Saturday, July 25, 2009

...cuti tanpa gaji..

lama xmengupdate content kat sini terutama selepas zaman bad mood ngan keputusan transfer yang 'tidak mesra" kemanusiaan..,

Anyway..dah recover balik semangat tu, kita kena pasrah ngan takdir Ilahi..setiap sesuatu ada takdir dan hikmahnya yang kita tak nampak dan hanya dengan perjalanan serta peredaran waktu baru kita akan memahami "mengapa begitu" dan "mengapa begini"...

Lebih kurang 3 minggu lepas nazir JPN sarawak ada melawat sekolah.. dan betapa bertuahnya diri sebab berpeluang untuk diobserve oleh nazir, entah mengapa dalam ramai2 guru.., mengapa saya antara 3 "suspect" yang cukup bertuah hari tu..apapun saya rasa teruja sebab berpeluang mendapat peluang begitu.....

Rasa nervous.., rasa gementar..., rasa takut.., tak.., pertamanya saya rasa itulah peluang terbaik untuk memberitahu nazir yang harapnya dapat dikemukakan kepada pihak yang lebih atas.., terutama yang bersangkutan kebajikan guru2 semenanjung yang telah berkeluarga dan bertugas berasingan...

Dan itulah peluang yang saya ambil semoga apa jua pandangan yang telah saya unjurkan dapar dikemukakan khususnya kepada JPN sarawak agar melihat isu yang ada ini dengan lebih luas..

Ogos..., bulan kemerdekaan dan juga menjadi kemerdekaan dalam erti kata lain kepada saya.., saya mulai bercuti - tanpa gaji pada 10 ogos, balik ke melaka dan hanya akan kembali semula ke srwk selepas hari raya.., yang terpentingnya adalah kerana isteri berada dalam tempoh akhir kehamilan dan berada di negeri orang kerana tugas - dan inilah yang terlepas pandang dan dipandang remeh oleh pegawai di putarajaya..

Oklah srwk ... 2 weeks more.. see u melaka

0 comments:


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger