketuanya.., yes untuk ahli politician yang berkarisma dan bangkulsampahkan mana2 politician yang hanya bijak berkokok tapi tiada wawasan untuk menjadikan negara ini sebagai satu tempat yang lebih baik untuk masa depan
Labels: kehidupan
Posted by Young United at 1:49 AM 0 comments
Friday, August 14, 2009
..meraikan perbezaan..
...Alangkah indahnya jika mana2 pihak yang saling bertentangan dapat meraikan perbezaan pandangan mereka dengan cara yang sewajarnya.., mana2 pandangan yang difikirkan mampu membawa kebaikan untuk semua dibawa ke depan biarpun dari apa parti, label atau kumpulan yang mereka dokong...
..isu yang timbul berikutan "perang arak" di selangor mencerminkan masih banyak lagi ruang yang diperlukan oleh masyarakat negara ini untuk lebih berforum, berdiskusi, berbincang secara lebih terbuka.., pada ketika pimpinan Islam perlu tegas dalam soal akidah dan prinsip, pimpinan bukan Islam - Cina, India dan sebagainya perlulah mengambil pendekatan untuk lebih memahami Islam dengan lebih meluas dan bukannya dengan pandangan penuh sinis dan label negatif...
Pada ketika umat Islam diminta untuk memahami kehendak dan keperluan masyarakat bukan Islam, masyarakat bukan Islam juga perlulah untuk lebih terbuka dan cuba memahami serta tidak sewenang2nya mempergunakan apa jua isu atas dasar membela hak yang bukan Islam..
Mungkin kerana ingin memastikan sokongan kumpulan etnik mereka tetap kekal pada mereka, kumpulan politik tertentu cuba membuktikan bahawa mereka adalah the best guardian dalam membela hak masyarakat mereka, membuat pelbagai desakan dan tekanan yang melampau seolah2 mereka perlu dilayan dengan penuh istimewa tanpa memikirkan kesannya pada masyarakat lain..
Perjalanan Satu malaysia masih jauh tapi harapan masih ada....
Labels: perpaduan
Posted by Young United at 11:12 PM 0 comments
..Mastika Ogos 2009 .. Guru makan dot dot dot
Alhamdulillah, mastika akhirnya mendedahkan realiti sebenar yang berlaku di sarawak terutama di kalangan guru2 semenanjung yang bertugas di sana..
Berada di sarawak selama hampir tiga tahun memperlihatkan pelbagai ragam manusia yang bergelar pendidik - ada guru yang lebih kurang macam perangai bebudak, ada yang menjadi pemburu tuak, ada yang mengambil kesempatan untuk mengecapi kebebasan tanpa sempadan di negeri yang menawarkan "syurga dunia" kepada mana2 yang mabuk kepayan dengan nikmat dan gelojak nafsu.
Dan seperti yang dipaparkan di mastika edisi ogos 2009, apa yang berlaku kerana lemahnya ketahanan dan juga rapuhnya iman dalam membezakan antara yang mana baik dan buruk. Di mana2 pun andai kita mencari kenikmatan sementara kita akan temuinya di mana2 - di Kota Bharu, di Shah Alam atau apatah lagi "human commerce" di pusat2 komersil di malaysia..
Soalnya adalah iman dan taqwa.., moga2 guru2 yang dihantar bertugas di sarawak disediakan persediaan mental dan agama yang secukupnya dalam mendepani pelbagai dugaan dan godaan untuk berada di syurga malaysia - sarawak
Labels: guru
Posted by Young United at 6:23 PM 0 comments
Thursday, August 13, 2009
..Al-Fatihah.utk ust Asri Ibrahim
Labels: al-fatihah
Posted by Young United at 8:52 PM 0 comments
Monday, August 10, 2009
Nasib Melayu di bumi Melayu
petikan dari
Tulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee
Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.
Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.
Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.
Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.
Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.
Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.
Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.
Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.
Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.
Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.
Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.
Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.
Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.
Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?
Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.
Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.
Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.
Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.
Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?
Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.
Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.
Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?
Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.
Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.
Logik
Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.
Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.
Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?
Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.
Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.
Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.
Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.
Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.
Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.
Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.
Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.
Hantar komen anda mengenai artikel ini ke mingguan@utusan.com.my
Labels: melayu
Posted by Young United at 9:02 PM 0 comments
..PAS perlu menjadi dirinya...
Perjuangan PAS seharusnya bukan sekadar menegakkan negara hukum melalui politik tetapi apa yang paling penting adalah peranannya sebagai institusi dakwah dan tarbiyah...
Apa yang berlaku dewasa ini menggambarkan PAS hanya menjadi alat kepada pihak2 tertentu untuk mempergunakan parti tersebut bagi mengaut keuntungan politik..
PAS perlu tampil ke depan menjadi dirinya sendiri - sebagai pihak yang menjadi pendakwah, menyeru kepada kebaikan dan sentiasa berwaspada dengan permainan politik yang penuh liku.
Yang jelas PAS hanyalah the black sheep dalam permainan yang sedang berlangsung...
Posted by Young United at 8:51 PM 0 comments
